RSS Feed

Posts Tagged ‘parenting’

  1. Bila Anak-Anak Semakin Sihat

    June 21, 2011 by arin

    Bila the girls beransur sihat ,ceria balik hidup aku.If not,risau hati ni,Allah swt yang tahu.Takut denggi ke,fever yg pelik2 ke.

    First day kena demam ( seminggu yg lepas ) , gi bawa jumpa doc.Batuk,selsema and demam.Pakej complete untuk membuatkan anak-anak rasa tidak selesa.Tapi doktor Habsah tak prescribed antibiotik coz throat,ear semua ok.Tak merah and what’s not.

    Tapi dua hari tu demam tak kebah.Takleh jadi,gi semula ke klinik.Kali ni throat dah merah. Hanum’s ear dah merah.So both diprescribed with antibiotic.Bak kata Dr Habsah , kali ni kita perlu ‘additional help’ iaitu antibiotik.Nasib baik antibiotik for Hanum perasa lemon and for Zara rasa mild sedap gak.Bayangkan la,aku bagi ubat2 lain dah macam bersilat gayanya and kalu antibiotik rasa pahit payau,lagi la bersilat nak kena kasi.

    Alhamdulillah,after the 3rd dose for both the girls,demam dah kebah cuma skrg batuk still ada lg.First thing bila dah sihat semalam,Hanum nak makan ice cream mcd.So bawakla the girls ke mcd.Besides ice cream,byk gak diorang mkn nuggets.Selera dah ada balik.Tu yg laju je makan. :)

    And dengan cuaca yg serba tak menentu ni,bagi la anak2 air banyak2.Any drinks yang diorang nak.Kesian tengok anak-anak tak selera makan,minum dok melepek je.Bila dah sihat,baru terasa riuh balik rumah . :)

    permintaan lepas dah sihat 'mama,nak makan ice cream mcd'

    permintaan lepas dah sihat ‘mama,nak makan ice cream mcd’

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  2. Potty Training Version Arin

    April 2, 2010 by arin

    Ok, siapa yang ada anak-anak sekitar umur 2-4 tahun, time ni la masa yang agak mencabar kita mendidik anak dalam bab potty training nih.

    Kenapa mencabar?Sebab dari lahir anak kita dok pakai pampers untuk kencing atau buang air besar and now bila dalam usia 2-4 tahun ini la waktu nya kita nak ajar dia pergi ke toilet untuk melepaskan segala hajat.

    Aku start ajar Hanum waktu awal persekolahan dia dulu. Time tuh , dia baru 3 tahun 4 bulan. Memula ajar, tak pakai kan pampers, pakai la seluar dalam.Jangan la di baraikan je anak tuh tak pakai apa2. So, dah bagitau banyak kali kat Hanum : ” Kalau nak kencing, hanum cakap mama tau ” . Tapi bila nak kencing, bawak dia ke toilet suruh dia kencing dia taknak keluarkan instead dah keluar toilet, she will asked for the pampers. Confident level takde lagi. Takpe, teruskan usaha. So far dalam waktu pembelajaran tu, Hanum tidak pernah terlepas hasil kencing nya di lantai. Alhamdulillah. Kalau tak, bertambah kerja aku.

    Waktu cuti sekolah hari tu, aku training kan dia macam biasa. And kali ni, bila dia nak kencing ” Ma, nak kencing, pergi toilet ” . Ingat kan macam biasa, cangkung beria-ia tapi mintak pampers but this time, walaaaaa she managed to kencing dalam toilet. Yeeehaaaaa. Mak dah excited, anak lagi la. Hanum caka ” Ma,tengok tuh hanum kencing” .

    So, bila waktu siang dia tak de masalah memang dah ok ke toilet semua, nak dijadikan cerita satu malam tu, aku terlupa nak pakaikan dia pampers.Memang kalau malam, aku plan nak pakaikan dia pampers. Ye la, kang dengan minum susu berbotol-botol ngan air cond sejuk lagik, confirm banyak kencing. But the day aku tak pakai kan dia pampers, alhamdulillah dia tak terkucil atas katil. Lega den. Till now, memang dia tak pakai pampers untuk tido malam tapi make sure before tido , bawa dia ke toilet.

    As for buang air besar, tadi dia kencing kat toilet, pastuh dia kata “ma, nak okok” . Aku kata la ” okok la, takpe ” . Uit, segedebuk ketul kecik keluar. Kehkehkeh. Pastuh dia lak terjerit, ” Ma, hanum okok ” .Hehehhehe.But aku rasa tuh kes tersenang nak buang air besar. Sebab selalu nya, habit hanum kalu nak buang air besar, dia akan berlari setempat , ke kiri ke kanan nak suruh urged membuang tuh sampai. Hehehehhehe..

    So pada mak-mak sana, jangan paksa2 sangat anak potty training ni. Jangan marah-marah kat anak bila suruh kencing atau buang air besar kat toilet. Memang dugaan amat besar, bila kita tak pakai kan pampers, then sesedar ada air meleleh and such kat lantai atau carpet. Kang lagi di marah, lagi la anak rebel.Tuh yang payah.Sabar dan sabar dan banyakkan cakap kat dia lembut2 suruh kencing kat toilet .

    Good luck untuk mak-mak yang bakal mempotty trainingkan anak-anak ye!


  3. Susu Ibu dan Alahan Kulit

    March 23, 2010 by arin

    Kulit baby amat sensitif. Ada baby / anak-anak yang terpaksa berpantang makan waktu kekecik ni dek kerana kulit sensitif. Lelagi kalau waktu panas, start la kulit tuh tunjukkan segala jenis ruam, gatal-gatal.Kesian kalau tengok anak-anak ni menggaru. Tapi sekarang ni, ada cream untuk kulit badan yang sensitif. Kalau pergi farmasi, tengok yang tulisĀ  ‘hipoalergenik’ .Tapi apa-apa pon consult doktor memasing sebelum akai apa jenis cream pon.

    Tapi bagi anak-anak yang breastfeed , insya allah segala mak nenek penyakit alahan ni takde. Pengalaman aku, memang both anak-anak aku tak pernah ada alahan kulit yang teruk. Cuma Hanum waktu dia umur setahun lebih, bila dia makan kekacang, naik macam bintil besar ( gegate – lebih kurang la sebutan nya ) . Tapi sekali tu je la dia kena. Pastuh kalau yang singgah kat badan Hanum ni, just gigitan nyamuk. Zara lak, so far memang takde masalah alahan. Alhamdulillah.

    So, kalau boleh dan tiada apa-apa permasalahan, start la nyusukan anak dari anak tuh lahir lagi dan teruskan la sampai tahap yang mampu.Banyak kelebihan susu ibu ni.

    Antara nya yang aku baca dari SINI ialah :

  4. Mengandungi khasiat zat khasiat lengkap yang memenuhi keperluan bayi.

  5. Mengandungi protein, lemak dan asid lemak Omega 3 yang mudah dihadamkan supaya kadar pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental bayi sihat.

  6. Membantu perkembangan otak dan sistem saraf serta meninggikan tahap IQ.

  7. Melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan serta jangkitan telinga kerana susu ibu mengandungi sel-sel hidu dan antibodi.

  8. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser kanak-kanak.

  9. Melindungi daripada penyakit alahan.

  10. Mengurankan risiko inflamasi kolon bayi pra-matang.

  11. Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung pada kemudian hari.

  13. Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

  14. Menggalakkan hubungan erat antara ibu dengan anak.

Category breastfeeding, parenting | Tags: ,, | No Comments


  • Antara Stroller Dan Baby-Carrier

    March 14, 2010 by arin

    Yang mana anda prefer?

    Bagi aku, kalau anak sorang, either one ok je. Stroller ok, carrier pon ok. At least, kalau stroller leh usung ke sana sini kalau baby tido and carrier pon selesa gak. Kata lah tempat tuh crowded, takyah susah-susah nak cilok sana sini nak lalu dengan stroller.

    Waktu Hanum takde adik, kami gunakan stroller. Brand kami beli Sweet Cherry. Tahan sampai sekarang. Suka guna stroller nih sebab bakul bawah dia luas and tak berat sangat. Cuma bila lipat agak makan space. Dengan kadar kereta Kelisa kami, haruslah bila dah letak dalam bonet, sempit je bonet.So, bila Hanum dah masuk umur setahun lebih, kami bertukar kepada buggy. Kecik dan ringan. Tak ingat brand pe, sebab Alum bagi.

    Anyway, bila Zara dah ada, dia lepas hari je, aku n mr hubby dah mencari baby carrier. Memula aku berkenan nak beli Sling Pouch. Tapi mr hubby cakap, dia tak berminat. Dia prefer yang baby carrier biasa tu. So kami beli brand Sweet Cherry , murah je pon – RM65.00. Kami pakai sampai Zara umur dalam setahun. Berat?Memang la.Makin besar dia, makin berat la. Mana ada makin besar baby, makin ringan. Tapi memang mudah la.Usung dia ke sana sini, masukkan je dalam carrier. Bab tido?Dia nya lena dalam carrier , boleh buat air liur dia meleleh kuar waktu tido. Hehe.And kadang kala , memang mudah la pakai carrier sebab kalau gie buat groceries, badan kendong Zara, Hanum jalan pimpin tangan atau kalau dia ada mood nak naik buggy, dia nak naik buggy.Memang mudah.

    Sekarang dedua dah jalan. Si kakak akan datang mood nak naik buggy kalau dia nampak kita letak adik . Adik lak, dia prefer jalan sekarang.Pantang dapat lepas, kedek-kedek dia jalan.

    So, pada sesapa yang anak lebih dari satu, nak berjalan2 hanya mak + anak2 without orang lain, aku suggest beli lah baby carrier gak. Senang. Kat luar tuh , macam-macam jenis baby carrier. Lagi satu, kalu ada carrier, kita nak bawak anak tempat yang susah nak usung stroller pon mudah.

    Category mr hubby, parenting, web info | Tags: ,, | No Comments


  • Tips Ransang Anak Minat Membaca

    March 12, 2010 by arin

    Hanum minat meng’colour’ and at the moment buku bacaan dia adalah buku suku kata. Tapi span time dia memang kejap kalau kita ajar dia membaca.Leas 5 minit ajar baca suku kata, start la dia buat benda lain. :)

    Antara tips yang boleh di jadikan rujukan untuk meransang anak-anak minat membaca :

    *Ketika mengandung, ibu digalakkan banyak membaca al-Quran dan berzikir serta diperdengarkan kepada janin.

    *Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta mengeja perkataan yang tertera.

    *Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan. Latihlah mereka membaca dengan bertanya kepada anak anda apa yang tertulis di papan tanda perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.

    *Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai ilmu.

    *Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan mereka supaya dapat melakukan aktiviti tersebut, Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak.

    *Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan untuk anak.

    *Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.

    *Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.

    *Setiap hari, ibu bapa biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku.

    *Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak.

    *Sekiranya anak-anak menunjuk reaksi positif terhadap pembacaan, puji anak sebagai tanda sokongan anda kepadanya. Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.

    So, latih la anak membaca. Kang dah masuk sekolah rendah dah senang dia nak membaca. Biar dia kenal suku kata, huruf and such.

    Source : HERE

    Category hanum, parenting, web info | Tags: ,, | 2 Comments