Lemprica.Com

It's All About Me And You

Posts Tagged ‘harga makanan di melaka’

Pasal Makan Lagi

Semalam malam bawak the girls ke Tesco Melaka sebab rutin biasa iaitu – main kat playground. Playground di Tesco ni RM3.00 sahaja untuk sejam . Banyak gak la bebenda the girls leh main . Slides, jump-jump dalam balls, kereta kecik , pusing-pusing dalam wheel angin . Selalu nya seminggu sekali memang bawak anak-anak ke sini .

So , sebelum main, kena la gi makan dulu . Memula ingat nak masuk KFC , sebab tekak agak teringin hot & spicy ( lagi ? .. ) . Hari tu makan KFC, hot & spicy macam dah se umph dulu. Tapi lalu depan Kluang Station maka singgah la masuk since ternampak mee siam macam best aje .

Aku order Mee Siam , ayah bebudak ni order Mee Kari . Alahai, for RM8.90 – sedih aku nengok mee kari nya . First of all, warna agak cair , macam kurang kari terlebih santan . Pastu isi kandung nya tak banyak . Beberapa hiris ayam , tauhu kosong tu and kacang panjang . Macam tak worth it.

Kelmarin kami makan di Secret Recipe , ayahnya order Mee Kari gak . Harga RM14.00 ( kalau during lunch time 12pm-3pm , hanya RM12 dan tambah RM2 dapat air – ais lemon tea atau apa ntah ) . Isi nya ? Meriah dan banyak sungguh . Ok, maybe sebab harga nya sebegitu tapi mee kari ada rasa kuah kari la kan?Itu yang paling penting . Isi , ikut la harga yang kita bayar. Macam di secret Recipe , telur rebus sebijik, sotong , ayam, tauhu semua nya dalam portion yang banyak. Memang last-last aku yang perabihkan mee kari tu sebab banyak sangat portion nya .

Ok, kalau kita nak meniaga especially di kedai makan , dengan harga yang kita letak , jangan la catu-catu sangat . Kalau harga nya RM8.90 semangkok, biarlah kos kita RM 4. dengan RM4, cuba bayangkan apa pelanggan kita boleh dapat?Banyak gila sebenarnya . Ni tak , kos mau letak RM2 , tapi charged melebih-lebih .

Kat Tanjung Minyak , near to Petronas di Tanjung Minyak tu ada satu gerai makan – makcik Sal . Ni adalah dapur ke dua aku kalau waktu tengahari . Kalau malas melanda untuk masak lauk pauk, sini la aku akan pergi . Gerai biasa di tepi jalan . Tapi, jam 12pm je orang dah start ramai untuk lunch time. Time ni lauk pauk dia penuh lagi . Kalau pergi kol 1.30pm, jangan harap ada lagi lauk. Yang tinggal hanya kuah je ( sebab aku pernah terkena dulu ) . Bayangkan ya , full dish ( ada ayam/ikan + sayur + telur asin / ulam ) baru RM3.50 sepinggan . Ayam atau ikan dia potongan besar tau . Tak kedekut-kedekut potong kecik-kecik . Aku selalu makan ngan ayah bebudak ni + bebudak ni campur dengan harga air selalunya RM10 je . Murah kan?Yang penting , ada rasa! memang rasa macam makan kat umah . Sedap gila .

Tuh la makanan di Melaka. Kalau pandai usha tempat makan yang sedap, murah ..memang ada . Tapi kena try and error la kan?

Camne di tempat anda?