Planning mengejut dari in laws untuk berkumpul since the last time we all berkumpul ( luar dari rumah mum in law ) , adalah TIGA tahun yang lepas di Pangkor. Lama kan tak bersama2?Mana tak nya, ada je hiccups yang membuatkan tak dapat berkumpul ramai-ramai dan kali ni pun, adik ipar aku yang bongsu yang study di UITM Johor pon tak join gak. But still plan diteruskan since sis in law yang duduk di Abu Dhabi nun sana akan balik sana seminggu lepas Aidilfitri nanti.
So, tempat pertemuan kali ni dekat je. Di Port Dickson. Mudah bagi all the parties untuk mai. Kami dari Melaka, sejam je dah sampai. Menurut itenary yang dah di email, kol 2pm kena ada di depan Corus PD. so, ngam2 semua dah ada depan tuh. Tapi memandangkan memang hotel full house dan bilik lom siap2 lagi, so kena la tunggu. Ramai manusia. Family day la, company day la, teambuilding la.Memang penuh.Parking pun hazab nak dapat.Bebudak, sementara tunggu bilik , sakan main .Pusing2 kat lobby tu aku yang naik penin. Dah la gigi sakit lom baik2. Aduih!

Dah dapat bilik, ada empat buah bilik semua untuk 16 peoples. Yong booked Junior Suites for all since bebudak senang berlari bermain dalam bilik. Located at first floor, bukak sliding door dah leh main kat pantai. Memang kekanak especially Hanum, Idris, Zara and Jasmin sakan berlari sana sini. Kekanak yang dah besar Ash, Sulaiman and Maryam semua sibuk ngan hal teenage memasing. Tapi aku memang passkan je Hanum suh Ash babysit.
Dah settle apa semua dalam bilik, semua terkam pool. Luckily pool tak jauh dari bilik. Hanum and Zara memang berendam je la. Puas bebudak lain ni ajak ikut diorang swim. Aku?Ada hati nak naik slide..tapi nasib baik sedar diri ni mengandung. Tahan je rasa .


Dalam kol 6 semua dah settle mandi, siap2 nak gi early dinner. Knowing PD ni, kalau lambat sure kedai makan sesak. Kami makan di Mesra Seafood located near to Pantai Teluk Kemang. Macam biasa makan yang bakar-bakar, yang mana tiga rasa , yang goreng2.Semua perut dah lapar dek berendam. Alhamdulillah licin lauk pauk. Bebudak yang tak makan sangat adalah Hanum and Idris. Dok le main. Dah pulak tepi kedai ni ada pasaraya besar gak. Mummy Yong depa dah pancing dulu bebudak ni ngan toys.Lagi la sakan diorang main. Zara?Asyik makan . Makan sotong goreng tapi makan kerak tepung je. Hehhehe.Sotong yang dah bogel-bogel tu, dia passkan kat aku.
Bila malam ada acara exchange gift. Gamat ngan bebudak ni especially Zara and Jasmin yang kena amik nombor and terima hadiah. Terkial-kial aksi bebudak ni. Dah settle exchange gift, masuk bilik aku tido kan Zara and Hanum. Mata budak berdua ni dah kuyu sekuyu nya tapi di tahan gak. Aku katup semua lampu, paksa diorang tido. At last tido gak depa. Sang suami gi meneman kejap adik ipar dia memancing tepi pantai. Aku lak?Layan Cerekarama kat tv yang agak menakutkan. Cerekarama yang menunjukkan nak berjaya dalam bisnes memasing sanggup guna bomoh, setan untuk sukses. Nauzubillah..

Ahad nya, breakfast buffet. Pelik aku Corus PD ni, punya le ramai guest tapi kawasan yang disediakan limited. Plus buat la dua tiga tempat amik makanan. Ini satu area je. Aku ni dah le selsema lagi. Amik makan, dok makan je takde rasa.Sedih sungguh. Hanum makan makanan standard dia-Kokokrunch, Zara?Honeystar and nasi lemak. Layan je dia makan sensorang.Hehehhe.
Lepas breakfast, lagi sekali bebudak swim. Tapi tak lama aku biarkan diorang rendam sebab sejuk nak hujan. So , balik bilik aku suh sang suami penuhkan air dalam bath tub ngan air suam2, masukkan dua kenit Hanum n Zara dalam tu. Sakan la diorang berendam. Kat luar bilik, dah hujan kejap time tuh. Lepas rendam berendam, Idris datang. Sakan le bebudak ni main. Main dalam wardrobe la, main ntah apa2 lagi imaginasi bebudak umur 4 tahun ni.
Bila dah checkout, destinasi terakhir sebelum semua balik ke rumah memasing adalah gi lunch. Tempat yang di pilih untuk lunch adalah di Mama Chop Papa Grill yang sederet ngan Satay Samuri, Bangi Kopitiam di tengah2 pekan pantai PD ni. Naisb baik parking mudah . Lama gak tunggu dishes since ye la, hampir 16 orang nye dishes. Dah dapat makan, dah kenyang ..semua pun gerak balik.

Thanks to the eldest-Yong coz fully sponsored family gathering kali ni. Thanks to all kerana menjayakan family gathering ni. Lama sungguh tidak berkumpul sebegini . Thank you.










