Sekitar Banda Hilir , Melaka

Sekitar Banda Hilir Melaka, selain mempunyai pusat membeli belah seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, di sini juga lah terletak nya A Famosa, Bukit St Paul Muzium-muzium dan juga Taman Bunga.

Bagi pelancong yang hendak ke sini, jika membawa kereta terdapat tempat letak kereta yang banyak di kawasan sekitar. Pastikan anda mempunyai kupon parking yang juga boleh didapati di pintu masuk setiap tempat letak kereta.

Antara yang boleh didapati di sekitar Banda Hilir ini adalah kenderaan Bomba lama, Kapal Terbang lama dan juga Keretapi lama. Selain dari itu terdapat pelbagai jenis muzium. Antara nya Muzium Setem, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Muzium Kecantikan dan pelbagai lagi.

Jika anda berjalan lagi di sekitar Banda Hilir ini, anda akan menemui kubu lama A Famosa , Bukit St Paul , Istana Kesultanan Melayu Melaka dan juga Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan.

Secara keseluruhan nya, anda memerlukan lebih kurang 3-4 jam untuk menghabiskan masa di kawasan ini.

Tags: ,

Leave a Reply