Makan-Makan Di Melaka

Kalau sampai ke Melaka, of course la trademark untuk makan-makan adalah asam pedas melaka , ikan bakar dan kuih muih melaka.

Untuk entry ni, kita akan menjelajah mencari asam pedas melaka yang pada aku antara yang terbaik!

Di mana?

Asam Pedas Hajjah Mona terletak di Kota Laksamana, Melaka. Ianya merupakan kedai corner lot colour hijau dinding nya. Kedai ni di buka dari jam 5pm-5am. Dan di tutup pada hari Ahad. Antara asam pedas yang menjadi favourite aku tentu lah asam pedas tetel dan asam pedas pari. Lauk set asam pedas ini termasuk juga nasi + telur asin + sayur campur ( kadang kala kobis , kadang kala taugeh ) . Kalau untuk kids yang tak makan pedas , ada juga disediakan ayam goreng.Kira nya adults boleh enjoy and so do kids!

Harga bagi asam pedas tetel adalah RM4 dan asam pedas tetel dalam RM3.50 . Selain asam pedas, kat luar kedai ni, ada juga orang jual sate, otak-otak.Kalau datang during weekend and cuti memang ramai dan penuh orang dalam kedai ni.Lepas makan, leh jenjalan di Jonker Street coz kedai ni sungguh dekat dekat dengan Jonker Street.

Kalau petang-petang, sesiapa yang berada di area Banda Hilir boleh la makan petang di Perhentian Kuih Kampung yang terletak di Ujung Pasir. Kedai nih di bawah pokok dan terletak sebelah je dengan Arenaa De Luxe Hotel. Dan tak berapa jauh dari Portuguese Settlement. Menu yang disediakan adalah segala macam kuih melayu, meehoon sup, soto, popia daging, nasi ayam dan banyak lagi. Kira nya memang macam pergi bazaar ramadhan la kalau ke sini.Harga kuih start dari RM0.40 sen . Tapi memang ada rasa dan memang sedap.

So, nanti akan di update tempat-tempat makan yang lain.

Tags: , , ,

Leave a Reply