Taman Buaya Melaka

Tarikh riadah : 14/3/2010

taman ni lebih kurang 3km dari tol ayer keroh.. tapi lepas korang bayar tol, korang jalan terus, lebih kurang 3km sebelah kanan korang nampak taman buaya ni.. korang kena buat u-turn untuk masuk ke taman buaya ni.. parking agak limited.. banyak gerai² depan tu korang parking je depan gerai tu kalau dah sesak.. macam aku suka datang awal² pagi so tak payah sesak kepala nak cari parking.. 1 thing about taman buaya ni, tak berubah dari 15 tahun dulu.. samaaaaa ja.. tu buat aku boring sikit.. banyak jugak la boring nya.. tapi korang judge sendiri la kalau korang pegi.. tak pun tengok gambar² aku letak ni.. tak banyak.. pada masa aku pegi ni dorang tengah ubahsuai untuk mencantikkan lagi taman ni.. bagus la tu.. takde le muram sangat.. cuma mungkin “sedang” ubahsuai maka sakit kepala aku nak pusing²..

dalam ni ada keretapi raksasa (RM2 sorang).. rumah hantu (aku tak pernah masuk dan tak nak amik tau.. bukan takut tapi aku tak berselera nak masuk).

PRO : buaya banyak.. dah resam buaya, duduk diam, memang boring tapi sekali dia gerak, memang gerun.. ada pertunjukan buaya.. jam 11.30am.. ada pentas khas..

KONTRA : jalan tak tau hujung pangkal.. pertunjukan amat boring sebab aksi ke aksi punya la ambik masa.. harap pengurusan ambik perhatian la kalau baca ni.. aksi pengunjung bertuah dapat masuk pentas buat magik tapi pakaikan seluar dalam kat dia buat aku rasa macam nak baling botol air.. aku tak kan bagi anak aku jadi pengunjung bertuah kalau camtu gaya..

………………………………………………………………………………..

Tempat :Taman Buaya, Melaka

Tiket masuk : Dewasa RM8, Kanak-kanak (5-12 tahun)RM4, Video Kamera RM3

Waktu lawatan : 9.0am hingga 6.00pm

Tags: ,

Leave a Reply