Untuk renungan kita bersama . Dikongsi dari FB Page Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man :
” Apabila kita tengah seronok berjenaka dgn kawan-kawan ketika berjalan, tetiba kita terhantuk kepala, sama-sama terpijak kaki – apa yg kita terasa?
Ketika kita ketawa, ia adalah susah utk merasai kesakitan.
Banyak perkara menakjubkan ketika kita ketawa:
1. Paru-paru kita berkembang – membawa kelegaan kpd pernafasan dan kemasukan oksigen. Bahkan org yg mengalami resdung, tetiba rasa resdung dia menghilang.
2. Immune sistem kita diaktifkan – badan ciptaan Allah ini akan mengeluarkan lebih byk T-cells utk melawan virus dan sel-sel kanser (mengikut kata pakar).
3. Yg paling seronok ialah pertambahan Endorphins – ubat penahan sakit semulajadi dilepaskan ke minda, dan mengurangkan stress.
Ketawa bukan shj mengurangkan kesakitan fizikal, tetapi juga kesakitan mental.
Apabila kita ketawa, secara semulajadinya kita merasa ada harapan dan optimistik.
Apabila ketawa, kita sebenarnya memberitahu kita sendiri bhw “kita tidak mahu menjadi susah hati.”
Ketawa ialah pelampung air manusia dalam keadaan sedih dan kecewa. Ia adalah penawar – krn ketika ketawa, air liur yg dihasilkan adalah air liur penawar – yg semakin byk ditelan, semakin riang dan ringan minda manusia.
Dalam setiap situasi, ada benda kelakarnya – kita cuma perlu mencarinya – sebagaimana kita mencari kebaikan seseorang utk dipuji, atau kesalahan utk dikritik.
Selain ketawa, apa lagi yg boleh membantu manusia mengurangkan kesakitan mental.
Ada, berhenti menjadi seorang yg 100% sempurna -
Manusia yg merasakan dirinya 100% sempurna akan sentiasa kecewa, marah pd kelemahan diri sendiri dan iri hati pd kejayaan manusia lain.
Manusia yang boleh menerima bhw dirinya tidaklah 100% sempurna boleh ketawa pd diri sendiri.
Harungilah kehidupan dlm keadaan ketawa.
SENYUMLAH di pagi Isnin, jgn pandang ke hari Jumaat (krn bg yg lemah semangat, akan terasa hari itu jauh) – senyumlah dan fokus siapkan tugas yg ada hari ini. “