Tadi waktu kat rumah mama, ada seorang ibu muda yang anak nya baru berusia 3 bulan . Waktu lepak-lepak dok main ngan baby Ahmad ni , ibu muda ni – Seha , tanya aku ..” Kak arin makan apa ya?sebab sampai sekarang susukan Harith ” . Jawapan aku senang je ” Tak makan apa-apa pun, tapi make sure makan semua la. Sayur+daging+ikan + ayam ” .
And also aku dok bagitau dia macamana supply and demand process dalam breastfeeding tu . Terang kan kat dia bebetui . Taknak disalah erti kan dengan macam-macam perkara . Ye la , zaman sekarang kalau tak diterangkan dengan betul, orang mudah ambil sahaja info tanpa merujuk mana-mana.Teringat aku few weeks back, dalam twitter aku telah mencetuskan isu hot dan ‘bertekak’ juga ngan blogger yang kononnya paling famous dalam dunia blogging ni. Sebab aku rasa , tak salah aku memberi dia info , yang aku mmg pasti info aku betul mengenai breastfeeding ni . Dan tetiba as usual, she won’t accept it and standard la ingat semua benda dia tau kot . Dek kerana tweet aku tu, telah trigger juga beberapa orang ibu yang pro breastfeeding ni memberikan info yang sama seperti aku berikan . Tapi malas nak panjang lebar kan, sebab orang jenis gini , ko bagi lah 1001 info, dia marasakan diri dia je yang betul . And tweet dia yang sekarang ni aku cukup tak berkenan sebab ia akan mislead especially ibu-ibu muda yang baru nak berpantang atau baru nak breastfeed anak . Susah kan?
Tu la, pada ibu-ibu tak kira anak satu, anak 4 atau apa pun , info mengenai breastfeeding ni luas. Kalau takde internet connection kat rumah , every month bila bawa baby check up , seek for advice from nurses atau docs. Kalau gi check up kat Klinik Kesihatan , memang nurses akan berikan sebanyak mana info yang diperlukan bab breastfeeding ni . Waktu aku selalu bawak Harith check up every month di Klinik Kesihatan Tanjung Kling , nurses memang banyak membantu . Although segala info tu ada antara nya pernah dikongsi bersama sewaktu Perjumpaan Kumpulan Sokongan Kelab Susu Ibu Melaka. Jangan mudah ambil saja info . Contoh nya orang dedulu dok cakap ” makanan orang berpantang kena makan ikan bilis + nasi panas-panas je ” . Ikut logik la, takkan itu je makanan kita nak makan. Macamana kita nak produce susu ibu yang berzat , yang lemak berkrim untuk baby kita . Kalau kita hanya makan itu je . And ada lagi satu info yangs elalu orang tua-tua dok suh buat ” Jangan minum banyak, nanti badan kembang ” . Lagi sekali , kalau kita tak minum banyak , badan kita akan lebih mudah kering kerana at the same time kita menyusukan baby . So, macamana juga susu nak terhasil kalau badan kita sendiri dok asik kering je? Betul kan? So zaman sekarang ni , takyah dah ikut sangat petua lama tu. Ada saluran betul ( internet , buku , rakan sokongan, nurses / doktor ) sila tanya dan cari jawapan pada setiap soalan yang bermain dalam kepala. Even kalau dalam FaceBook dah banyak page “Kelab Susu Ibu ” . dan bermacam lagi yang pro breastfeeding ni .
So, pada ibu-ibu yang nak menyusukan anak – good luck! Pastikan anda mendapat info yang betul .