Rahsia Cara Tidur

Asik-asik dok cerita raya, meh kita ungkap rahsia tido. Chewaaahhhhh…

So, yang mana satu cara anda tidur? :)

Info : Forum CARI : Misteri, Paranormal & Sakti

Dirham Kelantan

We’ve got our Dirham Kelantan semalam. Beri dari tokey emas – Wawa . Dirham Kelantan ni khas untuk anak-anak buah coz nilainya boleh tahan jugak le. Diselaputi oleh perak and nilai nya?Gi le google. Hahahaha.

So pada mak-mak kepada anak-anak buah yang baca blog ni, kalu anak-anak dah dapat angpau raya dari kami, sila simpan. Kang tercicir, sayang ooo.Jika di sesetengah tempat memang boleh digunapakaikan dirham kelantan ni.

Apa lagi preparation raya lom settle ha?

KEMAS RUMAH!!!!!!!!!!!!!!

Sosilawati Lawiya-Owner NV Hilang

Siapa tengok Berita jam 8 di TV3 tadi?Headline news, ex wife Nash- Sosilawati Lawiya owner Nouvelles Visages hilang sejak 30 Ogos 2010 hari tuh . Meaning hampir 5-6 hari dah hilang. Menurut berita TV3, selain dari Sosilawati, turut hilang adalah peguam, pegawai bank dan pemandu dia. Laporan berita tadi sebut , anak Sosilawati ni ada bagitau yang mak dia hendak ke Banting for 3 days atas urusan perniagaan yang terbaru . Tapi lepas 3 hari takde berita.

Misteri sungguh. Mana ye hilang?Accident?Kereta tak dijumpai?

Nanti akan update kalau ada latest news.

Iklan Aidilfitri

Sekarang ni, company semua berlumba-lumba nak buat iklan raya yang paling best, paling touching , paling orang ingat sampai bila-bila. Betul tak?

Aku ingat lagi sampai sekarang Iklan EON Aidilfitri tahun 80-an. Time Jamal Abdillah ngan Raja Ema. Leh hafal lagi lirik nya. Tak ingat?Ni aku share kan .

Then tahun ni, kecoh pulak pasal Iklan Raya di TV3. Kata nya tidak menepati theme Aidilfitri. First time tengok macam Krismas lak. Sebab Atuk budak-budak kenit ni naik kereta cam santa claus tu. And whats not la. Mungkin TV3 nak buat kelainan. Dah tak mau buat iklan pakai keretapi, kereta, bus atau motor. Tapi kalau dah nama pun Aidilfitri kena la ada ciri-ciri nya. Ini kalau dah terbang di langit malam, and sebijik la cam santa clause naik apa nama kereta terbang dia tu, so mana la ciri-ciri Aidilfitri nya kan?

Belum pernah tengok?Ni aku share kan.

So, apa pendapat anda?Kalau baca komen-komen pasal Iklan Raya TV3 ni di youtube ni, memang rata-rata tidak bersetuju.

p/s: Menurut Berita Tv3 tadi, TV3 menarik balik iklan ni selepas mendapat byk feedback dari penonton.

Salam Aidilfitri