Anak Kena Jaundis?
Hari ni , di Utusan Malaysia ada artikel pasal Jaundis : Jangan Ambil Ringan .
Jaundis dan anak yang baru lahir memang kadnag kala tidak dapat dipisahkan. Tapi ada anak yang jaundis nya tak berapa teruk dan ada yang sampai memerlukan proses pertukaran darah.
Pengalaman aku, Sufiah Hanum mengalami jaundis kurang dari 24 jam dia dilahirkan. Dia sambung admitted di ward 4 hari , 3 malam. To the extend doktor kata maybe proses pertukaran darah akan berlaku kerana bilirubin dia tinggi. At the same time, waktu tu aku keep on bagi breastmilk selagi daya. Alhamdulillah, bilirubin Hanum kurang dan menurun.Again, Hospital Putra Melaka di waktu itu bukan ‘ Hospital Rakan Bayi ‘ maka usaha untuk memberi baby susu ibu tidak di tekankan. Lebih ditekankan kepada bottle milk. Dan waktu tu aku memang kurang ilmu mengenai breastfeeding ni.
Zara Aliyah pulak takde permasalahan jaundis. Alhamdulillah. Mungkin, bila dia lahir je, setelah dibersihkan oleh nurses kat Hospital Selayang, terus aku diminta breastfeed Zara.Dan time tu , dah start reti kepentingan breastmilk ni.
Memang susu ibu atau breastmilk la ubat bagi penyakit jaundis. Mulakan secepat mungkin penyusuan sejurus selepas bersalin. Dengan breastmilk juga, makin banyak diminum oleh baby , makin kerap pembuangan najis . Ini salah satu dari cara untuk mengurangkan bilirubin baby. Kenapa susu ibu?Sebab susu ibu mudah diproses dan di hadam oleh baby. Bila mudah di hadam, mudah jugalah pembuangan najis oleh baby.
Untuk info lanjut mengenai jaundis boleh la click :
1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KekuninganBayi.pdf
















