Archive | web info RSS feed for this section

Brisk Walking

26 Apr

Do u know that once upon a time dulu, saya adalah suka brisk walking. I love to walk. Bukan berjalan di shopping mall ye.

Dulu , dalam tahun 2002, waktu di Melbourne Hall, jika ada masa di waktu petang, confirm akan memulakan acara brisk walking atau kadang2 jalan dengan gaya mak limah longlai. My partner will always be Kak Tina or Kak Zue. Kadang2 Liyana pun akan tag along . ( Eh syigim, kita pernah ke brisk walking together2?Tak pernah kan?Sebab awak selalu ada class petang kan? ) .

Mana kita orang jalan? Selalu nya akan pusing satu Albert Park. Do u know that Albert Park ni adalah lokasi for  Formula 1 (F1) tu. Dari Hall nak ke Albert Park dalam 5 minit je jalan kaki. So, bila event F1 ni,  memang boleh dengar jelas dan terang deruman kereta2. Memang mengaum je bunyi.

Kami – the girls akan start jalan pusing satu park. Jauh juga total perjalanan nya. Memang bila balik ke Hall tuh confirm penat. One thing i love about brisk walking with the sisters , ini la masa kalau ada masalah , ada benda nak cerita we will talk to each other. And i really miss the moment. Sebab i missed to ngadu with the sisters especially to Kak Tina and Kak Zue. Coz the remarks that aku akan dapat bukan macam remark biasa kalau kita ngadu kat orang. Susah nak explain. And to Kak Tina and Kak Zue, kalau baca nih : Arin rinduuu wwwooooo ngan kakak2 ku ini!

Sekarang ni, kalau nak brisk walking, i guess my partner will be my darling Hanum. Dia memang macam mak nenek tau. Sambil jalan nanti start la dia buat story, buat imaginasi dia ( kalau jalan egang tangan dia kat memana tempat ). But now, kalau nak brisk walking will be either di tepi Pantai Puteri atau maybe di sepanjang Tasik Ayer Keroh. BUT both places ada tarikan for Hanum so of course Hanum taknak jalan2 ngan mama dia. I’ll wait for Zara la bila dia dah besar sikit. Last weekend , waktu Hanum naik basikal dengan ayah, Aku pegang la tangan Zara ajak jalan tepi tasik ( ajak tengok org fishing ) , tapi baru 10 langkah, dia dok depa tangan suh dukung. Lenguh kaki la tuh. Isshhh, anak ku ini.

So, if ada masa, why not you dearest my readers do the brisk walking with your loved ones?Cari tempat yang sesuai, waktu cuaca yang baik. Best woo and i missed my brisk walking routine.Hopefully, akan datang boleh buat dengan anak-anak.

Nak tahu apa kebaikan brisk walking / walking nih :

Click HERE – The Numurous Benefits Of Walking.

Tahniah!

26 Apr

Tahniah untuk warga Hulu Selangor kerana berjaya mendapatkan hak mereka semula melalui Pilihanraya Kecil (PRK) P94- Hulu Selangor. Bukan senang juga BN nak menang. Kena tabur janji untuk membayar mereka yang di Felda Sg Buaya sebanyak RM50 ribu per peneroka.RM1 ribu sebagai deposit telah di bayar. Lagi RM49 ribu akan didepositkan ke akaun bank masing2 sekiranya BN menang. So, hari nih para peneroka di situ loaded la. Alhamdulillah! 15 tahun menanti. Untung gak ada PRK P94 nih.Apa yang dituntut akhir nya tercapai.Tahniah warga Hulu Selangor! ( Refer here )

Selain daripada warga peneroka, penduduk setempat especially kat Rasa beruntung sebab kerajaan dah meluluskan RM3 juta untuk pembinaan building sekolah. Dah lama penduduk mengusulkan pembinaan sekolah tapi dek pilihanraya P94, zasss, peruntukan diluluskan sebanyak RM3 juta untuk building baru SRJK(C) Rasa . Tahniah lagi sekali warga Hulu Selangor!Adanya pilihanraya kecil ini, permintaan yang dah bertahun tahun pun dapat diluluskan immediate. Antara kata-kata PM Najib kita :

“Kalau esok Barisan Nasional (BN) menang, saya sebagai Menteri Kewangan akan mengeluarkan surat peruntukan dan RM3 juta itu akan dimasukkan ke dalam akaun Lembaga Pengurus Sekolah dan wang itu boleh diambil keesokan harinya (Isnin),” katanya.

(Refer here )

Tapi takkan nak tunggu pilihanraya baru nak tunaikan hasrat rakyat kot?Takkan before nih, rakyat tak pernah mengadu meminta pada kerajaan?Kes peneroka Felda Sungai Buaya, 15 tahun diorang sengsara. Bukan satu waktu yang kejap.

Next PRK kat Sibu. Kita tengok la hasrat penduduk setempat di situ.

Lagi sekali, tahniah warga Hulu Selangor!

First Timer

19 Apr

First time tadi gi bayau bil Celcom Broadband ni. Ye la, henpon prepaid Digi mana nye aku nak gie terjah kedai Celcom atau service provider lain untuk membayar unless pejabat pos untuk utility bills la.

Dah le kat area Melaka Raya ni tempat Celcom tuh memang tempat ‘pusing-banyak – kali- baru – dapat -parking ‘ . Tapi dek kerana rezeki bawak budak ( aku selalu percaya kalau bawak budak kekecik, mudah dapat parking ) , so  dapat la kami parking.

Bila masuk ke kedai Celcom, ingat kena amik nombo ke apa, sekali adik manis situ cakap , “akak gie kat machine sebelah ” ..ohoooo..ada machine macam cash deposit ..tak le jakun tapi memang mudah la. Aku rasa service providers lain pon gini sekarang. Aku mana le tau, pakai prepaid, kalau nak top up agak2 malas gie kedai, maybank2u je le untuk beli topup.

Oh, kenapa aku tak guna bank online untuk bayau?Sebab aku nye limit speed dah terlebih lebih dan lebih sangat dari 5gb monthly.So speed dah agak2 bengong sekarang.So, dengan gie terus bayar kat kedai Celcom, automatik deduction kalau online, kang amik masa sehari dua lak.

Bila balik, tengok ke Celcom Broadband Manager, yeehh..dah reset balik. Yeehaaa…kalau dak masak la kene refresh ajo sebab speed dah jadik hawo! :p

Tasik Ayer Keroh, Melaka

17 Apr

Apa ada kat sini?

Macam-macam jenis aktiviti boleh dilakukan. Antara nya : canoe, paddle boat, naik basikal pusing2 area tasik atau cruise boat area tasik.

So, memandangkan budak2 nih kecik lagi, so canoe dan paddle boat adalah memang tolak ke tepi, yang tinggal adalah boat cruise dan naik basikal.

Tiket untuk boat cruise ni adalah RM3 per person.Pusing tasik dalam 20-30 minit je. Nampak la area zoo, sedikit pemandangan Taman Mini Malaysia dan of course nampak orang tengah main golf. Zara dalam boat nih memang taknak duduk diam. Kejap ke depan.Kejap ke belakang.Kakak lak, orang semua pakai jaket keselamatan. Dia seboleh2 takmo pakai.Siap nangis and buat muka taknak pakai.Alahaaaaiiii anak ku yang seorang ni.

Dah lepas pusing tasik, Hanum nampak playground. Apa lagi, sakan le dia nak main kat playground tuh.Semua benda dia naik.Test naik , manjat kejap pastuh lari-lari. Mana tak rambut dia cam baru lepas mandi. Mandi dengan peluh!

Tengah minum kat gerai yang ada situ, Hanum baik nye ngendeng cakap ” ma, nak naik basikal ” . Macam la kat umah tade basikal.So, memandangkan basikal 2 seater available, so yang pasti kena carry dia adalah apak nya.

Untuk ride nih, tiket adalah RM3 per person selama 1 jam. Berbaloi la. Sebab lama and pusing la ikut mana nak pusing.

Sementara si kakak naik basikal ngan apak nya, si adik dok main kat area rumput kawasan ni. Kalau perati kan gambar bawah ni, nih tanpa sedar dia menggentel pusat dia. Habit zara memang gitu. Kalau nyusu, mak dia yang jadi mangsa. So, sesuka dia tengah berdiri terpacak dalam panas pon termenggentel pusat dia. Hehhehehehe…

So, pada yang tak tau apa nak buat during weekend, datang la ke Tasik Ayer Keroh ni. Tapi datang either waktu pagi atau dalam jam 3pm gitu.Sebab nya, banyak yang available. Waktu kami dah nak balik, orang dah start ramai. Padang , playground, orang nak naik basikal dah start penuh. Kang lama lak nak tunggu giliran nak naik rides semua tuh.

Al-Fatihah Achik Spin

17 Apr

Achik Spin meninggal dunia dalam kemalangan di di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) petang tadi.

Baru tengok gazet iklan untuk rancangan “Jangan Tidur Lagi ” – TV3, 21hb April 2010 antara tetamu undangan adalah Achik Spin .

Al-fatihah untuk arwah.

Nih gambar accident tu :

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. – Foto BERNAMA

Info : Mstar Online