RSS Feed

‘web info’ Category

  1. Kidz Month : Pusat Sains Negara

    April 6, 2010 by arin

    Sementara berada di KL till sok , aku terfikir2 mana nak bawak kekanak nih. Nak ke Aquaria , malas nak menuju ke city area. Nak ke KL Tower, macam tak best ( padahal waktu dulu, dating sampai ke sana, best aje ..:p ) .

    Setelah di usha-usha, decided ke Pusat Sains Negara . Selalu dulu , lalu je, tak pernah masuk. Hari ni, meh kita masuk. Bila dah masuk kat entrance tuh, kat info centre, dah siap2 nak keluarkan duit untuk bayar fee, sekali CSO tuh cakap, ” bulan ni, till 29th April, masuk adalah free , puan. Isi je buku pelawat nih. Tapi banyak exhibit yang masih dalam proses naik taraf ” . Ok, no worries.Yang penting, mek berdua enjoys!

    Masuk-masuk , tuh dia..cam aquaria lak. Dengan aquarium yang besar. Teruja mek berdua tuh. Adik sket2 sebut “fissss..

    Then, kita masuk bahagian ” Pathways To Science” . Kat dalam ni, hampir semua exhibits beroperasi.Seronot woo.Macam dalam Petrosains pon ada. Macam2 benda boleh di try. Kami masuk gak kapal selam. Actually it’s 3D but tak nampak pon  mana spec 3D. Masuk dlm kapal selam tuh, kerusi pon gerak-gerak . Hanum teruja. Bila ada fish, crabs dia akan lambai kat those things. Adik?Teruja..

    Dah terai itu ini, pergi lak kat area Kidz. Macam2 benda bebudak leh buat sini. Ada jugak mini playground. Nasib baik drag Hanum ke tempat2 lain dulu. Dah settle naik ke tingkat atas, baru la lepaskan dia kat Playground. Energy bebas dengan banyak nya di sini. Hanum lak memang tak tido dari bangun pagi. Perghh, sakan berpusing, ber main.

    Anyway, memang seronot ke sini. So, till 29th April, admission fee is Free kat Pusat Sains Negara. Bawak la anak-anak ke sini. Pada yang rasa nak ke Petrosains tuh jauh , bawak sini. Memang fun.


  2. Wah wah wah..

    April 5, 2010 by arin

    Ramai sungguh yang mem bang aku pasal Melbourne , USA. Kahkahkah..Kalau tak tengok ABPBH , sure tak tau ketersasul lan si Scha. Anyway, nih aku paste kan artikel yang mengatakan Ummi Nazeera sambung belajar di Melbourne, Australia.Bukan nya sambung belajar di Melbourne, USA.

    Lain kali, kita kena la tau gosip/cerita artis tuh. Baru kita paham kenapa dalam twitter, dalam cari.com forum semua orang menggelakkan si SCHA tuh.Kerana ke nervousan si  SCHA , kesian dia.SNih artikel dalam arkib Bharian mengenai Ummi Nazeera sambung belajar di Oz.

    Dalam Hip Berita Harian hari ini melaporkan, pembawa watak Siti Sarah dalam diri drama Nur Kasih bakal tinggalkan tanah air hari ini. Ummi Nazeera yang penuh kontroversi sebelum ini kerana dikaitkan dengan kes pukul Remy Ishak bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah Komunikasi Massa di Melbourne, Australia.

    Menurut Ummi pemergiannya ke sana ditemani mama tersayang, Datuk Maziah Musa untuk beberapa tempoh waktu sehingga dia dapat membiasakan diri di sana. Ummi menyambung pengajian di Royal Melbourne Institute Of Technology untuk tempoh empat tahun.

    Ummi Nazeera ditemubual ketika membantu abangnye, Ahmad Nazreem menguruskan pembukaan butik miliknya, Musa Boutique & Cafe di Avenue K (berdekatan dengan KLCC)

    Semoga Ummi Nazeera berjaya dalam pengajiannya.

    sumber : Berita Harian




  3. Muzium Samudera Melaka

    April 3, 2010 by arin

    Lepas dah pusing-pusing naik Menara Taming Sari, jalan kaki ke Muzium Samudera. Hanum yang excited, sebab dapat tengok ships.Macam-macam bentuk ship yang ada dipamerkan.And juga history pendatang mai Melaka.

    Zara lak, dia agak cuak bila nampak patung2 dalam muzium ni. Ye la , bebudak ..gerun la tengok muka statik ngeri gitu. Yang Hanum lak, sekejap-sekejap ” mama, ni ada lagi..ni lagi..” . Sambil point pada ships. Bila nak bergambar atas tangga kapal ke, celah dalam kapal tuh, dia excited. Tapi memang bawak bebudak nih, tak sempat nak baca betul2 info kat dalam muzium ni.

    Untuk info pasal Muzium Samudera, jangan lupa jenguk RIADAH. Segala info mengenai Muzium Samudera Melaka ada di situ.


  4. Menara Taming Sari, Melaka

    April 3, 2010 by arin

    Pagi ni, dalam jam 9.50am, kami dah terpacak di area Banda Hilir. Plan hari ni, bawak bebudak ke Menara Taming Sari di Banda Hilir.

    Kami group yang pertama naik. Tak ramai orang time ni. Yang penting, parking senang nak dapat kalau pergi awal-awal. Kalau pergi lambat, parking pon hazab. :)

    Anyway, more info mengenai Menara Taming Sari ini, akan di update di RIADAH dalam masa terdekat. Meanwhile, nih antara gambar yang sempat di snap.


  5. Al-Fatihah Kepada Arwah Din Beramboi

    April 2, 2010 by arin

    Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita pergi.

    Hidup ini, sekejap je kalau DIA nak tarik balik apa yang kita ada, mudah sekali. Perancangan dari NYA memang jangan di tepis.

    Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga Din Beramboi.

    Dari Mstar Online :

    Din Beramboi Meninggal Dunia

    Oleh WAHIDUZZAMAN

    KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

    Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

    Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

    Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

    Berita selanjutnya selepas ini.