RSS Feed

‘web info’ Category

  1. @TheNoteboook

    June 20, 2011 by arin

    Lama kan aku tak update latest entry. First of all , anak-anak main passing baton demam + flu + batuk . aku jadi penat plus aku gak macam nak terasa nak demam lak . Anyhow, bila nak start menulis je, even tulis ringkas-ringkas kat BB, ada je yang membuatkan entry tu jadi entry sekerat jalan .

    Anyway, ramai dah sekarang yang ada account twitter. Bagus. Sebab FB dah makin membosankan. Hahhaha. Anyway, aku layan FB sebab sekarang tgh gila main CityVille. Kikikiki..

    So , sesiapa yang ada account twitter tu, korang follow tak @thenoteboook ? Compilation of quotes yang memang agak best2 . Dalam list twitter aku siap buat list ‘quotes’ . Sebab aku suka baca quotes. :)

    Antara quotes from @thenoteboook yang best :

    and my fav :


  2. Dalam Makanan Ada Lipas?

    June 16, 2011 by arin

    keratan akhbar Sinar Harian-16/6/2011

    keratan akhbar Sinar Harian-16/6/2011

    Geli kan?

    Waktu dok baca Sinar Harian hari ni,ada berita pasal kejadian ni di Alor Gajah Melaka.Aduhai,bayangkan..perut lapar,ngap ngap makan,sekali ternampak body lipas.Terbantut selera atau ntah2 muntah kat situ.

    Para peniaga sila la jaga kebersihan premis anda.

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  3. Apabila Mereka Terasa Gegarannya

    June 14, 2011 by arin

    Timeline di twitter pagi ini , dipenuhi oleh mereka yang terasa gegarannya. My cousin-taro macam moskel kenapa dia terasa gegar/goyang + pening.

    Tap tup, depa tulis status earthquake di Sumatera magnitude 5.2 .

    Tu yang aku suka twitter ni, sbb instantly u can get the update  news.

    Selamat Hari Selasa!

    Link to earthquake news:

    1. http://www.emsc-csem.org/Earthquake/earthquake.php?id=225446


  4. Restoran Pakiss Melaka

    June 8, 2011 by arin

    Last weekend, kami sefamily ( 7 adults+3kids+1 baby ) ke Restoran Pakiss kat Klebang Besar ni. Dekat je ngan tepi sungai  tepi jejambat kalau masuk area Klebang Besar.

    Ini kali ke tiga aku ke sini.1st time and second time mai sini, servis memang OK. Foods memang sedap. Portion memang banyak. Kiranya rasa masakan tidak berubah . Signature dish sini adalah Sup Tulang and ada gak western foods.

    Bila along and family balik Melaka, decide la nak ke sini . tetapi agak kecewa le ngan servis + foods hari tu . Waktu kami sampai, we’re only family yang datang and seminit kemudian baru ada another family . Kami order gedebak gedebuk ..western ada, local pun ada di order.

    Sekali tengok, kenapa pakcik yang buat western ( western di masak di open kitchen ) tak start2 lagi . Hampir 10 minit ok . Then air sampai, yang local foods pun sampai. tapi western still lom ada yang buat. Paham-pahamla western foods ni lambat jugak masak nya .

    Then around dah 15 minit gitu , baru pakcik tu and maybe ngan anak2 nya terkial-kial masuk. Baru sampai . Aik, tukang masak boleh tinggalkan dapur.Kalau ya pun nak balik umah, baik takyah meniaga sebab you never know bila pelanggan nak datang . Or, waitress yang amik order tu at least inform customer “untuk western foods, lambat sikit sebba pakcik yang buat tu balik rumah” . So takde le orang order western foods.Susah sangat ke?

    Bab cerita makanan lak. Dua kali sebelum ni, hubby ku mengorder benda yang sama. Sebab memang rasa nya amat tip top. Nasi Goreng Cili Padi and Daging Black Pepper. Tapi yang dia dapat hari tu, rasanya entah apa-apa with portion yang sedikit compared to dua kali datang yang dulu . Daging Black Pepper pun tidak macam dulu . Mungkin tukar tukang masak ke atau apa . Tapi untuk kekalkan pelanggan keep on datang , tukang masak haruslah maintain . Betul tak?

    Western foods yang diorder lak adalah lamb chop and fish&chips. Aku, ahchu and Baba Long order Lamb Chop. Sebelum ni, ahchu pernah makan gak kat sini and order Lamb Chop . Tapi Portion yang diberi adalah besar. Yang kami bertiga dapat hari tu kecik and mostly bahagian tulang. Daging nya sikiiiiittttttt sangat . Hmmmmm…kecewa!

    Fish and chip nya?

    Nah, tengok apa yang kami dapat?

    Kesian kan?Hangus! Terkulat-kulat jugak nephew ku nak makan sebab lapar. Kalau ya dah lambat, perati-peratikan la masakan tu. Kenapa tak order lain?Atau minta tukar?Nak tunggu lagi 40minit?No way…

    Conclusion nya , tu mungkin kali terakhir aku jejak ke Restoran Pakiss ni . :(


  5. Astro Naik Harga ?

    June 7, 2011 by arin

    Berita dari Berita Harian hari ini :

    ASTRO buat pelarasan khidmat

    Oleh S Anand Kumar

    2011/06/07

    Harga pakej pilihan bakal naik tetapi yuran langganan alami penjimatan

    KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

    Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.

    “Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

    Tapi kalau hujan sikit  , servis tergendala apa kes pulak kan?Dok le tetiap tahun pelarasan atau dalam erti kata lain naik harga . Mendung sikit, awan berat sikit start grek grek grek , servis out . Pertingkatkan dulu servis, baru la pelarasan bagai .. :)