Betul tak?
Ingat this week nak daftarkan Hanum ke Darjah 1. So ingat nak daftar ke sekolah yang paling dekat dengan ngn rumah. Ikut kan sejarah, kami 3 beradik belajar di sekolah rendah di Methodist Girls Primary School (1) kat Tengkera , Melaka. Tapi tuh bape belas tahun dulu, sekarang sekolah banyak yang dah top.
And last week, waktu aku jumpa customer, aku borak2 ngn wife customer aku nih. Dia cikgu pra-sekolah di MPPM ( Maktab Perguruan Perempuan Melaka ) di Durian Daun, Melaka. Anak dia yang bongsu baya Hanum. Semua readers sure tahu kan, untuk sekolah rendah sekarang, mereka menitikkan 3M – Membaca, Mengira, Menulis. Dan tak lama lagi akan ada 4M , tambah lagi satu iaitu Menaakul.Ok, bila aku dengar tuh, aku terus terbayang tadika Hanum sekarang. Hati sudah sedikit gabra di situ. Then memang aku tahu, kalau di Melaka ( tak pasti di negeri lain ) , bila anak-anak ni dah start Darjah 1, maka minggu pertama mereka di Darjah 1 ada exam – ujian pencapaian.Ini untuk meletakkan anak-anak nih di kelas yang sewajarnya. Contoh nya kalau anak tuh tidak menetapi tahap yang ditetapkan , maka akan diletak di kelas agak bawah supaya senang cikgu nak mengajar mereka.
Pressure kan?Dulu seingat aku, macam aku masuk darjah 1 mudah je. Takde ujian pencapaian 4M atau 3M ni. Tapi sekarang, dari muda lagi anak-anak nih dah di latih sebegini. Yang pasti pressure kat mak pak gak. Waduh!
And nanti aku mau tanya kat bakal sekolah rendah hanum nih, ada pra-sekolah for umur 6 tahun tak. Yang pra-sekolah ni diadakan sama kawasan ( dan maybe building je lain2 ) dengan sekolah rendah tersebut. Menurut Kak Ina, wifey customer aku ni, memang setiap pra sekolah swasta diberi guidelines untuk mengajar anak-anak nih tetapi kadang2 mereka terlepas pandang . So, aku plan kalau umur hanum 6 tahun, aku nak masukkan kan ke pra sekolah yang ada di sekolah berkenaan. If let say takde, kita sambung la sekolah di tadika dia nih. So far ok tengok Hanumnye prestasi selain dari bila balik akan dia cerita ” ma..tadi ultraman main ngan jebat aiman, irfan, izzudin ” ..Bila tanya hanum baca doa apa kat sekolah , kadang2 tuh la jawapan dia. But bila dia sensorang main, dengar la nanti dia baca doa makan, dia sebut alif, ba , ta atau dia nyanyi a,b,c – z. Umur peringkat gini, dia absorb perlahan2 dan jangan terkejut, tetiba lancar dia bercakap, baca doa and such.
So, kengkawan readers yang ada anak-anak umur Hanum, dah daftar sekolah rendah?Baik daftar awal untuk mengelakkan tiada tempat.