Archive | tv RSS feed for this section

Grenade

26 Apr

Agak terpikat dengar lagu ni bila Nabil nyanyi waktu Maharaja Lawak Minggu ke 3 yang lepas. Before ni, cam di angin lalu je dengar lagu ni . :)

Ni Nabil nyanyi waktu Maharaja Lawak Minggu 3 :

Ni official video clip Grenade – Bruno Mars :

Selamat Hari Selasa!

Channel 555

26 Feb

Malam tadi while kat umah C4777, sempat tgk cenel 555 – pasal ex president filipina:Marcos.Betul gila dan diktatornya dia dan kuncu2 dia berkuasa.

Salah sorang mangsa bgtau, dia dirogol beberapa kali oleh tentera yg tangkap dia.Pulak tu cara depa seksa orang-orang ni sebijik mcm cara jepun waktu tawan malaya.Gila tol..

Waktu ninoy aquino ( husband presiden aquino), nk blk ke filipina lps dibuang negara, sebaik saje dia turun kapal terbang , dush dush kena tembak dek org2 Marcos.phewww..ada ditunjukkan footage waktu insiden ni.Dasyat tol!

Janganlah pemimpin kita sampai ke tahap dasyat macam ni. :p

P/s:Anda sudah register sebagai pengundi?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Kenapa Perlu Alih Suara ??

14 Jan

Waktu tulis entry ni,aku meneman Zara tgk MickeyMouse Clubhouse di TV2. Yup,ada cerita ni di tv2,every friday jam 7pm.

Masalahnya,ianya di alih suarakan?Oh no.Sungguh tak kena.Kenapa tidak dikekalkan je in English? Mickey Mouse Clubhouse adalah antara kartun yang guna simple english dan anak-anak senang nak faham.Ni antara cerita kalau nak mudah ajar anak in English.Ingat lagi waktu Hanum age 1yrs plus till now,she loves to watch mickeymouse clubhouse.Sedar2 ada ayat in english dari cerita tu dia ikut. :)

Aduih,tang lagu pulak dah.Penat telinga aku nak dengar. :p

Posted with WordPress for BlackBerry.

10 Maut ( Mungkin Lebih ): Kemalangan di PLUS Highway Berdekatan Simpang Ampat, Melaka – Gambar & Video

10 Oct

-pix : source from seseorang dari BlackBerry Group ( rashid Ausmat 11 nya member ) yang berada di sana -

Latest pixs from Zatul’s sister yang ada di tempat kejadian (sila amik perhatian, kalau bawak kenderaan tidak berhemah , ini mungkin akan terjadi )! :


Video Kemalangan Ngeri Di Simpang Ampat, Melaka.

Source dari youtube :


Berita di TV3 malam tadi, ada sebut kemalangan mautdi KM223 berdekatan dengan exit Simpang Ampat Melaka. 11 orang maut .

Al- fatihah dan takziah pada mereka yang meninggal dunia. 2 buah bus ( 1 bus sekolah, 1 bus ekspress- Delima Ekspress) , 3 kereta dan 1 van terlibat dalam kemalangan ni.

Rasa-rasanya untuk tahun ni, ni lah kemalangan paling dasyat terjadi.

Latest news tadi di Harakahdaily Online ( klik SINI )

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh

Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

“Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu,” cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

“Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu,” beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

“Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera,” beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

“Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,”beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Apa Ada Dengan Drama Chinta?

28 Sep

Semalam melayan episod 1 , slot Akasia yang latest – Chinta. Not bad. Ada Azhar Sulaiman, Fasha Sandha, Ezany and ramai lagi. Kira nya pelakon semua yang boleh berlakon la.

So far episod 1 ni boleh membuat kan aku nak tengok episod-episod seterusnya la.Semalam ending episod 1, si Azhar Sulaiman masuk umah orang kaya nak mencuri sebab dia nak kahwin tapi takdak duit. Kerja pon takde. Then bila dia dah dapat hasil curi, dia takleh kuar dari rumah orang kaya tu dek orang kaya tu dah pasang ‘pagar’ . Bila masuk rumah, takleh temu jalan keluar. Huhuhu..apa jadi hari ni. Cemana si Azhhar Sulaiman keluar umah orang kaya tu.

Kira boleh la layan pepetang cerita ni. Slot Akasia sebelum ni jarang sangat aku layan.

Sinopsis Drama Chinta ni :

Drama Chinta ini mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung. Tetapi hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya. Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal. Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Info : SINI