RSS Feed

‘tv’ Category

  1. Juara Maharaja Lawak Mega

    December 31, 2011 by arin

    Semua tahu malam semalam final Maharaja Lawak Mega..Aku start layan MLM ni waktu minggu ke dua kot..then selepas tu dok le layan tetiap minggu atau ulangannya sampai la final semalam. Peserta semua ada yang otai-otai lama, ada yang aku tak kenal pun.And terdiri dari 3 negara..Malaysia, Singapura and Indonesia.

    So , malam semalam finalist ada 4 kumpulan and semua tahu OSBON menang dan hadiah nya RM350 ribu.Aku mmg mengharap OSBON menang. Lawak diorang memang epik.Memang dolu-dolu nya lawak. Ye la, orang lama..lawak pun berhemah je..Takde macam separuh pelawak yang bebaru ni , lawak sx je kadang .

    - ABON jadi sutani..dia ni kalau berlakon jadi pompuan, memang budget ayu lawa je..wakakakka-

    - ni waktu final semalam, first round..tak umph sangat..tapi second round memang TERBAIK!-

    Bila tengok kat twitter worldwide trending, tu dia..OSBON mendapat tempat ..sekejapan dalam masa 2 jam jadi trending .. :)

    Memang meletup! :)


  2. Tiada Iklan ?

    December 29, 2011 by arin

    Perasan tak, kat blog aku ni..dah tiada iklan . maksud aku iklan dari NN yang sebelum ni kiri atas, tetengah semua ada aku letak . Kenapa aku keluarkan iklan NN ni?

    1. Sebab kadang-kadang loading blog jadi terlalu slow. Aku paling tak suka masuk website yang slow-slow ni. So aku sendiri taknak orang masuk blog aku and cakap “ishh..slow la dia nya blog” .

    2. Rasanya malas dah nak layan BE apa bagai tu semua.

    3. Sebab ini blog aku..gua punya suka la..wakakakkaka..

    Kenapa tetiba cite pasal iklan?Ntah nya..cerita hari khamis kot ..kekekek..

    By the way , for the first time tadi dapat tengok Social Network dari awal sampai habis.ok, aku terpegun ngan cerita tu . And justion timberlake as sean parker ( pengasas Napster ) tu adalah smart ek. lama tak tengok dia berlakon . Cerita pasal cerita , Ombak Rindu dah start ada kat Astro First dan dah ada juga link kat youtube, but bila kala aku nak layan?Masuk je kol 10mlm , mata dah start ngantuk. Adalah malas nak tengoks eparuh-separuh . So..tengah berfikir bila aku nak layan Ombak Rindu ni . :) Nak nengok jugak mampu kah diri sendiri menangis as orang yang dah tengok semua cakap , diorang dok nangis meleleh-leleh air mata . Kekekkeke..


  3. Sorok Bau Budu

    November 8, 2011 by arin

    Malam semalam siapa tengok cerita Sorok Bau Budu kat channel Astro Prima kol 10pm.Drama yang buat aku tergelak aje.Best layan sebab itu la realiti hidup especially di KL.

    Buat mereka yang tak tertengok,cerita ni mengisahkan Deris yang dtg kl untuk cari kerja.Deris ni asal nya orang Kelantan.So bila dia dah dapat kerja,nak maju ke hadapan dalam hidup dia,dia seolah-olah tak ngaku dia dari Kelantan.Dia macam malu sendiri asal usul dia.So dia tipu semua orang cakap dia asal Segambut.

    Highlight cite ni bila parents Deris dtg nak ajak balik Raya Haji.Since dah 3 tahun tak balik.So time tu la rahsia Deris terbongkar and orang tahu dia berasal dari Kelantan.

    Realitinya kat KL atau bandar-bandar besar ramai yang gini.Lupa kejap atau lupa terus asal usul.Dok perasan berasal macam dari bandar.Padahal org yang asal dari bandar pun tak fake sampai gitu sekali.

    Kalau siapa yang ada channel Astro,kalau ada ulangan drama ni,sila la tonton.Memang menarik.Siap bila ada dialect kelantan,ada sari kata so kita pun paham.Kekekekke…

    Selamat Hari Selasa.. :)

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  4. Cerekarama Ziarah Tiru Jalan Cerita Movie Omputih?

    July 16, 2011 by arin

    Siapa tengok cerekarama – Ziarah?

    Siapa pernah tgk movie Everybody’s Fine ( lakonan Robert De Niro,Drew Barrymore ) yg pernah disiarkan kat Astro ?

    Sebijik jalan ceritanya sama.Plot cerita sama.Anak 4.Ayah pergi melawat anak-anak.Kehidupan anak-anak tak seperti yang dibayangkan.Anak-anak dok cover sesama sendiri so ayah tak tau.

    Aduhai,kenapa la tak digodek idea sendiri wahai pengarah cerekarama-Ziarah ni??

    Bila tgk promo cerekarama ni kat tv3,macam best..sekali?Hmmm.Frust den.

    Ok la,nak flip flip cenel lain lak. :(

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  5. Grenade

    April 26, 2011 by arin

    Agak terpikat dengar lagu ni bila Nabil nyanyi waktu Maharaja Lawak Minggu ke 3 yang lepas. Before ni, cam di angin lalu je dengar lagu ni . :)

    Ni Nabil nyanyi waktu Maharaja Lawak Minggu 3 :

    Ni official video clip Grenade – Bruno Mars :

    Selamat Hari Selasa!