Semua tahu yang awal tahun hari tu, Hanum dah pun masuk pre-school. Tapi lepas masuk second semester ( bulan Jun 2010 ) , Hanum macam phobia nak ke sekolah. Dok asik menangis bila dah sampai di depan gate sekolah. Puas di tanya kenapa menangis. Bukan aku saja yang tanya, tapi ahli family ku yang lain cuba mengorek rahsia kenapa Hanum tiba-tiba dari seorang yang energetic hendak ke sekolah jadi takut dan phobia tiap kali ditinggalkan di sekolah. Must be something wrong somewhere. Adakah cikgu baru ( cikgu lama yang jaga Year 4 dah berhenti lepas masuk semester baru ) tak sesuai dengan Hanum?Adakah cikgu yang menjaga Year 4 garang dan tidak mesra pada anak-anak murid?
So aku mengambil keputusan untuk stop kan Hanum dari gi sekolah and lewat bulan 10 hari tu Hanum and Zara join playschool tiap Sabtu yang held by AlimKids Melaka di Taman Tasik Utama. So , at least dia dapat berkawan and dapat sesuatu yang baru tiap kali ke playschool dan persediaan pada Hanum juga untuk masuk ke pre-school next year .
Semalam, waktu nak ambil the girls di C4777, aku singgah di pre-school Early Development Children dekat dengan rumah aku and pre-school lama dia. Memang dari luar nampak pre-school ni in such , bersih and gaya sekolah. Bukan nak kutuk pre school lama hanum but, keadaan dalam pre-school lama nya yang agak kelam dan gelap agak tidak sesuai untuk pembelajaran anak-anak. So, aku bertanya tentang fees, uniform, pembelajaran/pendekatan yang digunakan and whats not. And Ms Tila yang attend segala mak nenek question aku tu very co-operative. Rupa nya pre-school tu dah nak masuk 7 tahun beroperasi. No wonder nampak sungguh established.

Antara pendekatan yang digunakan dalam mengajar anak-anak ini membaca adalah menggunakan buku Peter & Jane. Buku ni memang bagus untuk first step for kids untuk start membaca in english. Bila aku dengar, aku terus cakap kat Ms Tila “ i’m using the book when i was in kindy. That was like 29 years back ” . Ahaaaa, hati agak terpaut bila tengok apa buku-buku yang bakal Year 5 akan di ajar .
Waktu belajar adalah dari 8:30am ( assembly time ) – 12:00pm . Dari 12:00pm hingga 12:30pm adalah Iqra ( mengaji ) . Bab makan lak setiap hari jam 10am . Menu lak bertukar-tukar Isnin hingga Jumaat. Semalam sempat lah jumpe makcik yang masak, membersihkan pre-school ni .
So, bila balik bincang ngan sang suami, tunjukkan segala fees and whats not, insya allah kami akan menghantar Hanum kat sini. Sebab utama adalah dekat dengan rumah. Kot dia terlewat bangun ke apa, pecut kereta tak sampai 3 minit dah sampai .
Semalam aku ada tanya gak kat Ms Tila umur kanak-kanak yang paling muda yang diorang ambil. Kata nya, paling muda yang diorang ada ialah 2.5years old. Aku tanya la, cemana budak tu cope ke apa. Dia kata by November lepas budak tu dah ikut dan faham apa yang dia belajar. Tapi tak kot aku nak hantar Zara awal-awal ke pre-school takut nanti by the time umur dia 6 tahun, dia dah bosan. La ni pun next week baru umur Zara nak cecah 2 tahun . :p
Tapi bila nak masukkan anak ke pre-school , beberapa benda as parents perlu kita ambil tahu – based on pengalaman aku la :
1. Dah berapa lama tadika itu beroperasi ( so that kita dapat tahu, how established sekolah tu ) . Kalau yang baru ditubuhkan, mungkin ada masalah dalam operasi, macamana nak managed cikgu dan anak-anak etc.
2. Tengok details fees bila diterangkan kepada kita. Kalau dia cakap untuk Book Fees = RM260.00 tengok apa buku yang bakal anak-anak kita dapat dan di ajar . Waktu aku gi semalam, presentation of the pre-school memang aku sendiri tertarik. Ada one corner at the office , yang tunjukkan apa buku Year 6 , Year 5 dan Year 4 guna.
3. Sila pusing satu pre-school itu untuk tengok kebersihan serta kawasan sekeliling. Ini penting , sebab for few hours the kids will be at school. Pergaulan and environment sekeliling amat penting . Kalau sekolah tak bersih, cemana anak kita nak dipastikan sihat kan?
4. Tanya bab makan . Apa antara menu yang akan diberikan kepada anak kita.
5. Tanya jugak cikgu cemana cara nya. Adakah untuk setiap subject cikgu bertukar atau satu cikgu untuk satu kelas ( yang akan mengajar semua subjects ) . Ini penting jugak at least, kita tahu tiap pendekatan cikgu kat anak-anak tu macamana nanti. Bakal pre-school Hanum ni ikut satu cikgu untuk satu kelas. Cikgu ni yang akan mengajar semua dan untuk setahun waktu pembelajaran Year 5, Hanum akan attached with one teacher je.
6. Cara pendekatan pembelajaran yang akan digunakan. Kenapa nak tanya ni?At least bila kat rumah, kalau kita nak buat revision ngan anak kita sendiri tahu and tak mengajar yang silap pada anak. Pengalaman aku, aku tak tahu pre-school Hanum yang lama ajar guna kaedah phonics method, aku lak kasi hantam ajar Hanum ikut-suka-aku. dah la Hanum dok asik cakap “Mama, salah ni..teacher cakap lain ” . :p
So , pada parents yang tercari-cari pre-school untuk anak-anak, boleh la kot amik sikit banyak tips di atas. Walaupun sekolah tu dah ada nama ( read : glamour ) , tapi pastikan jugak ciri-ciri kecik lain di ambil kira.