Archive | printsini RSS feed for this section

Perihal MasKargo

6 Sep

Banyak betul hal yang terjadi waktu Bulan Ramadhan yang lepas. Order untuk sampul duit raya / money packet alhamdulillah banyak diterima. Customized own design, sure ramai yang nak letak gambar family , gambar company and so on .

So, antara order yang diterima kena di hantar ke Bintulu, Sarawak. Banyak jugak jumlah nya. Berat parcel je dah hampir 80kg . At first , handling adalah menerusi Pos Laju tetapi bila Pos Laju keluarkan notis yang last penerimaan adalah pada 22.08.2011 maka taknak amik risks so opt for other courier. Courier yang lain pun bagitau yang at least 4-5 working days untuk reach Bintulu.

Fikir punya fikir so, kita amik option mengunakan MasKargo . Tapi kena la ke terminal MasKargo berhampiran dengan LCCT Sepang sana . Dari Melaka around 4pm sebabĀ  local courier via Skynet kena buat .

maskargo

Tiba di MasKargo around 6.10pm. Bila sampai kat pintu masuk gerbang besar tu, polis bantuan situ kata kena amik pass. Ah sudah,kena pusing semula di building sebelum Terminal MasKargo ni untuk ambil pass ( berdekatan ngan maybank ) . Nasib bila sampai, tak ramai orang beratur. Ambil daily pass, tinggalkan ic. And akan diberi tag dan kena pakai gelang kat tangan tu . If let say, dua orang nak masuk, so dua2 orang kena pergi amik pass. And umur bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk. Time tu of course le aku bawak the kiddos, so azwar ku suruh jaga the kiddos di bilik menunggu dipintu masuk terminal Maskargo siurusan deal ngan customer tugasan aku.

So , dah dapat pass, masuk semula terminal MasKargo and asked the polis bantuan for direction ke building Core 1, Bay 17 ( as mentioned by pegawai yang bertugas di MasKargo waktu aku called before tu ) . Jauh woo, memang kena drive. And nak masuk ke building Core 1 tu ada satu lagi halangan. Kena mintak daily transport pass kat pegawai yang bertugas kat pintu masuk tu. Isi borang, tulis nombor keta and letak la pelekat tu di dashboard. Dah kat area terminal, dah nampak Core 1 tapi celah mana nak masuk buatkan aku berpusing-pusing .Memang jalannya banyak yang sehala and mabuk aku berpusing .At last jumpa gak celah mana nak gi main entrance Core 1. Tiba situ around 6.30pm .

Bila tiba, sengih-sengih muka pegawai bertugas sebab aku dok called dia byk kali petang tu . And dia kata usually bulan puasa diorg break from 6.30pm-8pm untuk berbuka. Oh yeah, MasKargo beroperasi sampai jam 10.00pm . So, aku turunkan barang kat Bay 17, pegawai ni tolong sealed kan 4 big boxes ni sebab takut boxes ni terbarai . Ye la mana kukuh sangat aku sealed.

So dah timbang bagai, dah documented semua details dalam computer and borang , pegawai ni kata kena gi kat building Kastam ( yang nun di entrance terminal – 3 minit drive ) untuk endorsement . Zasssss, berkejar ke situ lak sebab takutkan takde orang. Tengok-tengok jam dah hampir jam 6.50pm. Luckily, memang orang tak ramai and memang ada je pegawai bertugas. Waktu endorsement, kena tunggu lagi untuk documentation bagai . Phewww, letih makcik menunggu .

Settle semua documentations , bergegas membawa semula semua dokumen ke Core 1 tadi . Dia cop, paid the amount and walaaaa..tepat jam 7.15pm aku settle. Penat tak terkata. Tensen nya tak terkata sebab dalam kepala takut takde pegawai bertugas , dah satu hal kena menunggu lepas berbuka. Nasib baik semuanya dipermudahkan . Alhamdulillah.

Settle situ, terus aku sms customer di Bintulu.Memberikan tracking number bagai and alhamdulillah,esoknya parcel selamat mereka terima around 2pm.

So, pada aku if parcel besar2 dan berat memang wajar menggunakan MasKargo. Harga nya lebih murah dan cepat . Cuma segala dokumentasi kena buat sendiri. Kena ke sana sini sendiri but bila lagi nak jejak terminal Kargo kan? :)

Tu la, waktu bulan Ramadhan aku nak siapkan persiapan raya untuk diri sendiri pun last minit. 2 hari before raya baru terhegeh2 mencari baju kurung sendiri. masa memang suntuk sangat . :p

Ok, nanti cerita perihal raya lak..

Promosi Sampul Duit Raya 2011

3 Jun

TARIKH AKHIR UNTUK MENEMPAH SAMPUL DUIT RAYA : 10.08.2011

* minima order : 50pcs

* boleh tambah logo syarikat / gambar

* terdapat 2 saiz sampul duit raya ( Kecil dan Besar )

Layari http://www.printsini.com untuk maklumat lanjut

Kisah Rabu

28 Apr

Hari rabu semalam,hari yg agak penuh aktivitinya.Pagi bawa Harith ke Klinik Kesihatan Tanjung Kling.Nasib baik tak ramai orang.Sampai klinik kol 10.05am,settle check up and jab Harith kol 10.30am.Latest berat Harith adalah 5.3kg,panjang 57cm.

Then waktu pagi tu dapat sms dari seorang ibu yang ada problem dalam breastfeed.Berbalas balas sms,kebetulan ibu ni tinggal di area Tanjung Kling jugak,so kol 3.30pm aku ke rumah dia.Guide her and advice apa yang patut so dalam 4.30pm gerak balik rumah.

Pastu,amik anak-anak di rumah C4777, dan terus kami ke Jusco Aeon untk berjumpa dengan client printsini.com.Bincang punya bincang sesedar dah jam 7pm.Nasib baik kami berjumpa di area foodcourt-playland Aeon . So anak-anak bermain leka kat playland.Nasib harith pun tak ragam since mr hubby pun ada gak.Dok pusing2 kepala Harith tgk budak2 main kat playland tu. :)

Hari yang penuh bermacam aktiviti , jumpa orang akhirnya disudahi dengan makan malam kat rumah.Phewww..lega.Tapi tu la,kaki aku lenguh-lenguh gaya macam berdiri lama je.Padahal asik duduk je.

So macamana hari khamis anda?Cuti weekend yang panjang,apa plan anda? :)

Posted with WordPress for BlackBerry aka My Cik Berry

Hari Yang Panjang

21 Apr

Hari ni hari yang panjang sungguh.Lepas satu perkara ke satu perkara perlu diselesaikan.Penat pun ya.Last destinasi tadi ialah ke KKTM Masjid Tanah.Urusan printsini.com macam biasa.Pastu akan ke KL untuk hantar barang.Memula ingat nak naik tol Simpang Ampat macam biasa tapi kawan di KKTM kata,ikut Pedas lagi dekat.

So ikut la laluan jalan kampung ke arah Tol Pedas.Anak-anak la suka sebab macam-macam binatang diorg nampak tepi jalan.Dari lembu,kambing,kambing biri-biri dan memacam la.Kitaorang pit stop kat Pekan Rembau . Ada perhentian cendol madu kat tepi sungai.Anak-anak sakan pusing.Macam gasing terlepas gayanya. :)

Meneruskan perjalanan ke KL,instead naik tol pedas end up naik tol senawang.Huhuhuhu.Ni hopefully tak terperangkap ngn jem kat jalan kinablu otw balik selayang.Dah la si justin bieber buat concert kat stadium merdeka area2 tu je.waduh..waduh!

pekena cendol di kala panas

pekena cendol di kala panas

macam gasing terlepas memasing

macam gasing terlepas memasing

Posted with WordPress for BlackBerry aka My Cik Berry

Promotion @ Printsini.Com

23 Mar