Archive | pregnancy RSS feed for this section

Early Labor Signs and Whats Not

29 Jan

Semalam petang , it seems that discharged getting thicker and sometimes ada air sekali . Well, macam yang aku tulis lepas-lepas, discharged adalah petanda awal early labor sebab as baby dah engaged ke bawah , maka dia akan menolak dan lapisan selaput makin menipis. Eventhough discharged terlebih banyak dan kerap semalam tapi no sign of bleeding or any contraction yang kuat. But to be on the safe side, aku kurang la bergerak . Kalau boleh, biarlah kalau nak beranak atau ada tanda-tanda besar di siang hari . Senang semuanya . Tapi kuasa Allah SWT , kalau time tu gak sakit, time tu gak nak beranak , kita terima la .

Anyway, since discharged makin banyak and kerap maka bag ke hospital dah dimasukkan dalam bonet kereta . So, tiada lagi istilah kelam kabut seperti yang lepas-lepas. Bukan aku yang kelam kabut, aku relax je sebab menahan sakit tapi ayah bebudak ni yang ntah apa-apa. Kelam kabut tak tentu pasal eventhough dah tau semua nya dah siap . Haish!

So, hari ni dah 29 January , debaran makin terasa. Kalau yang memang scheduled for induced or csect , aku rasa debaran tidak seperti ini kerana tahu sekian-sekian masa dan waktu akan berjumpa juga dengan ahli keluarga baru . Tapi yang waiting normal cam aku dan mak-mak yang lain, mak aihhh..tuhan aja yang tahu betapa berdebar nya aku . Tak sabar pon ya , takut lagi la ya !!

Tapi jangan risau , if any updates aku akan update kat blog ni , Fb and of course twitter . :)

Kali Ni Buatkan Hatiku Dap Dup Lebih

27 Jan

Tadi gi weekly check up di Kelinik Kesihatan ( KK ) . Everything ok . Bila nurse check CTG baby using a very cute battery operated machine, dengar kuat gila degupan baby . Kalau biasanya di hospital, kalau nurse check CTG baby, kan machine nya gedabak besar sebab siap ngan chart  bagai . So kalau kat KK, depa nak monitor per minute berapa degupan baby, diorang pakai yang handheld nya . So , if lom lagi bersalin, 2hb Feb 2011 adalah next appointment aku . EDD aku adalah 4 Feb 2011 .

Kali ni aku rasa dap dup lebih. Don’t know why . Maybe sebab dia belum keluar-keluar. Bila tidur malam mengharap janganla dia buat peel nak keluar tengah malam . :p sebab yang dedua sebelum ni semua pakat sakit start awal pagi .

And aku rasa dup dap lebih jugak sebab this time around, aku melepasi 38 weeks . Ya la , the girls before ni semua pakat keluar awal. Tapi nasib baik time depa kuar , persediaan semua dah settle . Yang kali ni , harap-harap nya keluar la ikut time . Kikikiki..insya allah minta-minta dipermudahkan .

Ok la, harap-harap nya tengah malam ni aku tak terjaga-jaga seperti biasa . Penat badan rasa nya tengah malam / awal pagi terjaga . Sebab lepas tu susah sangat nak lelap. Pulak tu , bukan leh tido lena..lepas sejam sure terjaga balik. Penat tau badan  bila body clock haywire gini . :(

Hujan Di Pagi Rabu

26 Jan

Melaka hujan pagi ni . Since early morning around 5am . As usual , aku terjaga around 3am++ . Siap update status di FB bagai. Kikikiki. Kata Cik Berry tido di tepi bantal ku .  :)

Pagi ni ada usual weekly checkup di Klinik Kesihatan . Memandangkan hujan turun , kita gi lambat le sikit. Lagi pun bebudak dah bangun , so nak mandikan dan siapkan diorang tengah2 hujan gini memang menduga akal . 1001 alasan diorang taknak mandi .

Semalam few friends ada YM, sms dan BBM aku tanya keadaan aku . Aku ni jarang dan sellau mau lupa update FB Status. nak cari aku , memang kat Twitter je sekarang. Ntah tak tau apsal. Sebab tu hari notifications FB tak tersync ke Cik Berry tu yang aku tetiba tak update FB Status .

So , kengkawan..saya masih steady. Insya allah yang nombo 3 kali ni keluar ikut waktu . Harap-harap nya . :)

- mak dugong in action -

Normal Agaknya Macam Ni ?

25 Jan

Jam tunjuk kol 3.25am .Aku dah terjaga.Pastu start la terkebil-kebil camne nak tido.Aduih!

Tadi pun tido,dapat tengok Ali Baba Bujang Lapok kat TV2 kejap je.Mata tak tahan sungguh.Terasa badan hari ni penat sungguh . Maybe keluar siang tadi,cuaca lak matahari tegak atas kepala tu yang badan pun lemau sana sini.

Motif entry ni?

Saja menaip pakai Cik Berry dengan harapan aku dapat lelap balik.Huhuhu.Baik la aku try tido gak.Ni la masa-masa terakhir aku nak tido puas-puas waktu malam.Kalu dah bersalin nanti,macam mana la gayany pulak. :)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Masih Steady Lagi

24 Jan

Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke C4777 kerana nak menyelesaikan berderet-deret urusan sebelum aku terberanak . Huhuhu. Hari ni , memang langit cerah panas sungguh. Tiada awan . Memang menduga kepala aku je. Tapi luckily , bukan aku yang kena drive , suami ku yang kena drive ke sana sini sinun . :)

Anyway, bila baca timeline twitter , baca Munirah ( http://blog.tripletsplusone.com/ ) dah selamat melahirkan baby nya . Tak silap, timing EDD Munirah and aku lebih kurang sama . Membaca dia sakit contraction and whats not, ya allah mudah nya dia bersalin . Semoga kes aku bersalin nanti akan mudah seperti dia . Aminn..  :)

So , masih tertunggu bila si kenit dalam perut ni nak mengeluarkan sign dia dah nak tengok dunia . Takpe, masih sabar menanti . :)