RSS Feed

‘pregnancy’ Category

  1. Teringat Kisah Di Hospital Selayang

    February 5, 2012 by arin

    hospital selayang.view dari 19th floor Selayang Point.

    hospital selayang.view dari 19th floor Selayang Point.

    Ni view dari tingkat 19- dari Selayang Point Condo rumah adik ipar ku.Pagi tadi bawak bebudak mai sini swimming.Tapi angin super sejuk dan kuat,so bebudak swim pun tak lama.

    Hospital Selayang,tempat aku bersalinkan anak no 2-Zara Aliyah.Hospital yang best.Baik dari segi doktor,nurses,labour room nya equipments,ward,makan and sebagainya.Masih teringat yang sejurus aku bersalin,waktu nurses bersihkan Zara,ada sorang lagi nurse pegangkan mug air milo and straw bagi aku minum.Dia tak bagi aku pegang sendiri.Terharu time tu.I know that tu maybe dalam SOP diorang but still, small gestures gitu buat kita teringat sampai mati. :)

    Ok la.Anak-anak + cousin diorang tengah main berangan-berangan kat rumah aciko diorang ni.Meh kita melepak layan movie.

    Selamat bercuti!

    zara and jasmin dok lepak dlm pool

    zara and jasmin dok lepak dlm pool


  2. Contraction and Push Semasa Bersalin

    February 6, 2011 by arin

    Genap seminggu aku bersalinkan Sufian Harith.A very smooth and easy journey during labor.Dari kepala baby dah terasa di hujung dan full delivery,it takes about less than 5 minutes.

    Maybe pengalaman degil untuk kangkang dan teran sewaktu lahirkan zara mengajar aku byk.Plus azwar terar coach aku when is the time to push,amik nafas and such.Ye la, dah masuk 3 anak dia ada kat sebelah aku during labor.Lagipun,untk yang kali ni,dia byk dig info bout labor thru net.Taknak pengalaman waktu Zara hampir lemas dulu berulang.Love u abang!

    Anyway,apa kaitan contraction and push kan?Bila dalam labour room.machine ctg tu kan ada and bunyi dia will determine degupan baby.So bila saat teran meneran tu, each time contraction occur,time tu la kita kena push.Kalau nurse cakap ‘push’ panjang,ikut cakap.Sebab selama mana contraction tu occur,itu la yang mudah kita push.Jangan suka2 nak push and amik nafas.Sebab kita yang akan penat dan kekoyakan di bawah akan bertambah teruk.

    So untk yg menanti hari,bak kata neeza, bila push bukan kat muka tapi macam kita teran waktu buang air besar. Plus,make sure muka ke bawah dan jgn dongak.Insya allah semuanya mudah.

    Good luck!

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  3. Sunday – 30.01.2011

    February 2, 2011 by arin

    Siapa yang ikuti FB dan Twitter aku tau la perjalanan bersalin aku . Senang aku update di twitter and fb sebab untuk info adik beradik, ipar duai , cousins dan juga kengkawan .:)

    So, aku sakit contraction yang agak extra kuat at around 4.50am , 40 minit sekali . Tapi lepas tu sakit makin kurang tapi lap time sama gak . 40 minit sekali . Then around 12pm , waktu tengah bersiap-siap nak keluar umah , saja je aku gi toilet just to check is there any blood show atau tak . And yup, ada blood show. Terus panggil azwar and bagitau dia . So, barang-barang memang dah ready termasuk barang the girls yang nak di bawa ke rumah C4777. Drop the girls kat rumah C4777 around 12.45pm , then singgah sat gi kfc malim nak makan gak zinger berger ..then shoot to hospital besar melaka . kol 1.15pm kitaorang register daftar and so on .

    Kol 2.30pm , dah start buat clocking n checking , then doc bagitau ada leaking. Patut la, few days before bila ada discharged, ada gak air sikit2. Tapi aku tak tau tu air ketuban . So, bila buat VE dah 3cm bukak doc kata will review lagi sejam . Kol 4pm gitu, review lagi and still bukak 3cm.since dah leaking , doc suggest bubuh ubat so cepat bersalin takut baby infections. so dah sign consent paper pe semua , masuk ubat sabun ( buang air besar ) , then terus ke labour room . Dalam labour room , punya le aku lama tunggu doctor atau nurse nak attend . Rupa-rupa nya fail aku missing in action . Kuikuikuikui. Tapi sempat la tengok tv bagai kat labour room tu. Tapi hati dap dup dap dup sebab dengar gak dari satu bilik tu , ada patient yang tengah push . Aduih, tensen !

    - time ni bosan menunggu doc and nurse datang untuk check -

    Then around 9pm, baru la doc mai . Again buat VE , dah bukak 4cm and doc kata since dah ada progress so takyah bubuh ubat . Doc pecahkan air ketuban and dalam kol 10pm , aku mintak azwar masuk ke dalam labour room . Since that sakit contraction makin datang . Dalam kol 11.30pm, nurse masukkan satu drip ubat untuk cepatkan bukaan , kol 11.40pm, aku terasa sakit cam nak membuang which is aku tau baby dah kat bawah , then alhamdulillah 11.44pm, full delivery of the baby . Aksi teran push , kangkang kali ni tak seteruk waktu zara . kali ni aku ikut cakap nurses and azwar and alhamdulillah , semua nya lancar. Oh ya, yang conduct deliver aku adalah midwifey ( staff nurse – bidan ) . memang betul2 gentle and aku rasa  depa cukup experience dan terlatih. even dia jahit pon cepat and lembut . :)

    -ni la peneman setiaku di kala di dalam labour room –

    So, aku discharged jam 1.30pm hari Isnin- 31/01/2011 . Tiada complication and so on , so discharged la . macam senang kan proses bersalin aku ni , tapi tu la mungkin rezeki aku and anak , semua nya smooth and easy .

    Alhamdulillah, sekarang ni Sufian Harith dalam keadaan sihat dan breastfeeding journey aku pon mudah . Milk production pon so far so good . Tak berpantang sangat . Makan makanan yang berkhasiat . Full diet dipastikan ada. Sayur memang kena makan . Cam semalam , aku makan byk sungguh brocolli and alhamdulillah nampak production nya meningkat . :)

    Ni nanti nak amik gambar tiga beradik tu , tapi tu la..tak tau bila. will do it soon .. :) .

    Pada semua yang mengwish kami, terima kasih tidak terhingga . Especially pada suami ku – azwar yang memang aku salute sebab bila aku dalam sakit ya amat tu memnag dia lah nyawa aku . dia la instruct aku sungguh-sungguh and menenangkan aku.love you so much abang!

    Pada sesiapa yang nak bersalin di Hospital Melaka , memang aku rekomen sesangat . Semua kemudahan, servis para docs and nurses semua tip top . Tade celah mana aku nak komplen atau rasa tak puas hati . Memang servis tip top dan memuaskan .. :)


  4. Assalamualaikum Sufian Harith bin Azwar Ansory

    January 31, 2011 by arin

    no 3 - sufian harith bin azwar ansory

    no 3 – sufian harith bin azwar ansory

    Nama saya sufian harith bin azwar ansory.

    Saya lahir jam 11.44pm,30 Januari 2011 dan berat saya 2.65kg (berat sket dari kakak2 saya) dan pjg saya 46cm.

    Mama saya tgh breastfeedkan saya and dia ngantuk ya amat sbb high ngan injection tahan sakit.

    Esok baru kakak2 saya dtg melawat.Bye!

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  5. Labour Room

    January 30, 2011 by arin

    labour room at hospital melaka

    labour room at hospital melaka

    I’m writing this post dari labour room hospital melaka.Tghr tadi ada blood show and actually the contraction start awal pagi tadi.

    Bukaan still static 3cm and plus doc checked there is leaking.Air ketuban x pecah lagi.Aku ckp kt doc,whenever ada white discharged,ada gak kuar air and aku tak tau tu air ketuban.

    So now,I’m waiting for the doc to induce.sebab takut kuman dah masuk ke apa and it will affect the baby.

    Doakan semua selamat ya.

    Posted with WordPress for BlackBerry.