Archive | parenting RSS feed for this section

Gigi Tumbuh Lagi

13 Apr

Tiga hari lepas, zara demam. Sekali check dalam mulut dia, dua batang gigi nak tumbuh sebelah dalam, sebelah kiri.So, bila dah nampak tuh, next day dah kurang demam dia. Ye la, gigi nak keluar, sekali dua lak tuh. to the date, dia dah ada gigi kat depan 8 batang and dalam dah ada dua batang.

Then tadi waktu pagi dedau balik badan dia. Adeh, sekali tengok, amik ko..sebatang gigi sebelah dalam lagi nak tumbuh sebelah kanan lak.Dah dia asik nak ngempeng je. Nak aku peluk je. Memang tak jadi keje apa la kalau dah gini gaya nya.

Bila tengahari , kakak dah balik skul dah elok dah dedau nya. Tak demam lagi.Taaappiiiiiii, dok la si kakak nih nyakat adik. Adik pegang mainan je, start kakak amik. Dah le pulak cam ribut taufan kat umah nih.

Memang kesian tengok bila anak nak tumbuh gigi.Ngan ragam nya lagi. Ngan semua nya serba tak kena lagi. Waddduuhhhhh.

Potty Training Version Arin

2 Apr

Ok, siapa yang ada anak-anak sekitar umur 2-4 tahun, time ni la masa yang agak mencabar kita mendidik anak dalam bab potty training nih.

Kenapa mencabar?Sebab dari lahir anak kita dok pakai pampers untuk kencing atau buang air besar and now bila dalam usia 2-4 tahun ini la waktu nya kita nak ajar dia pergi ke toilet untuk melepaskan segala hajat.

Aku start ajar Hanum waktu awal persekolahan dia dulu. Time tuh , dia baru 3 tahun 4 bulan. Memula ajar, tak pakai kan pampers, pakai la seluar dalam.Jangan la di baraikan je anak tuh tak pakai apa2. So, dah bagitau banyak kali kat Hanum : ” Kalau nak kencing, hanum cakap mama tau ” . Tapi bila nak kencing, bawak dia ke toilet suruh dia kencing dia taknak keluarkan instead dah keluar toilet, she will asked for the pampers. Confident level takde lagi. Takpe, teruskan usaha. So far dalam waktu pembelajaran tu, Hanum tidak pernah terlepas hasil kencing nya di lantai. Alhamdulillah. Kalau tak, bertambah kerja aku.

Waktu cuti sekolah hari tu, aku training kan dia macam biasa. And kali ni, bila dia nak kencing ” Ma, nak kencing, pergi toilet ” . Ingat kan macam biasa, cangkung beria-ia tapi mintak pampers but this time, walaaaaa she managed to kencing dalam toilet. Yeeehaaaaa. Mak dah excited, anak lagi la. Hanum caka ” Ma,tengok tuh hanum kencing” .

So, bila waktu siang dia tak de masalah memang dah ok ke toilet semua, nak dijadikan cerita satu malam tu, aku terlupa nak pakaikan dia pampers.Memang kalau malam, aku plan nak pakaikan dia pampers. Ye la, kang dengan minum susu berbotol-botol ngan air cond sejuk lagik, confirm banyak kencing. But the day aku tak pakai kan dia pampers, alhamdulillah dia tak terkucil atas katil. Lega den. Till now, memang dia tak pakai pampers untuk tido malam tapi make sure before tido , bawa dia ke toilet.

As for buang air besar, tadi dia kencing kat toilet, pastuh dia kata “ma, nak okok” . Aku kata la ” okok la, takpe ” . Uit, segedebuk ketul kecik keluar. Kehkehkeh. Pastuh dia lak terjerit, ” Ma, hanum okok ” .Hehehhehe.But aku rasa tuh kes tersenang nak buang air besar. Sebab selalu nya, habit hanum kalu nak buang air besar, dia akan berlari setempat , ke kiri ke kanan nak suruh urged membuang tuh sampai. Hehehehhehe..

So pada mak-mak sana, jangan paksa2 sangat anak potty training ni. Jangan marah-marah kat anak bila suruh kencing atau buang air besar kat toilet. Memang dugaan amat besar, bila kita tak pakai kan pampers, then sesedar ada air meleleh and such kat lantai atau carpet. Kang lagi di marah, lagi la anak rebel.Tuh yang payah.Sabar dan sabar dan banyakkan cakap kat dia lembut2 suruh kencing kat toilet .

Good luck untuk mak-mak yang bakal mempotty trainingkan anak-anak ye!

Susu Ibu dan Alahan Kulit

23 Mar

Kulit baby amat sensitif. Ada baby / anak-anak yang terpaksa berpantang makan waktu kekecik ni dek kerana kulit sensitif. Lelagi kalau waktu panas, start la kulit tuh tunjukkan segala jenis ruam, gatal-gatal.Kesian kalau tengok anak-anak ni menggaru. Tapi sekarang ni, ada cream untuk kulit badan yang sensitif. Kalau pergi farmasi, tengok yang tulisĀ  ‘hipoalergenik’ .Tapi apa-apa pon consult doktor memasing sebelum akai apa jenis cream pon.

Tapi bagi anak-anak yang breastfeed , insya allah segala mak nenek penyakit alahan ni takde. Pengalaman aku, memang both anak-anak aku tak pernah ada alahan kulit yang teruk. Cuma Hanum waktu dia umur setahun lebih, bila dia makan kekacang, naik macam bintil besar ( gegate – lebih kurang la sebutan nya ) . Tapi sekali tu je la dia kena. Pastuh kalau yang singgah kat badan Hanum ni, just gigitan nyamuk. Zara lak, so far memang takde masalah alahan. Alhamdulillah.

So, kalau boleh dan tiada apa-apa permasalahan, start la nyusukan anak dari anak tuh lahir lagi dan teruskan la sampai tahap yang mampu.Banyak kelebihan susu ibu ni.

Antara nya yang aku baca dari SINI ialah :

  • Mengandungi khasiat zat khasiat lengkap yang memenuhi keperluan bayi.

  • Mengandungi protein, lemak dan asid lemak Omega 3 yang mudah dihadamkan supaya kadar pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental bayi sihat.

  • Membantu perkembangan otak dan sistem saraf serta meninggikan tahap IQ.

  • Melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan serta jangkitan telinga kerana susu ibu mengandungi sel-sel hidu dan antibodi.

  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser kanak-kanak.

  • Melindungi daripada penyakit alahan.

  • Mengurankan risiko inflamasi kolon bayi pra-matang.

  • Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung pada kemudian hari.

  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi.

  • Menggalakkan hubungan erat antara ibu dengan anak.
  • Bila Dah Time Untuk Bersalin, Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Sang Suami?

    21 Mar

    Entry nih dek terbaca status kat FB, Puan Syigim kita yang dah bersiap2 packing bag just in case akan ke hospital awal.Aku lak cam excited, macam aku yang nak bersalin. Sebab waktu Syigim mengandungkan kahfi dulu, EDD kami sama tapi aku bersalinkan Zara awal and seminggu lepas tu, Kahfi pon lahir.

    Selalu kita baca pasal keperluan ibu-ibu yang hendak bersalin. Boleh click SINI . Apa yang perlu di bawa dalam bag. Kali ni, meh kita bagi panduan kat sang suami lak.Apa yang perlu mereka laku kan bila isteri dah nak bersalin.

    1.Packing

    Kalau anak first, sure lagi gabra bakal bapak ni. Bila si isteri dah bagitau contraction . Tanya isteri, selang berapa lama contraction. Kompem ada dua jawapan yang bakal si isteri jawab:

    a. “ Contraction selang 10 minit ” ( tutur kata tak emo sangat. Calm je suara isteri )

    b. ” Takkan nak tunggu 5 minit sekali?, bawak la gie hospital skrg.bla bla bla ..” ( mcm pop corn suara si isteri )

    Tak kira la mana satu jawapan yang bakal di terima, si suami jangan gabra.Walaupun dalam hati gabra ya amat. Ye la, anak dah nak keluar, sure gabra. So kalau si isteri dah ngadu sakit tak kira malam ke siang ke, bag hospital jangan lupa.Pastu, wallet isteri, dokumen macam buku mengandung, kad merah segala nya make sure ada. Time-time gini, jangan di tanya si isteri mana letak semua tu. Sakit contraction bukan memain punya sakit. Tak pasal-pasal kang, ada le yang kena marah dek tanya bukan-bukan .

    2. Handphone

    Make sure handphone ada credit. Kalau yang pakai bil tuh make sure bil bukan takat nyawa2 ikan. Bila si isteri nak bersalin, selain pakai duit untuk masuk hospital, pakai banyak duit gak untuk telefon sana sini.

    Telefon siapa?Ye la , family both sides nak kena bagitau. Pastuh confirm lepas semua selamat , baby and isteri selamat, kita akan dapat sms cam gini ” Dengan sukacita nya diberitahu , si polan bin polan telah selamat melahirkan baby girl/boy di Hospital So and So pada jam 11.56am tadi ” . Betul tak ?Haa, itu la guna nya credit and bil handphone kena mantap. Kalau dalam list handphone tuh ader 200 contact person, tak ke haru. :)

    3. Minyak kereta.

    Sesiapa yang suka sangat isi minyak bila dah nak dekat palang merah, jangan la buat peel gini sebulan sebelum due date si isteri nak bersalin. Haru beb. Ye la, kalau tetiba jalan nak ke hospital jem, dengan minyak kereta yang dah nak habis, tak ke menambahkan haru hidup.Kalau kena sakit tengah malam, semua petrol station dah tutup, lagi la haru!

    So, make sure minyak kereta ada sentiasa.Jangan le buat peel minyak dah nak sampai palang merah.

    4. Kena Kuat.

    Apa maksud kuat?Pengalaman aku, waktu bersalin Hanum, aku tengah sakit ya amat .Contraction amat kuat danĀ  kat atas katil labour room, yang aku sempat grab ialah tangan mr hubby. Aku pulas punya pulas tangan dia , nasib tak patah tangan dia. Tuh belum lagi tetiba sakit datang, aku kaut je baju dia. Nasib tak mati tercekik kat situ. Huahahahhahahah!

    So, tiap hari, before nak sampai EDD, si isteri kena dok cakap kat si suami ” Bang, i mintak maaf awal-awal kalau waktu i sakit i dok pegang tangan you sampai you sakit gila tangan” . Eh, jangan cakap benda cam nih takkan jadi. Bila time bersalin, benda yang kita tak jangka pon akan berlaku.

    Pastu, kuat yang lain lak, kena kuatkan mental. Waktu bersalin, kalau dapat tengok cemana si isteri tu nak lahirkan anak, confirm dapat tengok anak keluar, darah yang melambak-lambak, air ketuban yang banyak keluar and such. Kalau yang penakut darah, kalau rasa2 memang tak kuat cakap awal2 dengan isteri. Jangan half way, keluar je dari labour room tuh pastu pengsan.Dah jadi satu hal, nurses kena attend si suami lak.

    5. Berdoa

    Bila si isteri bersalin, si isteri betarung nyawa untuk melahirkan zuriat dan macam-macam kemungkinan boleh terjadi. Berdoa dan berdoa semoga semua nya dipermudahkan.Insya Allah.

    So, ni antara yang aku boleh fikir apa yang si suami boleh buat, bila isteri dah sakit nak bersalin.

    Good luck bakal bapak2!

    Potty Training

    16 Mar

    Setelah sekian lama nya , aku try ajar hanum untuk wee wee sendiri kat toilet, akhir nya hari nih berjaya. Yeay! Selalu nya dia akan ke toilet, tapi takde apa-apa output. Dia dok dalam toilet, and cakap ” dah” tapi takde hasil.

    Tapi, akhirnya, hari nih ada hasil. Huhuhu. Bukan nye senang ek nak ajar anak-anak potty training. Nasib baik Hanum ni bukan jenis yang tatau je meleleh kencing kat lantai. Selalu nya, kalau aku tak pakaikan pampers, dia akan ‘tahan’ kencing walaupun aku ajak and bawa dia ke toilet. Tapi bila pakaikan pampers, amik ko, tak sampai 5 minit udah ‘panas‘ dan berat.

    So, lepas nih kena ajak nak uks uks lak kat toilet. Tapi dia nak tido, still aku pakaikan pampers. Al maklum, kang tak pasal2 macam air laut lak atas katil.Heheheh.