RSS Feed

‘parenting’ Category

  1. Lunch Tadi

    July 9, 2010 by arin

    Hari ni , waktu lunch hour para pekerja gomen dan swasta, aku jumpa ngan Wawa. Ada few benda dibincangkan, diceritakan dan digossipkan. Standard la kan, kalau dah nama pun pompuan, sejam setengah berjumpa pon tak sedar.

    Pastuh, we end up dengan bersetuju buat satu blog-usahasama bersama mengenai breastfeeding, babywearing, parenting issues. Kira nya one stop info bagi semua la. Tak kisah la untuk mak ke, bakal mak ke atau bapak2 ke. Sesiapa sahaja.

    So, moh le jengah SEMUANYA TENTANG ANAK .

    Terima kasih ye.


  2. Anak Sorang?Dua Orang?Tiga Orang?Empat Orang?

    June 29, 2010 by arin

    Semua pengalaman lain-lain. Dari tang mengandung sampai la budak-budak tuh dah lahir and dah besar panjang. Yang pasti rumah adakala memang macam tongkang pecah. Macam rumah aku.Kahkahkah. Unless ko ada maid, tuh tak masuk dalam cerita ini.

    Cemana takmo kasi rumah macam tongkang pecah?

    Antara yang aku leh share :

    - Mainan anak-anak letak kat satu tempat/bilik. Dia nak melompat, nak main, nak berkuntau semua kat situ. So, bila kita berkemas, mudah sikit kerja.

    - Ajar anak ngemas lepas main. Maybe tak semua permainan dia akan kemas. Nama pun budak, apa sangat yang diorang boleh paham macam adult kan?But bila di ajar, sikit2 dia paham and bila bagi arahan dia dah boleh buat sendiri. Susah nak ajar?Bagi ugut sikit.Betul, cakap la ” kang no tv..” . Things like that.

    - Kalau ada baby yang jenis nak ngempeng je, kita nak buat keja pun susah, invest duit – beli pouch/sling wrap.Sambil buat keje , baby dengan kita. Ada kadang-kadang bukan nak sangat nyusu bf ( padahal b4 tuh dah lama n byk dia minum sampai muntah2 ) , tapi baby dah attach dengan bau kita.So tuh pasal dia nak melekap je.Try guna pouch/sling wrap.It helps a lot.

    - Husband memainkan peranan yang penting. Kata la ada 2 anak, macam kes aku. If yang sulung buat hal, need attention, passkan yang second ke ayahnya. If aku tengah breastfeed zara and dia macam dah nak lelap, Hanum need to go to toilet, mintak ayah nya teman n cuci.

    -Adakala, ada anak jarang kita ke dapur. Balik rumah, penat dari tempat kerja tak hilang , kena masak pulak. Again, husband memainkan peranan yang penting. Tolak ansur dalam hal masak memasak. If penat sangat , tak terlarat nak masuk dapur , request husband beli lauk yang dah siap and makan kat umah ( kalau makan kat luar lagi banyak penat.Sebab kena deal ngan kerenah anak-anak ) . Or boleh jugak minta tolong husband masak. Seems impossible?Try tanya husband and tengok reaction dia.

    - ni antara lauk yang di masak oleh sang suami semalam, ala2 sauteed mushroom di Marche tapi dia tambah crabstick-

    Setakat masak nasi, and tolong gorengkan telur. Yang lelain, kita buat. At least time husband kat dapur, kita leh give our time to anak-anak sambil rehat kejap.Bernafas le sikit kan dari kena rushing masak di dapur.

    - Give and take dalam hal rumahtangga. Kalau seorang je yang buat memang terasa penat. Kalau kita buat benda lain, hal anak-anak kita passkan kejap kat husband. Biar anak-anak bergolek dengan ayah nya. So, time tu kita nak ngemas, nak mandi lama-lama pun no hal.

    Ni antara yang aku dan sang suami buat . Ye la, kalau dah 100% kerja-kerja di rumah suruh one party je buat, memang penat. Tapi aku memang gerun nengok sang suami bergurau ngan anak-anak. Tapi anak-anak suka.Macam naik horse, fly high like a bird. Tapi cuba aku buat gitu ngan anak-anak, muka diorang tak best je. Cit, pilih kasih tol bebudak ni. Hehhehehee.

    Good luck mothers & fathers out there!


  3. Artikel Menarik di Hari Jumaat

    June 18, 2010 by arin

    Baca artkel ni di Utusan Malaysia : Tugas Bapa Melindungi.

    Selalu kita baca pasal mak, ibu , isteri. Mereka la yang menjaga rumah, menguruskan rumah tapi tak selalu artikel pasal bapa, suami ini di keluarkan. Tapi tanggungjawab seorang bapa / suami lagi besar dan berat .

    Antara yang di tulis dalam artikel tersebut :

    ”Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,” katanya.”

    Banyak lagi la inti pati yang boleh di baca dalam artikel tersebut. So pada bapa2, ayah2 , daddy2, papa2 di luar sana, kalau ada masa and ada-adakan la masa, baca la artikel tuh sebagai panduan. Tak semestinya bertahun-tahun hidup pegang title bapa, ayah, daddy, papa kita dah tahu semua. Hidup ni proses belajar , tiap2 hari ada je benda baru yang kita tempuh dan belajar.

    Selamat hari Jumaat semua!


  4. Perihal Anak

    May 17, 2010 by arin

    Bila cerita pasal bab anak ni, sampai sudah tak habis. Ada je cerita nya.

    Hanum lahir waktu dia 38 weeks. 2 minggu awal dari tarikh due date. Dari kecik sampai umur dia 3 tahun ++ sekarang, ada je silap dan salah sure kena marah. Tapi marah seorang mak tak kemana, dah pok pek pok pek, terus di peluk anak tu. Coz selalu ingat dalam kepala, she’s only 3 years plus bukan umur 30 tahun yang perlu di marah beria-ia.

    Selalu aku baca dalam internet, kita marah anak, kita kena down kan umur kita mengikut umur anak. Jangan kita marah anak seperti umur anak tuh dah dewasa. Cakap kita pon dia belum tentu paham. Cuma kadang kala adults marah budak2 ini, coz nak divertkan kemarahan yang ada dalam badan kepada anak. Tak percaya?Sila percaya. Relax and take a deep breath bila kita rasa patut tak aku marah anak aku beria-ia. Lelagik as a mum yang kandungkan anak ni hampir 9 bulan. Segala sakit , segala turun naik perasaan waktu mengandungkan dia tak mungkin orang lain alami nya. Thus, bila Hanum kena marah, even aku yang marah dia , air mata mudah sangat mengalir.

    Zara pulak lahir waktu dia 37 weeks. Awal 3 minggu dari tarikh due date. Sekarang ni, ada kala peel memberontak dia dah ditunjuk. Kalau naik suara sket, dia punya suara menangis lagi nyaring dan halus.Aku selalu kalah ngan dia kalau nak marah.

    Tapi memang kena marah pon sebab dia selalu buli atau gigit kakak dia. Kesian Hanum. Memang apa2 pun, aku selalu defend Hanum.Bayang kan la, kakak tgh relax2 baring atas katil sambil tgk tv , dia usha nak main ngan kakak. Tapi pastuh kakak tak layan. Dengan sepantas kilat, Zara gigit kaki kakak dia. Bukan sekali dua dia buat gini.

    Tuh pasal, anak-anak ni, bila kena silap dan salah nya, tak salah kita marah dia. Tapi kena la marah ikut umur dia. Kita pok pek berdegang degung bukan tentu dia paham apa butir kita marah. Buat buang air liur je.Betul tak?


  5. Conteng-conteng Anak-anak

    April 21, 2010 by arin

    Hari tuh kan ada cerita Hanum dah ada water colour set. Beli yang murah-murah je untuk dia pakai bila dia teringat ” Ma,nak colour ” . Bila kat sekolah ada sesi mewarna ngan water colour, balik rumah confirm dia akan mintak untuk colour dengan water colour.

    Kalau kakak nya tengah asyik, si adik confirm akan menyibuk. Dia mana bleh tengok kakak dia buat benda lain dari lain. Start la dia amik brush, and sebok jugak menconteng-conteng kat drawing block tuh.

    Suka tengok bebudak nih buat gini sebab nya , nanti dengar la kakak nya imaginasi cerita keluar. Selalu nya, berkisar nama kengkawan dia kat tadika. Dia tak reti la nak melukis betul2 bentuk animals ke apa, but ada story di sebalik setiap conteng-conteng tuh.