Mentaliti Mereka Perlu Di Ubah
Pagi tadi aku ada check up di Kelinik Kesihatan Tanjung Keling. Aku sampai dalam jam 7:45am, and dapat No 2. So dah check berat, blood pressure, kencing, Hb and masuk la ke bilik pemeriksaan ibu dan anak.
Waktu aku dalam bilik tu, ada lagi sorang ibu , agak muda atau same age dengan aku , untuk check anak ke 3 dia. Baru umur 2 bulan. So untuk injection anak dia tak silap aku dia datang ke KK.
Bila nurse tanya ” bagi susu apa kat anak ? ” . Dia jawab ” bagi susu lactogen. mahal la nurse .Anak pun selalu kembong” . So nurse tanya, kenapa tak bagi susu ibu. Susu ibu bagus. Murah dan anak tidak kembung perut. Si ibu ni jawab , ” Saya makan tak bagus ( tak berkhasiat ) , susu pon takde.Kering je ” . Then nurse jawab ” Bagi susu ibu, apa yang awak makan, akan di proses jadi susu , anak akan dapat khasiat juga ” . Aku kat sebelah ibu ni tengah di check oleh nurse lagi satu, nurse yang check aku pon menyampuk ” susu tak kering, awak bagi la selalu ” . Aku pon menyampuk la jugak ” you bagi la susu ibu. Anak kurang kembong perut. You kata tadi susu tin you beli mahal. Susu ibu tak payah keluar duit ” . Untuk info, ibu ni housewife, tu bila dia cakap dia bagi susu tin, nurse and Sister kat situ marah. Ye la, dah duduk rumah, boleh sentiasa direct feeding and no such things as susu takde apa semua. Tapi si ibu ni seboleh-boleh menggeleng kepala.
Sayang betul, bila turn si ibu do the check up, nurse check kat bilik tertutup, so bila keluar, nurse cakap la ” Susu ada la. Breast penuh ni. Saya picit sikit dah keluar susu. Bagi la anak susu .” Si ibu menggeleng-geleng kepala tidak mahu bagi . And bila anak dia menangis, aku cakap la ” cuba you hulur susu you kat dia , dia nak tido kot ” . Si ibu jawab ” tak de susu ” . Sayang kan.
Sayang in terms of dia mengadu kat nurse , susu tin yang dibeli adalah mahal tapi bila di beri option yang mudah , dia taknak pulak . The way kita nasihat pon, kena ikut cara. Takleh marah ibu ni. Nasihat kena cara paling berhemah. Guna ayat yang paling mudah dia faham.
Harap-harap usaha SGM Melaka untuk membawa masuk ahli SGM ke Hospital Melaka to educate , nasihat, beri tunjuk ajar kepada ibu yang dah bersalin di hospital ni akan menjadi kenyataan. Bukan apa, aku rasa the most important thingh regarding educate the mothers adalah dari dalam hospital sejurus diorang lepas bersalin. So they will know kenapa kena bagi susu ibu.












