Archive | mr hubby RSS feed for this section

Masih Steady Lagi

24 Jan

Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke C4777 kerana nak menyelesaikan berderet-deret urusan sebelum aku terberanak . Huhuhu. Hari ni , memang langit cerah panas sungguh. Tiada awan . Memang menduga kepala aku je. Tapi luckily , bukan aku yang kena drive , suami ku yang kena drive ke sana sini sinun . :)

Anyway, bila baca timeline twitter , baca Munirah ( http://blog.tripletsplusone.com/ ) dah selamat melahirkan baby nya . Tak silap, timing EDD Munirah and aku lebih kurang sama . Membaca dia sakit contraction and whats not, ya allah mudah nya dia bersalin . Semoga kes aku bersalin nanti akan mudah seperti dia . Aminn..  :)

So , masih tertunggu bila si kenit dalam perut ni nak mengeluarkan sign dia dah nak tengok dunia . Takpe, masih sabar menanti . :)

Lepak-lepak di Pantai Tanjung Bidara

23 Jan

Pepagi Ahad gi makan breakfast di port baru di Tanjung Minyak . Not bad. Tapi still takleh lawan roti canai di port biasa di Kmapung Padang .

Then , gi ke Klinik Dr Habsah . Scan si kenit dalam perut ni . So far, memang kepala dah di bawah , air ketuban banyak , heartbeat baby berdegup normal and berat baby lebih kurang 2.3 – 2.4kg .

So , lepas tu dah tak tau nak ke mana. Malas nak bawa bebudak ni masuk ke shopping complex sebab standard ar dah nak chinese new year, dengan sales sana sini , confirm la ramai umat manusia . Malas nya, dah la semalam kami ke Tesco Melaka beli groceries, manusia ramai sungguh . Tapi kaunter bayar di Tesco memang pantas, laju je line bergerak even ramai orang .

So, last2 decide bawak bebudak ni gi main di pantai . Dah bosan asyik ke Pantai Puteri , kali ni ke Pantai Tanjung Bidara pulak . Lagi pun tak jauh mana dari umah . Around 30 minutes ++ je pun .

Sampai-sampai dapat port best. Bawah pokok . Aku dah jadi cam mak dugong terbaring. Ye la, angin best, cuaca redup , pulak tu baru lepas lunch di D’Village kat Solok Duku ( kedai makan di persimpangan nak gi Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara ) . Pergh, memang heaven la rasanya .

Tapi tak best le kan kalau gi pantai tak main air , anak-anak semua taknak. Puas di ajak. Last-last aku je yang berendam . Ayah bebudak ni meneman Hanum buat kolam air ( kolam air di tepi pantai..:p ) . Ye la, dah anak sulung tu memang penakut ngan ombak, buat la kolam air kat tepi2 gigi pantai tu . Jadi la. Lama gak la dia main situ . Zara lak, memang taknak langsung cecah gigi air . Aduih. Dia leh lepak je kat tikar sambil makan honey star . Padahal kat kedai makan, dia dah makan sepinggan nasi + fishball sup. :)

Kami gerak balik pon sebab tetiba hujan turun . Tapi hujan lari je , sebab bila dah keluar bilik air dari mandikan bebudak ni , hujan dah berhenti . Masuk je kereta , Zara terus terlelap . Hanum yang sakan main tadi , bertahan mata nya sampai rumah .

Tapi kesian la Tanjung Bidara ni, pantai memang bersih . Tapi gerai-gerai meniaga kesian dah makin takde orang meniaga . Tanjung Bidara Beach Resort pon dah takde. Terbiar begitu saja . Sayang betul . Maybe area ni mengharapkan cuti sekolah , public holiday je untuk orang memeriahkan kawasan .

Bila Perjumpaan Tetiba Terjadi

17 Jan

Sabtu tengah malam , while aku on FB , Sally geng dari MGHS- sekolah menengah , dok chat ngan aku bagitau maybe Ahad malam, kengkawan MGHS akan makan di D’Laman di Klebang Kecil . So , nanti dia akan bagitau la kau jam berapa perjumpaan tu .

Tapi tunggu punya tunggu sampai kol 8pm ++ takde pon any update . So aku ingat tak la jadi . Sekali baru je lepas bagi the girls ubat flu and cough , Fauzack BBM aku and tanya kenapa tak datang . Laaa, takde any updates cemana aku nak mai . Last-last aku bagitau dia , kalau the girls dah selamat tido baru aku gi . Luckily memang sekangkang kera pon dari umah . Ok la untuk aku drive . Plus aku rasa ada antara mereka yang datang ni , last aku jumpa kat sekolah which was around 16 years back . Lama kan ?

Bila aku nak keluar, Hanum dah selamat tido while Zara sibuk main . Luckily , ayah bebudak ni bagi aku green light untuk jumpa kengkawan and dia jaga the girls . Tapi bila dah jumpa diorang ni , borak tak hengat nya sampai kol 12am . Lama gilos . Dalam erti kata lain, sampai kami ala-ala di halau oleh tauke kedai . Kahkahkahkah . Apa daaaa, lenkali kalau mau borak cerita panjang buat le kat kedai mamak. Kedai mamak kan 24 jam . Borak le ko sampai lebam biji mata . :p

Anyway, memang macam-macam cerita yang keluar, luahan isi hati , gosip dan memacam lagi . Selalu nya perjumpaan yang tidak dirangcang secara formal la yang paling best compared to rancang gegila and formal . Betul kan?

Cerita Petang dan Malam Sabtu

17 Jan

Bila dah balik dari jalan-jalan pekena cendol yang diidamkan di Jam Besar, Banda Hilir Melaka , kitaorang terus je balik umah . Then dalam kol 3pm, dapat message from my Sil- Yong  bagitau depa dah on the way mai melaka bawak kawan-kawan niece aku sekali . Wah, apa lagi ..bagitau hanum , excited la dia nak jumpa Ash . Sememang nya dia and Ash geng baik .Oh, Ash dah form 1 tahun ni, cepat nya mas aberlalu but still aku ingat dia cam budak sekolah rendah lagi. Aishh..

Bila Yong sampai , tempat perjumpaan di Tol Ayer Keroh , and time tu hujan dah rintik-rintik . Abang Hisham lak, teringin nak pekena cendol / ABC di area Jonker Walk . Dah sampai Jonker Walk , hujan selebat-lebat tidak . So , plan B kitaorang terus ke Muara Sungai Duyung for early dinner . Sampai situ around 6pm, just nice for dinner as orang tak ramai lagi and lauk pauk still banyak yang available .

Antara lauk pauk yang di order dan di pilih adalah Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng ( ni takde dalam gambo la sebab tukang amik gambo dah kelaparan so dia terlupa ) , rokan goreng cili padi + halia , sambal udang , ketam sweet sour , sayur campur dan tak lupa juga nasi lemak as main dish . Kalau yang tak tau , di Melaka , ikan bakar nya makan ngan nasi lemak bungkus .

Lepas abis makan, kami balik ke rumah . Lepas solat maghrib, bebudak main sat kat bilik Hanum , kitaorang gerak ke Jonker Walk . Dah tak hujan time tu, so ok la nak berjalan di pasar malam Jonker Walk tu . Parking pon nasib dapat elok . Apa lagi , tourists dari KL mai datang Jonker Walk, borong macam-macam la . Hehehehhe ..

Dalam kol 11pm , kami pon keluar dari Jonker Walk tu . Guide Yong and family ke Tol Ayer Keroh sebab depa balik KL malam tu jugak dan kami pon balik la ke rumah . Anak-anak kepengsanan tido dah dalam kereta . Penat berjalan dan excited berjumpa cousin and kengkawan cousin depa .

Dan yang paling best adalah , awal pagi tu perut aku contraction yang teramat . Selang 10 minit . Dek akibat dari pagi sabtu sampai le malam nya aku berjalan tak sudah . Hari Ahad aku , on and off sakit perut . Aduhai . Anak di dalam perut memang suka main cak-cak ngan mama dia . :)

Pagi Sabtu Kami

16 Jan

Pagi sabtu , macam biasa dah bebudak bangun, kami ke port roti canai di Kampung Padang. Luckily , we’re 5 minutes earlier sebab lepas tu , 3 kereta chinese singaporean datang breakfast situ . Tapi yang bagus about gerai ni, service dia pantas no matter orang ramai cemana cuma tempat duduk very limited la kan . Tu yang kitaorg untung tercepat sikit sebab time kitaorang sampai pon dah 80% fully occupied .

As aku dah tulis earlier in the entry before ni , aku tetiba ngidam cendol bawah pokok tepi Jam Besar Melaka so lepas je breakfast kami ke area Bangunan Merah di Banda Hilir Melaka . Pusing-pusing jalan kaki tepi Sungai Melaka , amik gambar lagak tourist ( :p ) and sebelum heading back to parking, kami singgah pekena cendol . Pergh, memang terbaik la cendol nya . Gula melaka nya terasa manis and everything is complete la .

Masuk je kereta , Zara kepengsanan tido. Penat sangat berjalan . Kali ni takde dokong-dokong , pimpin tangan dia untuk jalan . Hanum lak , dok la usha kitaorang nak bubble sampai ke kereta dia dok nak . Masalah nya , Zara lom baik dari flu . And yang ada bubble style kena tiup tu bukan yang picit tu. Kalau tiup tuh , bebudak ni selalunya  tertelan sekali air bubble tu. :(

Tapi Sabtu kami tak henti sini je .. ada lagi..sat lagi aku tulis sambungan nya . :)