RSS Feed

‘mr hubby’ Category

  1. Restoran Ikan Patin Temerloh

    April 1, 2011 by arin

    ni kedai makan nya

    ni kedai makan nya

    Kat melaka memang susah nak cari kedai yang ada gulai tempoyak ikan patin.Al maklum,itu bukan makanan rasmi orang-orang Melaka.

    Tapi.sekarang dah tak payah tercari lagi.Last week,kat rumah dapat magazine iklan2 tu.So bila belek-belek ternampak iklan Restoran Ikan Patin Temerloh kat Taman Merdeka Permai,Melaka.Area ni kira area baru nak developed.Tak jauh dari bandar Melaka pun.

    So dengan semangatnya,the next day pas Maghrib kami ke area ni.Aik,tutup lak.Maybe waktu kitaorang gi tu kebetulan haritu off day kot.So,lusa nya kami gi lagi.Waktu malam gak.Tutup jugak.La ni,membuat conclusion,maybe kedai ni bukak siang je.

    So hari selasa lepas,first time gi makan sini.Waktu tengahari kitaorg gi.Memang sah la kedai ni bukak hanya waktu siang,from 8am-6pm ( Isnin – Sabtu ) sahaja. Selain lauk pauk makanan tghr,ada jugak goreng-goreng.Menu utama kedai ni,sure la gulai tempoyak ikan patin.Gulainya sedap,ikan nya tade bau and tak hanyir menunjukkan yang tukang masak memang reti masak ikan patin.Harga pun tak la mahal.Sepotong ikan patin hanya RM5.Lauk lelain pon ok gak rasanya.

    Semalam,lagi sekali mr hubby ajak ke sini.Dia memang peminat gulai tempoyak ikan patin.Kali ni aku order yang goreng-goreng.Ok la rasanya.Berasa dan tak kedekut ingredients.

    So,itu la cerita ikan patin.Dah takyah gi jejauh nak makan ikan patin gulai tempoyak.Kat Melaka dah ada. :)

    Selamat Hari Jumaat!

    peminat gulai tempoyak ikan patin

    peminat gulai tempoyak ikan patin

    Posted with WordPress for BlackBerry aka My Cik Berry


  2. Nu-In Little Perak

    March 24, 2011 by arin

    Kan entry before ni , aku tulis , kami ke Dapur Sarawak tapi tiada rezeki , Dapur Sarawak tutup , so on the way balik ke Melaka , kami masuk ke Bangi . Tu pun setelah mintak along direction ke Seksyen 9 , Bangi . Plan nak makan di Nu-In Little Perak .

    Nasib baik senang nak carik restoran ni sebab corner lot and boleh nampak senang je . Parking pun banyak .


    - tengok le gaya anak-anak den ni -

    So , bila tengok menu , pergh..sungguh menyelerakan . Al maklum , kahwin ngan orang Perak , sedikit sebanyak , tau la dishes yang famous kat Perak . Mr Hubby order Laksa Kuala Kangsar. Kalu ke Kuala Kangsar memang ada satu gerai famous gila ngan laksa . Pergh, bila makan laksa kat Nu-In ni, memang pekat and terasa ikannya . Aku lak order special dish Nasi Goreng Nu-In while the kiddos nak makan roti bakar. So order kan Roti Tanjung Malim . Biasa nya kaya +planta as dia nya isi dalam kan . Yang ni cam guna gula perang .Sedap gak .

    Penutup makan , aku order popia famous Taiping . Aku ni kahwin ngan orang Taiping , tapi tak pernah sekali pun di ajak makan ke gerai popia famous taiping di Taiping . Takpe la , next time kalau ke Taiping , boleh la gi . Kalau kat Taiping , memang banyak port makan yang sedap-sedap . Tapi tu la, since mr hubby tak makan popia, idak le dia bawak aku . Hehehhee.

    - selesai makan..licin -

    Ok, pada sesiapa yang nak makan di Nu-In Little Perak ni , leh browse thru website depa ( http://www.nuin.com.my ) untuk tengok menu and pricing . Harga not bad and reasonable .

    Next time boleh la kami ke area Seksyen 9 ni lagi . Banyak port makan yang menarik rupa nya . :)


  3. Sepagi di Kampung Buku Melaka

    February 19, 2011 by arin

    Lepas sarap di Serindit Cafe ( depan kuarters TNB didepan Stadium Tun Fatimah ) , bawak anak-anak ni ke Kampung Buku Melaka kat Botanical Garden . Selalu ke botanical garden tapi tak pernah terfikir nak masuk sini . Hari ni, saja je masuk nak tengok bahagian kids area nya macamana.

    Alahai, buku-buku untuk kids hanyala magazines. Itu pun magazines Gempaq ( LOL ) , magazines yang cover depan ada ciri kanak-kanak tapi dalam nya tak membina langsung . And ada few board games for kiddos. Story books tak banyak . Tapi memang selesa la . Cuma kalau menambahkan bilangan story books for kiddos rasanya lagi best .

    Depan Kampung Buku ni ada playground, apa lagi bebudka ni dok bermain la sakan . Sufian Harith ? Waktu kakak2 dia main, dia dok dalam stroller tido. Bila aku kejut untuk nak di ambil gambar..tu diaaaa..nangis. Mana tak nya tengah syok tido, mak nya kacau. Kikikiki…


  4. Sunday – 30.01.2011

    February 2, 2011 by arin

    Siapa yang ikuti FB dan Twitter aku tau la perjalanan bersalin aku . Senang aku update di twitter and fb sebab untuk info adik beradik, ipar duai , cousins dan juga kengkawan .:)

    So, aku sakit contraction yang agak extra kuat at around 4.50am , 40 minit sekali . Tapi lepas tu sakit makin kurang tapi lap time sama gak . 40 minit sekali . Then around 12pm , waktu tengah bersiap-siap nak keluar umah , saja je aku gi toilet just to check is there any blood show atau tak . And yup, ada blood show. Terus panggil azwar and bagitau dia . So, barang-barang memang dah ready termasuk barang the girls yang nak di bawa ke rumah C4777. Drop the girls kat rumah C4777 around 12.45pm , then singgah sat gi kfc malim nak makan gak zinger berger ..then shoot to hospital besar melaka . kol 1.15pm kitaorang register daftar and so on .

    Kol 2.30pm , dah start buat clocking n checking , then doc bagitau ada leaking. Patut la, few days before bila ada discharged, ada gak air sikit2. Tapi aku tak tau tu air ketuban . So, bila buat VE dah 3cm bukak doc kata will review lagi sejam . Kol 4pm gitu, review lagi and still bukak 3cm.since dah leaking , doc suggest bubuh ubat so cepat bersalin takut baby infections. so dah sign consent paper pe semua , masuk ubat sabun ( buang air besar ) , then terus ke labour room . Dalam labour room , punya le aku lama tunggu doctor atau nurse nak attend . Rupa-rupa nya fail aku missing in action . Kuikuikuikui. Tapi sempat la tengok tv bagai kat labour room tu. Tapi hati dap dup dap dup sebab dengar gak dari satu bilik tu , ada patient yang tengah push . Aduih, tensen !

    - time ni bosan menunggu doc and nurse datang untuk check -

    Then around 9pm, baru la doc mai . Again buat VE , dah bukak 4cm and doc kata since dah ada progress so takyah bubuh ubat . Doc pecahkan air ketuban and dalam kol 10pm , aku mintak azwar masuk ke dalam labour room . Since that sakit contraction makin datang . Dalam kol 11.30pm, nurse masukkan satu drip ubat untuk cepatkan bukaan , kol 11.40pm, aku terasa sakit cam nak membuang which is aku tau baby dah kat bawah , then alhamdulillah 11.44pm, full delivery of the baby . Aksi teran push , kangkang kali ni tak seteruk waktu zara . kali ni aku ikut cakap nurses and azwar and alhamdulillah , semua nya lancar. Oh ya, yang conduct deliver aku adalah midwifey ( staff nurse – bidan ) . memang betul2 gentle and aku rasa  depa cukup experience dan terlatih. even dia jahit pon cepat and lembut . :)

    -ni la peneman setiaku di kala di dalam labour room –

    So, aku discharged jam 1.30pm hari Isnin- 31/01/2011 . Tiada complication and so on , so discharged la . macam senang kan proses bersalin aku ni , tapi tu la mungkin rezeki aku and anak , semua nya smooth and easy .

    Alhamdulillah, sekarang ni Sufian Harith dalam keadaan sihat dan breastfeeding journey aku pon mudah . Milk production pon so far so good . Tak berpantang sangat . Makan makanan yang berkhasiat . Full diet dipastikan ada. Sayur memang kena makan . Cam semalam , aku makan byk sungguh brocolli and alhamdulillah nampak production nya meningkat . :)

    Ni nanti nak amik gambar tiga beradik tu , tapi tu la..tak tau bila. will do it soon .. :) .

    Pada semua yang mengwish kami, terima kasih tidak terhingga . Especially pada suami ku – azwar yang memang aku salute sebab bila aku dalam sakit ya amat tu memnag dia lah nyawa aku . dia la instruct aku sungguh-sungguh and menenangkan aku.love you so much abang!

    Pada sesiapa yang nak bersalin di Hospital Melaka , memang aku rekomen sesangat . Semua kemudahan, servis para docs and nurses semua tip top . Tade celah mana aku nak komplen atau rasa tak puas hati . Memang servis tip top dan memuaskan .. :)


  5. Masih Steady Lagi

    January 24, 2011 by arin

    Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke C4777 kerana nak menyelesaikan berderet-deret urusan sebelum aku terberanak . Huhuhu. Hari ni , memang langit cerah panas sungguh. Tiada awan . Memang menduga kepala aku je. Tapi luckily , bukan aku yang kena drive , suami ku yang kena drive ke sana sini sinun . :)

    Anyway, bila baca timeline twitter , baca Munirah ( http://blog.tripletsplusone.com/ ) dah selamat melahirkan baby nya . Tak silap, timing EDD Munirah and aku lebih kurang sama . Membaca dia sakit contraction and whats not, ya allah mudah nya dia bersalin . Semoga kes aku bersalin nanti akan mudah seperti dia . Aminn..  :)

    So , masih tertunggu bila si kenit dalam perut ni nak mengeluarkan sign dia dah nak tengok dunia . Takpe, masih sabar menanti . :)