Lebih Kurang 21 Hari Lagi

Lebih kurang 21 hari lagi, Hanum will be 4 years old. A mum will always be a mum. Aku cam tak leh nak accept that dia dah makin besar. Makin banyak akal, makin tinggi daya imaginasi nya , makin banyak ragam, makin banyak bual cakap nya , makin banyak buat mak n yah nya blood go upstairs. :)

Hari ni , sang suami bersihkan bilik dia. Bilik tu before kemas, dah jadi cam Toys R Us aku nengok. Dari mainan yang boleh diguna pakai ke mainan yang tak boleh diguna pakai. Semua ada. Atas katil dia , lagi la. Soft toys yang sepatut nya duduk dalam khemah, semua jadi penghuni katil.Dalam bilik dia memang kami bukakkan khemah ikea igloo tu. Senang budak-budak ni main .

So bila bilik dia dah bersih , soft toys semua dah masuk washing machine untuk di basuh, yang mana toys dah kopak2 dah di buang  atas katil hanya ada bantal dan comforter dia je. Aku pujuk dia ” Hanum, nanti hanum tido la dalam bilik ni ye ” . Dia jawab ” Nanti tv kat mana ..” .Aduih..mementang sekarang sebelum tido confirm tengok tv atau laptop kat dalam master bedroom dah demand nak tv lak dalam bilik dia.

Tengok la , kalau ada rezeki beli lagi satu second hand pc, nak buh kat dalam bilik dia. Dia pon just nak tengok dvd je. Then upgrade pc tu so boleh di wifikan then ajar dia guna pc untuk belajar thru net. Kalau sekarang , bila aku ajar benda baru thru laptop , susah jugak . Susah in terms bila aku ada keje nak kena buat time tu gak, dia nak gak pakai laptop time tu . Boleh jadi perang dunia ke – 3 bergado dengan dia.

Kena jugak ajar dia tido sendiri coz aku ada about plus minus 5 months nak trained dia before adik dia lahir. Insya allah. Kalau dak , bayangkan cramped 5 orang dalam master bedroom ni. Waduh. Aku sendiri takleh imagine. Takkan nak buh satu lagi single bed dalam bilik. Dah jadi cam rumah kongsi lak. Bersempit-sempit. :)

Harap-harap dia nak tido sendiri…

Memancing

Sabtu malam lepas, sang suami dan adik ipar nya yakni biras aku , gi memancing kat belakang Zoo Negara. Rupanya sang suami cerita, belakang area Zoo Negara tu, siap ada chalet  untuk para pemancing ni. Cantik and well-developed area tu.

-pix : http://www.cartoonstock.com/lowres/jfa1951l.jpg-

Kebetulan waktu diorang sampai ada tournament mancing. Kalau biasa, bayaran masuk untuk ke kolam mancing RM15.00 tapi ada tournament, bayaran jadi RM30.00 . Tournament end at v1am. Diorang sampai pon kol 10pm lebih.Hadiah tournament ni RM500 untuk ikan paling berat.

Sang suami citer, dah la first time dia mancing kolam, tetiba pancing dia , ikan makan umpan. Bila usaha nak naikkan, and mmg dapat rasa ikan tuh berat, tapi lagi berapa kaki ikan nak sampai tebing, sekali terlepas. Tali terbelit waktu cubaan nak naikkan ikan. Kalu dapat naik tu, dapat ikan tongsan. Berat dia kata around 3-4kg gak. Nampak besar .Tapi takdok rezeki. :(

Baru aku tau, kalau mancing ikan, if ada tournament, ikan bawah 1kg atau 2kg  je yang boleh bawa balik ( if dapat tangkap) . Atas dari tu, kena campak balik dalam kolam. Selama ni aku ingat, asal dapat hasil tangkapan kat kolam, semua boleh bawak balik. Hehhehe.

Anyway, end up diorang balik kol 2am++ . Tapi sampai kan waktu sahur diorang still bercerita pasal ikan tongsan terlepas. Dah semua tanya mana hasil tangkapan. :)

La ni, sang suami tgh usha2 menjadikan mancing hobi terbaru. Aduih.  :(

Klinik Pergigian Kerajaan

Entry before ni , pasal sang suami gigi geraham goyang nak tercabut dan gigi geraham bongsu nak timbul. So, pagi ni tadi kami ke Klinik Pergigian Kerajaan di Klebang Besar . Ada sorang pesakit  sebelum dia. So , aku malas nak tunggu aku drop je sang suami then gi hantar barang ke client di bandar.

Belum aku sampai separuh perjalanan ke bandar, sang suami smsed kata dah settle. Aik, pantas. Ini sudah bagus.

So, bila dah settle hantar barang, amik dia di Klinik Pergigian. Dia cerita la :

1. Masuk, register kat kaunter.

2. Doktor panggil untuk bius and check gigi.

3. Doktor suruh tunggu kat luar dalam 5 minit, gi bayar RM2.00 sahaja di kaunter.

4. Doktor panggil masuk and comfirm gigi mana yang goyang yang perlu di cabut, zassss dia cabut.

Overall prosedur tak lama. Dalam 15 minit. Cepat kan? Takyah tunggu lama. Ni first time kami ke klinik pergigian kerajaan memandangkan dekat gile dengan rumah. So with RM2.00 tu, dapat servis cepat, ubat dan biasala kain tekap darah tu.

So, lenkali kot sakit gigi, aku nak terjah je le Klinik Pergigian Kerajaan. Tunggu tak lama, pastu servis cepat. Tapi tang injection bius tu memang le seumur hidup aku penakut. Hehehhehehe.

Kesian Dia

Sang suami menderita sakit gigi dah beberapa hari. Tapi tahan . Konon boleh tahan la. Sekali tadi aku tengok, bukan aje geraham belakang dah goyang , main dancing-dancing tapi ada geraham bongsu belakang sekali nak tumbuh. Patut le asik bengal kepala aje dia. And bila dia makan , memang nampak seksa nya.

Sebelum ni tak le aku nak telek gigi dia. Tapi tadi dia suh ngk apa ke benda kaler putih kat hujung gigi.Laaa..rupa nya gigi mau tumbuh. Dah le aku start bebel. Sok memang kena ke dentist. Kang merana, sape yang susah?Aku gak sebab kena layan kerenah dia.Hahahhha.

Ok, ni info dari web mengenai geraham bongsu. Patut ke tidak geraham bongsu di cabut.Klik SINI .

Happy 34th Birthday

To sang suami yang telah mencecah umur 34 tahun hari ini ;

HAPPY BIRTHDAY

p/s: semalam anak-anak dara tido lambat melebihi jam 12am. Aku paksa la si kakak nyanyi “ebidertoyou”-happy bday to you kat ayah dia..pulak tu dia taknak. Dia kata nak ada cake, belon baru dia nak nyanyi. Bila aku nyanyi , dia cakap Ma, stop..no..” . Pada dia nyanyi happy bday kena diiringi oleh cake and belon. :)