Archive | makan-makan RSS feed for this section

Flemington Hotel Taiping

26 Dec

Sewaktu kami ke Taiping 3 hari dua malam hari tu , kami menginap di Flemington Hotel , Taiping . Betul-betul kat tengah bandar dan kat tengah lake garden. Bilik kami menghadap lake. Nyaman je di waktu pagi. Untuk rates di Flemington Hotel, sila klik SINI . Memang berbaloi dan yang penting segalanya ok pada kami. Bab breakfast spread even though tak banyak choices, tapi ada rasa.Tu paling best .

Untuk kids pun, seronot gak sebab ada swimming pool kat rooftop . At least kalau dah penat berjalan, bawa bebudak gi pool pun diorang suka .

So, pada sesiapa yang nak ke Taiping , aku syorkan dok sini . Ini juga kali ke dua kami menginap di sini . So memang menepati la citarasa kami yang ada 3 orang anak kecil ni . :)

Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang

24 Dec

Kat taiping hari tu,berkesempatan gi Kuala Sepetang yang famous dengan mee banjir udang.Kalau sampai area ni, memang banyak gerai2 yg jual mee udang.Dulu aku selalu makan kat Mak Teh Mee Udang tapi kali ni nak merasa lak Mak Jah nya.

Review:

Tak best sangat .Tak sesedap kat Mak Teh.Kalau kat Mak Teh,kuahnya lebih mantap. Orang ramai penuh kat gerai ni sebab marketingnya mantap plus mak jah mee udang ni dah ada franchise nya kat Wangsa Walk.

Ni antara pixs yang sempat di ambil :

mee udang mak jah di kuala sepetang

mee udang mak jah di kuala sepetang

senarai harga makanan/minuman di mak jah kuala sepetang

senarai harga makanan/minuman di mak jah kuala sepetang

mee udang banjir saiz biasa.

mee udang banjir saiz biasa.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Kueytiaw Goreng Doli di Taiping

22 Dec

Antara tempat spot makan yang kena dikunjungi if ke Taiping,adalah Kueytiaw Doli yang terletak di jalan Regat Tupai ,betul-betul berhadapan dengan Klinik Pergigian Taiping ( besar gila kompleks klinik pergigian ni ) .

Semalam kami sampai around 7.30pm.Mak aih..ramai nya orang.Hampir kesemua meja penuh.Amik order cepat je tapi nak menantikan order sampai,aduyai.Lebih dari 30 minit.Nasib baik bila kueytiaw goreng sampai,rasanya maintain macam last time aku makan kat sini.Hubby ordered kueytiaw grg kerang special.Segalanya extra. :) For kids,order kan nasi ayam.Nasi nya ok la cuma ayamnya macam byk berempah + perisa je.

Kalau sesiapa di KL yang teringin nak pekena kueytiaw Doli ni,kat TTDI ada franchisenya.Aku tak pasti la rasanya sama ke apa.. :)

So ni la kueytiaw grg kerang ( biasa ) yang aku order semalam beserta dengan teh ais :

kueytiaw goreng kerang Doli di Taiping

kueytiaw goreng kerang Doli di Taiping

kueytiaw doli taiping

kueytiaw doli taiping

Posted from WordPress for BlackBerry.

Nasi Ganja Ipoh / Nasi Vanggey / Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

22 Dec

On the way ke Taiping tadi,kami singgah ke bandar ipoh.Setelah dok asyik baca orang bercerita pasal nasi ganja ipoh,hubby decided,alang-alang tu..mari la kita singgah.

So,tak la sesat nak cari Jalan Yang Kalsom di Bandar Ipoh ni.Ikut gps ,keluar tol Simpang Pulai ( teringat syigim bila kat sini,sebab last 7 years kot gi ipoh waktu dia kahwin) . Keluar je tol amik kanan,terus je..agak mudah la nak cari.Terima kasih gps yang di download di BB kami berdua.

Sampai je Kedai Yong Suan ( nasi kandar ni share satu premis ngn kedai ni ) , parking ada dekat ngan kedai.Sekali bila toleh ke arah kedai..tu diaaaaa…panjang gila orang beratur!Tempat duduk dalam nya super packed ok!Tapi rezeki kami x tunggu lama,ada satu family tu dah nak abis makan.Dapat lah kami seats.

Macamana rasanya?

Nasinya lembut..macam dikukus pun ya.sedap!kari nya sedap.Ayam merah nya kuah pun sedap tapi ayam yang kami dapat tadi agak keras sikit.Satu pinggan nasi kandar ayam merah ( ada telur asin,bendi,sambal kelapa ,kari campur2 ) = RM5 je.Murah gak.

Pas makan,memang layan tido je.Kekekek..ye le,pekena kari..mana taknya.:)

Ni antara pixs waktu kat nasi ganja ipoh tadi :

beratur panjang nak pekena nasi kandar ayam merah / nasi ganja

beratur panjang nak pekena nasi kandar ayam merah / nasi ganja

view dari dalam..penuh!

view dari dalam..penuh!

ini la dia nasi ganja ipoh / nasi kandar ayam merah

ini la dia nasi ganja ipoh / nasi kandar ayam merah

Jika Di N9 – Nasi Arab Damsyik atau Nasi Arab Lazeez?

15 Dec

Pada pengalaman aku yang suka mencuba pelbagai jenis nasi arab especially lamb khabsa..nasi arab Damsyik di Seremban kurang moist dan lamb nya pun tidak berapa umph. Seperti direbus biasa je.And nasi arab Lazeez di Senawang pula, nasi memang lembut..makan gitu sahaja pun sedap and lamb nya walaupun waitress kat situ kata ianya berempah, apsal aku rasa macam takde rempah. Tapi lembut la daging lamb nya.

- ini nasi arab – lamb di Nasi Arab Damsik, Seremban-

- ni lamb khabsa di Lazeez Arabic Restaurant di Senawang -

Tetapi..apa-apa pun, dua kedai nasi arab di Seremban dan Senawang ni memang tidak boleh lawan kedai nasi arab di Dima Restaurant, Bukit Beruang Melaka. Yang itu dari setahun lebih yang lepas aku dok ulang alik makan at least sebulan sekali , rasa nya maintain . Aku selalu makan lamb khabsa nya – ada rasa rempah, daging moist and nasi nya pun moist . Yang best gi kat Dima ni , layanan staff nya memang PR boleh di puji . Ni antara review yang aku pernah tulis pasal Dima restaurant , klik SINI .

Lagi satu yang aku rasa pada pengamatan lidah aku ni , Restaurant Zam-Zam di Shah Alam juga rasa lamb khabsa nya tip top seperti di Dima Restaurant . Memang sedap. And last time aku gi , servis memang cepat .Sebab ada gak baca review sebelum gi restoran Zam-Zam tu , servis lambat . Maybe time tu ground staff dia tak ramai , waktu aku gi , ground staff dia ramai . Ye la, kalau makanan best tapi servis lambat , orang akan turn-off jugak le kan ? ni link review aku berkenaan dengan Restaurant Zam-zam : klik SINI .

So..selepas ni..mana kedai nasi arab lak aku nak terjah?Ar-Rawsha?Tak berapa umph..dah pernah try . Kekekekek…

Sila suggest kan ya mana kedai nasi arab yang pada pengamatan readers semua yang sedap..daging lembut , nasi moist ..servis ok. Thank you!