RSS Feed

‘makan-makan’ Category

  1. Taman Tamadun Islam Terengganu

    December 1, 2011 by arin

    Tiket Dewasa ( dengan mykad ) : RM15 ( free coupon makan :RM3 + free coupon beli belah cenderahati RM2)

    Tiket Kanak-kanak (dengan mykad) : RM8

    Tiket WargaEmas : RM8

    Tiket Tram : RM3 seorang

    Taman Tamadun Islam ni terletak kat Pulau Wan Man .Waktu nak ke sini , ikut GPS, celah lorong kampung mana le kitaorg ikut . Bila tanya staf kat TTI ni , rupanya laluan yang kitaorang lalu tu memang dulu laluan utama sebab TTi ni pulau.Laluan baru dah di buka, jalan lebih proper tapi tu le tak masuk dlm gps.kekeke..

    Anyway, waktu kami sampai, agak panas gak tapi in between kejap renyai kejap panas. Nasib baik naik tram . So takde le haru sangat . Dari 22 monument , hanya 4 monument interaktif yang bermaksud kita boleh gi dalam and tengok show, tgk pameran and so on .

    Ok la jugak tempat ni, cantik sebab tepi sungai . Kalau tak dek hujan memang penuh gambar aku anak beranak kat sini . Kekekekkeke…

    - entrance ke Pulau Wan Man, Taman Tamadun Islam dan juga Masjid Kristal -

     

    - the girls depan entrance TTI-

     

    - ni passport TTI..ada info mengenai segala monument dalam ni -

     

    - Naik tram..choo choo…-

     

    - antara monument yang ada-

     

    - ayah and harith kat salah satu spot di TTI -

    - the girls tgh tengok pameran-

     

    -lepas habis ronda TTI , kami ke Masjid Kristal untuk zuhur-

    Pas dari sini, kami singgah kat kedai AZ Selera Timur  Restaurant untuk lunch.Banyak gila lauk tengahari kat sini dan murah .Camne aku tau kedai ni?GPS software yang kitaorg download kat tab ada sekali place of interest :dining , accomodations  , tourist spot, petrol stations. Mudah sket idup aku . wakakakka . Pas makan terus balik KL. Alhamdulillah jam 9.30pm selamat sampai ke KL.Pheww..berakhir la jalan-jalan 5 hari 4 malam kami . :)


  2. Pasar Payang Terengganu

    November 27, 2011 by arin

    Nasib baik keesokkan harinya cuaca agak cerah di kuala terengganu. At least, kalau nak ke mana-mana boleh lah diteruskan . Kalau dak, if continue hujan lebat..memang kami terus gerak balik ke KL je.

    So, pas check out awal hotel dalam kol 9am , kitaorg terus ke Pasar Payang . Dari hotel nak ke Pasar Payang ni dalam 2.5km je. So , misi mencari sarapan nasi dagang diteruskan kat Pasar Payang. Ni le nasi dagang bungkus yang aku makan . lauk macam biasa ikan tongkol le.

    - nasi dagang ni di bungkus siap-siap . cuma kuah je peniaga letak tepi. so banyak mana kuah nak letak, letak le sendiri -

    -hubby and harith . ni kat pasar payang waktu sarapan pagi . rata-rata jual benda sama. -

    Pas makan , pusing-pusing cuci mata ( dan poket ) kat area pasar payang . Siapa yang gila kain pasang, kalau datang sini sila sediakan duit banyak-banyak . Agak murah kalau perhatikan dan memang terlampau banyak pilihan .

    - kuih muih di jual di pasar payang-

    -kuih muih lagi-

    - macam-macam cap keropok goreng-

    - gerai kami beli keropok lekor-

    - ini adalah telur penyu.. :) -

    Dekat sejam setengah gak kami kat sini . Mana tak nya lepas cuci poket kat bahagian baju-baju, cuci poket kat bahagian keropok lekor, keropok kering lak. Pergh,sana sini keropok lekor Seberang Takir.Bila dah goreng kat umah, ok la rasanya. :)

    Dari Pasar Payang , kami ke Taman Tamadun Islam kat Pulau Wan Man. Tempat ni bersebelahan dengan Masjid Kristal je.

    Next entry cite pasal Taman Tamadun Islam lak..


  3. Mari Ke Terengganu

    November 26, 2011 by arin

    Setelah puas berpusing di Kelantan, meredah air naik ..kita ke terengganu pula. Ni kira nasib baik dapat bilik- family room kat kuala terengganu ni . Sebabnya , kat sana time kitaorang sampai tengah berlangsung Monsoon Cup and Jamboree Pengakap.So , memang bilik-bilik hotel rata-rata dah fully booked.

    So, as usual, aku akan bukak dulu tripadvisor.com and riki hotel pe menarik beserta review nya . Yang penting review bukan besar mana hotel tu . Al maklum, anak -anak aku especially Hanum agak penggeli . So, last-last dalam kereta ni setelah usha website Ming Paragon Hotel and Spa, aku booked family room by phone. And kata nya family room tu ada 2 single beds, 2 king size beds and 2 bathrooms. Memang untuk 6 adults. Wah..tengok gambar dah memang boleh agak luas , ni berdebar gak le kang kalau tengok bebetui cam hape le jadik nya .

    Sampai je Ming Paragon , tadaaaaa….ni la bilik nya :

    - haa..besar kan?bilik air nya ada dua dan memang complete with everything termasuk hair dryer bagai. and juga kat bilik ni disediakan iron, iron board, tea coffee making facilities etc.berbaloi ah! . tu adik ipar aku kena jaga harith sebab aku dah penat melayan lasak si harith dalam keta.kekekke -

    Area hotel ni pun mudah cari makan . Kat ngn hotel ni je ada dua cafe kopitiam , secret recipe dan 7eleven . Memang aku rasa pilihan aku ni berbaloi ar..

    Malam nya , kami gi Pantai Batu Burok dalam hujan untuk mencari dinner. As usual, kita pakai redah je apa kedai makan yang nampak macam ada orang and agak sesuai untuk anak-anak .

    Kami makan kat Tenang Seafood. Memang tak tenang makan kat sini sebab sambil makan, sambil tengok bola – Malaysia lawan Syria . Aiyakkk… Tapi foods sini memang sedap. Cara dia masak, memang kaw. Ikan 3 rasa memang betui rasa nya marbeles. Phewwww…..

    - Yaya tunjuk gaya peace. Servis kat Tenang Seafood ni pun pantas. Kiranya tak le kitaorg tunggu lama menantikan lauk pauk -

    Sayang gak waktu malam ni kat kuala terengganu hujan. Tapi kami lalu gak Pantai Batu Burok . Ombak memang besar la..huishh..agak gerun juga .


  4. Makan-Makan Di Kelantan

    November 26, 2011 by arin

    Sayang seribu kali sayang sebab kali ni ke Kelantan di waktu hujan.Punah harapan nak jalan-jalan cari makan.Ye la,hujan kat kota bharu bukan jenis renyai-renyai..hujan lebat zasss.Haru tol.

    Tapi dapat la pekena nasi kerabu,nasi berlauk,udang grg,ketam grg tepi pantai cahaya bulan..tapi overall,dok asik makan nasi je le.. :)

    Tapi as usual,seperti biasa kalau kami gi jalan-jalan negeri orang memang kitaorg makan tempat yg jadi tumpuan org tempatan.Makan makanan tempatan ..baru feel macam tourist.kekekke…

    Ni antara pixs yg sempat di snap:

    - ni makan kat cerana restaurant.makan atas rakit.hujan lebat time ni.makan pun bergoyang-goyang.sedap lauk pauk kat sini . ni makan ngn family abe azhar-

     

    - ni di waktu petang , makan sotong grg, udang grg dan segala bergoreng di pantai cahaya bulan-

    - di pulak makan di Yati Ayam Percik..pekena nasi kerabu. Daging bakar dia memang meletop sedap! -

    -pasar siti khadijah : kami bersarapan di sini..nasi berlauk.tu lauk-lauk baru masak tu.panas gilos lagi -

     

    - di pasar siti khadijah, kami makan kat meja-meja yang tersedia gini.sempoi je -

     


  5. Mari Ke Kelantan

    November 20, 2011 by arin

    tune hotels kota bharu,kelantan

    tune hotels kota bharu,kelantan

    Perjalanan kami ke kelantan pagi tadi start jam 8.15am dari selayang . Alhamdulillah selamat tiba jam 4.15pm tadi.Tu pun 5 kali benti sebab nak dijadikan sebab hari ni pulak aku kena cirit birit.Badan ni dah rasa lemah sangat. :(

    Anyway,di Kota Bharu, kami dok Tune Hotels yang terletak di Jalan Hamzah.Bersebelahan dengan KB Malls.Not bad the hotel.Yang penting:bersih + katil empuk and selesa. :)
    Sebab memang during day time kami byk kat luar sebab nak melawat sedara mara sebelah hubby yang rata-rata dok area kota bharu/tanah merah ni.

    Cuaca waktu sampai tadi hujan.Harap2 nya jgn la lebat sangat.Sebab malam kang misi mencari kelantan foods.Sedapnya!!!
    :)

    hanum qada tengok tv. hampir 8 jam dalam kereta. :)

    hanum qada tengok tv. hampir 8 jam dalam kereta. :)

    Posted from WordPress for BlackBerry.