Archive | makan-makan RSS feed for this section

Playground

10 Nov

Semalam, bawa budak-budak ke usual spot ( again?) di AEON Melaka. Apsal la aku suka sangat nak bawak bebudak main sini?Hehehehe..

Anyway, while makan, anak-anak ulang alik ke meja makan minta di suap, suddenly dengar Hanum nangis jerit. Padahal before tu nampak dia leka main ngan siblings lain ( girl & boy ) yang lain.

So, aku gi la ke Hanum, tanya nape. And dia cakap ” budak tu tolak..” sambil tunding jari ke budak yang aku rasa age sama ngn dia . Tanya siblings yg tadi tu, mana budak yang tolak, depa tunjuk to same person. Aku cakap elok2 ” jangan tolak, main je elok2” . Oh ya, yang tolak Hanum adalah budak perempuan.

Tgh suap Zara, lagi sekali dgr Hanum nangis, kali ni memang high pitch lak suara aku. Budak tu menolak lagi, again aku tanya siblings tu ” siapa yang tolak ni? ” ( ya la, kita kena selidik dulu ) , the siblings tunjuk the same girl. Wah, mak sudah panas hati wwooooo. Masalahnya, siblings tu, and few kids, parents diorang kejap2 jengah masuk tmpt playground tgk anak depa main. But this particular girl yang menolak Hanum, akuĀ  tak dpt detect mana mak /pak dia . Kalau dapat tau mana mak dia, mau le aku pesan suh tengok-tengok kan anak dia. Orang lain main elok je, datang anak dia ada tolak-tolak lak.

Then Hanum dah sentap, taknak dah main, so duduk la dia atas pangku aku sambil makan. Sekali aku nampak mak girl ni panggil this girl balik. Mak aih, ko duduk jauh gila and yet, anak ko main kat playground ni ko tak reti-reti tengokkan. Bukan takde tempat kosong untuk ko makan dekat2 ngn playground ni . Haishh.

So , please la parents out there, bila lepaskan anak-anak main di playground, mata tu pandang juga aksi anak. Pandang juga apa anak buat. Kalau ya asyik makan atau borak tak salah every 10 minutes, gi ke dalam playground tu tengok anak kita camne.

Ni kira first time aku encounter parents yang lepaskan je anak dalam tu without supervised anak depa main. Before ni, memang aku perasan parents sanggup kejap duduk bangun dari meja makan dok perati anak diorang. Ya la takut dalam diam-diam anak sakitkan orang lain atau disakiti oleh orang lain.

Ok la people, mau siap kan anak-anak mandi. Just finished my weekly tasks yang selalu tertangguh and now i’m hungry!

Apabila Mengidam Daim Cake di Ikea

8 Nov

Hari sabtu petang lepas, kami di KL dan aku teringin sangat nak makan DAIM Cakes kat Ikea tu. Pastu ternampak-nampak lak ikea meatballs.

So, apa lagi alang-alang nak ajak bebudak makan apa yang maybe diorang berselera, so moh le kita ke Ikea petang sabtu tu. Parking di kala petang kat Ikea ni memang menduga kesabaran betul. Nasib la dapat jugak setelah berpusing-pusing banyak kali.

Bukan kat parking je seksa nak cari spot , kat Ikea Cafe di atas pun. Aduih. Nasib at last dapat tempat ngn kiddies area. Kitaorang gi dua kereta. Satu lagi kereta , adik ipar ku plus mil ku.

So, hilanglah ngidam ku. Dapat pekena Daim Cake dan meatballs. :) . Hanum lak, hampir habis satu muffin tu. Suka tengok dia makan ngan bersemangat semula . Ye la few days, takde selera nak makan.

Bila citer ngidam mengandung ni, nasib baik aku tak ngidam yang bukan-bukan.Kehkehkeh. So far, anak dah nak masuk tiga ni, ngidam semua yang sempoi di dapati je.

Pas makan kitaorg terus balik umah MIL since Zara dah ragam nak tido while in laws berjalan ke tempat lain.

Penang Char Kueytiaw di Melaka

27 Oct

Dua hari berturut aku makan di gerai Penang CharKuey tiaw ni ( ye, ini nama gerai tu..ada sepanduk kain tertera nama ) . First time gi hari Isnin yang lepas. Since aku teringin nak mkn bihun sup so, aku suggest kat sang suami apa kata makan di tempat ni.

And kami order penang char kueytiaw, bihun sup daging dan mee udang. For Hanum dia nak nasi impit. Zara?Makan bihun sup. Macamana rasa nya?Memang boleh tahan. Siapa yang selalu makan makanan utara memang akan cakap ” cam kat utara la .. ” .

Semalam, balik dari pasar Malam di Tengkera dek takde yang menarik hati untuk di beli dijadikan dinner, lagi sekali kami ke sini. Kali ni aku order nasi goreng Cina, bihun sup dan penang char kuey tiaw. Zara menambah2 makan nasi goreng . Hanum dek dah 5 ketul pisang dia makan dari pasar malam-dalam kereta-sampai di gerai , so dia takmo makan apa2 dah.

So far, ok la puas hati aku makan kat sini. Kedai bersih, menu banyak and yang aku pilih semua berasa. Harga?Reasonable dan berbaloi.

Macamana nak ke sini :

- Kalau dari arah selatan ( Klebang Besar, Tesco Bandar Melaka , Melaka Sentral ) , amik exit nak ke Hospital Besar Melaka.

- Lepas je corner nak menuju arah Hospital Besar Melaka , perlahan kan je kereta. Kedai ni betul2 tepi jalan on the left hand side.

- Kedai ni takde signboard kelip kelip. Tapi banyak lampu kat sini and perhatikan sepanduk kainnya.

- Parking di tepi jalan atau ada satu lorong kecik di tepi kedai ni untuk area parking.

- Kedai ni di tutup hari Ahad. Selain di buka malam, kedai ni pun di buka for sarapan pagi. tapi aku tak pernah try lagi.

So, pada sesiapa dok Melaka, nak pekena pure char kuey tiaw and makanan utara lain bleh la cuba.

p/s: ni entry tak berbayar nya. saja mau share tempat makanan kat Melaka yang agak sedap, murah dan berbaloi.

Birthday.. :)

25 Oct

Takde special sangat2. We had brunch kat Johnny’s di Dataran Pahlawan . As usual opt for steamboat yang supper sedap and kali ni untuk rice aku pilih Thai Belacan Fried Rice. Amik ko, dedua anak dara aku makan sampai bertambah . :)

Lepas tu, bawa anak-anak ke bahagian atas Dataran Pahlawan yang aku baru tahu ada satu padang yang amat luas. Cuaca pun sedang-sedang elok sebab baru je hujan berhenti and angin sepoi-sepoi. Bebudak pun apa lagi, dedua cam gasing terlepas la. :)

Aku nengok bebudak ni berlari, aku yang naik mengah. Hahha.

:p

Apabila Selera Makan Memuncak

14 Oct

For the past few months kebelakangan ni, selera makan aku memang merundum. Hidang la apa pun, memang aku jadi very selective/cerewet. Ntah pe pe. Time tu start la konon-konon nak salah kan hormon preggy.

Then sejak dari seminggu dua ni, selera makan aku memuncak naik. Seriusly. It’s like aku nak makan apa je. Even cookies kecik yang hampir lemau di umah C4777. Oh, tapi itu la yang aku selalu munch each time ke rumah C4777.

Macam dua hari lepas, we opt for JJ AEON for our dinner time. Malas masak ( tapi rajin makan ) and kitaorg makan kat food court nya. Macam-macam ada. So, aku teringin ( padahal tertarik tengok gambar ) Pad Thai Kueytiaw . Order satu then untuk Zara lak, aku order Nasi Ayam . Hanum?Dia taknak makan nasi but she opt for bahulu.

So while the kiddos playing at the playground, of course la on and off depa makan dinner yang dah di beli. Aku pon asik le makan. Sesedar kueytiaw dah abis. Then tengok Zara habis separuh je nasi ayam. Apa lagi aku habiskan la. On the way ke kereta, aku munch lagi bahulu yang di beli untuk Hanum. Mulut nak ngunyah je.

Semalam, pas dinner di rumah, teringin nak makan aiskrim. Nak gi jejauh malas, so , gie 7E beli 3 batang Paddle Pop. Hhahhaha.

Ni hari, early breakfast at home was roti double cream then keluar breakfast with sang suami and kiddos aku opt for lontong and habiskan balance ( ada half lagi ) roti canai Zara yang tak abis. Kat umah C4777, nampak mama nye sambal ikan bilis grg. makan nasi lagi.

Wah, sakan ek ko makan rin. Tak tau next week nurse dah suh dia mai untuk check up. Sebab hari tuh, weight gain macam boleh tahan. So, nurse takut la diabetic ke apa, kalau naik lagi ( dengan kadar dasat ) , kena la amik yang air gula / glucose ke apa tu.

Tapi, aku makan memang banyak but in a small amount. Kerap makan. Orang tak nampak muka aku naik. Depa kat aku cengkung and tak nampak cam preggy pun. Erk…