Di hari raya, orang jenuh beraya, kiaorang jenuh bawa anak-anak berjalan ke Bukit Tinggi Pahang. Dah lama tak ke sini. So, since plan nak ke Taiping tak menjadi atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan so, moh le kita ke Bukit Tinggi. Ada macam-macam kat sini- Rabbit Farm, Colmar Tropical, Japanese Garden, Botanical Garden.Since Yong sefamily tak pernah Bukit Tinggi, so, kami ke atas ni dengan satu kereta.
Untuk pengetahuan, kalau dah sampai kat atas ni, kita akan berjumpa ngan area Rabbit Farm dulu. So entrance fee for Rabbit Farm untuk dewasa dan kanak-kanak adalah RM3 sahaja.


Then dah habis bebudak ni main ngan Rabbit kami naik le area Colmar dan japanese garden. Last time aku mai sini, bila kat area Japanese Garden boleh parking kereta nun sampai atas. Takyah jalan sejauh 300 meter mendaki bukit. Maybe since festive season and memang orang ramai, so kena parking bawah and mendaki. Waduh, sungguh menduga akal tol. Tapi bila sampai atas, memang nyaman dan terasa best. Zara pon aku paksa jalan. Tak larat nak dukung-dukung.Tak sampai 10 minit sampai kat atas, dia terlelap .Kihkihkihkih. Penat sangat le gamak nya.

Tgh seronok dok explore garden ni, tetiba hujan turun .Nasib ada Japenese restaurant. Masuk dalam ni dan kami minum petang. Kami sampai Bukit Tinggi ni pon dah kol 3pm++ gitu. Dah makan, minum, tengok hujan dah benti, so gerak la ke Colmar Tropicale lak.

Oh ye, tiket untuk naik ke area atas ni ( Japanese Garden, Botanical Garden, Colmar Tropicale ) ni adah RM12 for adult dan RM8 for children.
Bila sampai kat Colmar Tropicale ni, hujan dah berhenti. So terasa la sejuk nyaman. Manusia boleh tahan ramai nya la. Bebudak ni jumpa tempat main, video arcades, kids rides, sungguh hidup. Bertenaga memasing. Tapi Zara, waktu dalam playground, ada a group of orang Arab perempuan pakai purdah tuup semua nampak mata je. Punya la menjerit dia. Sebijik cam aku kekecik. Penakut! :p


Sebelum balik, singgah makan dulu kat on of restaurants kat Colmar ni. Pekena pizza bentuk karipap besar and isi banyak gila, Zara punya la sakan makan Alfredo Pasta. Maybe rasa masin-masin lemak tu kot. Hanum? Macam biasa taknak makan. Nak main je..

Nasib baik bila time turun dah tak hujan. Jalan turun naik sini boleh tahan lengkang lengkuk nya. Boleh mabuk jugak la. Tapi journey dari Selayang ke Bukit Tinggi ni takes about 45 minutes je. Tak jauh pun. Cuma tang corner-corner tu la.Masuk kereta, bebudak semua zzzzzzz.