RSS Feed

‘makan-makan’ Category

  1. Bila Sekali Sekala Hujan Di Siang Hari

    January 12, 2012 by arin

    lama sungguh Melaka tak hujan di waktu siang. Selalu nya angin kuat. Bila kau katakuat, memang kuat sunggu beserta matahari terik. Aku suka cuaca cam tu . Sebabnya cepat kering baju di sidaian. Maybe aku rasa angin extra kuat sebab rumah dan pantai tak jauh. jalan kaki dalam 100-150 tapak dah boleh sampai . :)

    So bila cuaca hujan, kepala tengah merancang sesuatu apa nak masak for dinner. Lately , kat rumah suka makan ikan selar goreng garing-garing and buatkan sambal. Krap krup kalu kami laki bini makan dok perabihkan ikan . And semalam , hubby gi pasar malam kat sungai udang dan memang kat pasar malam tu ada seorang pakcik ni port dia hanya menjual sayur-sayur kampung dan ulam-ulaman je. As usual, hubby akan beli pucuk paku dan jering nya . And also satay. Satay kat pasar malam ni berdekatan ngan pakcik jual ulam ni memang sedap. Memang terasa marinate nya plus tak banyak lemak. Sedap. RM0.50 sebatang . Pheww..

    So, malam semalam aku dah masak main dish..sambal daging + sayur air sawi dan fishball so hubby masak pucuk paku nya. Tumis ngan bawang + cili padi.Pergh, wa cakap lu..menyengat sedap yang pedas.Ni ada lagi baki sikit lagi pucuk paku, boleh la suh dia masak untuk dinner nanti . Hubby ku memang bleh tahan la bab masak, tapi bab after maska tu yang selalu mulut aku bebel. Berkepah laaaaa! Kekekekkeke…

    Ni pix dari Fb. Siap buh dalam FB tu..wakakakka..


  2. Bubble Tea

    January 11, 2012 by arin

    Aku tau aku la antara manusia yang ketinggalanm bab minum bubble tea whatsoever ni..puanya le berlambak-lambak kat Melaka , tapi hati tak pernah terbukak nak minum. Bukan apa, kang kalau minum air pelik-pelik rasa nya , yang merana perut aku gak .

    But last weekend, adik aku yang memang selalu dok pekena bubble tea suh aku minum. Dibelikan yang dari kiosk Each A Cup kat Tesco Melaka and yang dia belikan tu yang basic nya . Red Milk Tea with Pearl. Bila aku nengok, first question aku tanya dia ” Ahchu, pas arin minum ni..sure ek tak sakit perut? ” ..Ok , fine. Adik aku tak menjawab soklan kakak dia ni and dia buat tatau . Kekekke..So bila slurp minum..aiyok..sedap.tak manis tak pahit just nice. And the pearl, nyums.

    So, nanti-nanti aku nak try minum perasa lain lak . Kalau perasa-perasa macamĀ  kopi cepat suggest kat aku apa yang best. cap apa yang best. Kat Melaka ni ada few choices la. Tak la sebanyak kat Kl nun tu.. Yang berlambak aku nampak kat Melaka ni, merata-rata shopping ada adalah ‘each a cup’ . Lelain ada gak, cuma bila kita tak minum, tak la kita hapal nama ye dak? :)


  3. Eco Park @ Bukit Merah Laketown

    December 26, 2011 by arin

    Antara tempat yang sempat kami gi waktu kat Taiping hari tu adalah Bukit Merah Laketown. Tapi kami tak masuk ke waterpark nya tapi kami ke Eco Park nya.Dari bandar Taiping nak ke Bukit Merah laketown ni , if lalu jalan dalam ( jalan kampung ) ..dalam 15 minit je sampai , kalau lalu highway ( keluar Taiping Utara and exit Bukit merah ) , dalam 20-25 minit jugak.

    Waktu kami sampai tu dalam kol 10.30am, orang dah start ramai. Mana yang nak gi waterpark la, nak gi ecopark la, jenjalan je la..perghh…al maklum cuti sekolah kan?

    Best bawak the kids sini sebab besides leh bagi makan kat animals, keadaan nya nyaman je. Al maklum, tasik bukit merah tersergam besar depan mata.Ada yang siap bawa bekal, picnic tepi tasik . :)

    Kalau nak tau harga tiket untuk ke bukit merah laketown ni, kat bawah ni ada senarai harga . Enjoy!


  4. Flemington Hotel Taiping

    December 26, 2011 by arin

    Sewaktu kami ke Taiping 3 hari dua malam hari tu , kami menginap di Flemington Hotel , Taiping . Betul-betul kat tengah bandar dan kat tengah lake garden. Bilik kami menghadap lake. Nyaman je di waktu pagi. Untuk rates di Flemington Hotel, sila klik SINI . Memang berbaloi dan yang penting segalanya ok pada kami. Bab breakfast spread even though tak banyak choices, tapi ada rasa.Tu paling best .

    Untuk kids pun, seronot gak sebab ada swimming pool kat rooftop . At least kalau dah penat berjalan, bawa bebudak gi pool pun diorang suka .

    So, pada sesiapa yang nak ke Taiping , aku syorkan dok sini . Ini juga kali ke dua kami menginap di sini . So memang menepati la citarasa kami yang ada 3 orang anak kecil ni . :)


  5. Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang

    December 24, 2011 by arin

    Kat taiping hari tu,berkesempatan gi Kuala Sepetang yang famous dengan mee banjir udang.Kalau sampai area ni, memang banyak gerai2 yg jual mee udang.Dulu aku selalu makan kat Mak Teh Mee Udang tapi kali ni nak merasa lak Mak Jah nya.

    Review:

    Tak best sangat .Tak sesedap kat Mak Teh.Kalau kat Mak Teh,kuahnya lebih mantap. Orang ramai penuh kat gerai ni sebab marketingnya mantap plus mak jah mee udang ni dah ada franchise nya kat Wangsa Walk.

    Ni antara pixs yang sempat di ambil :

    mee udang mak jah di kuala sepetang

    mee udang mak jah di kuala sepetang

    senarai harga makanan/minuman di mak jah kuala sepetang

    senarai harga makanan/minuman di mak jah kuala sepetang

    mee udang banjir saiz biasa.

    mee udang banjir saiz biasa.

    Posted from WordPress for BlackBerry.