Archive | life RSS feed for this section

Pagi Isnin

16 Apr

Untuk renungan kita bersama . Dikongsi dari FB Page Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man :

 

” Apabila kita tengah seronok berjenaka dgn kawan-kawan ketika berjalan, tetiba kita terhantuk kepala, sama-sama terpijak kaki – apa yg kita terasa?

Ketika kita ketawa, ia adalah susah utk merasai kesakitan.

Banyak perkara menakjubkan ketika kita ketawa:

1. Paru-paru kita berkembang – membawa kelegaan kpd pernafasan dan kemasukan oksigen. Bahkan org yg mengalami resdung, tetiba rasa resdung dia menghilang.

2. Immune sistem kita diaktifkan – badan ciptaan Allah ini akan mengeluarkan lebih byk T-cells utk melawan virus dan sel-sel kanser (mengikut kata pakar).

3. Yg paling seronok ialah pertambahan Endorphins – ubat penahan sakit semulajadi dilepaskan ke minda, dan mengurangkan stress.

Ketawa bukan shj mengurangkan kesakitan fizikal, tetapi juga kesakitan mental.

Apabila kita ketawa, secara semulajadinya kita merasa ada harapan dan optimistik.

Apabila ketawa, kita sebenarnya memberitahu kita sendiri bhw “kita tidak mahu menjadi susah hati.”

Ketawa ialah pelampung air manusia dalam keadaan sedih dan kecewa. Ia adalah penawar – krn ketika ketawa, air liur yg dihasilkan adalah air liur penawar – yg semakin byk ditelan, semakin riang dan ringan minda manusia.

Dalam setiap situasi, ada benda kelakarnya – kita cuma perlu mencarinya – sebagaimana kita mencari kebaikan seseorang utk dipuji, atau kesalahan utk dikritik.

Selain ketawa, apa lagi yg boleh membantu manusia mengurangkan kesakitan mental.

Ada, berhenti menjadi seorang yg 100% sempurna -

Manusia yg merasakan dirinya 100% sempurna akan sentiasa kecewa, marah pd kelemahan diri sendiri dan iri hati pd kejayaan manusia lain.

Manusia yang boleh menerima bhw dirinya tidaklah 100% sempurna boleh ketawa pd diri sendiri.

Harungilah kehidupan dlm keadaan ketawa.

SENYUMLAH di pagi Isnin, jgn pandang ke hari Jumaat (krn bg yg lemah semangat, akan terasa hari itu jauh) – senyumlah dan fokus siapkan tugas yg ada hari ini. “

Harith Bila Di Marah

11 Apr

Ini le gaya dia sekarang kalau kena marah. Cuba perati betul-betul bila dia buat mulut dia tu . Ada bunyi ‘urgh’. Baru umur 15 bulan oiiii…!

Karnival Kelab Susu Ibu Melaka 2012

10 Apr

Persetujuan telah dibuat antara ahli kelab Susu Ibu Melaka , maka insya allah pada bukan Jun 2012 nanti akan diadakan Karnival Kelab Susu Ibu Melaka . Tempat masih lagi dalam perbincangan peringkat akhir tetapi yang pastinya akan diadakan di Bandar Melaka.

Kepada para ibu/bakal ibu , bapa-bapa dan juga ornag ramai ..anda semua dijemput hadir.

Paper Bags from PrintSini.Com

9 Apr

Selain daripada non woven bags , ada kala customer suka menempah paper bags.Bermacam saiz paper bags yang boleh didapati di http://www.printsini.com .

Ini adalah contoh paper bags bersaiz PB6 yang ditempah oleh Puan Zura dari http://www.lovemelotscreations.com/

Untuk info lanjut mengenai paper bags and other printed items lain , sila layari

http://www.printsini.com atau http://www.printsini.com/gift

Tempat Sama, Tahun Berlainan

8 Apr

Semalam bawa anak-anak ke Tasik Ayer Keroh . As usual la, biar diorang putar alam macam gasing mengeluarkan peluh .

And encik suami ada la ambil gambar kitaorg se family . Bila balik , tengok dia dok bukak lagi satu folder gambar tahun 2010 , Rupanya ada gambar di tempat yang sama pada tahun tu . Time tu aku preggy kan Harith . :)

Ni la gambar nya …