RSS Feed

‘life’ Category

  1. Malas ? Pentingkan Diri Sendiri ?

    January 20, 2012 by arin

    Ni actually tajuk artikel di Berita Harian semalam.Bahagian Ratu. Adakah sebab malas nya si ibu, maka hak anak dinafikan begitu aja?

    Artikel yang panjang . Dalam 3 muka surat membincangkan kempen penyusuan susu ibu.

    Sekarang ni,ramai mak-mak berlumba nak menyusukan anak.Sebelum anak lahir dah dig seberapa info yg boleh pasal breastfeeding.Yang ibu bekerja,dok tanya pasal pump , penyimpanan susu dan sebagainya.

    Tapi ramai juga yang bersungguh-sungguh menyusukan sewaktu dalam pantang (2-3 bulan ) . Tapi lepas start keje, semua dah jadi malas.Mungkin kekangan masa waktu keje.Lupa nak pump.Penat nak pump kat opis.Takde tempat simpan susu kat opis.Tu yang bila jadi gitu,semua nya jadi down.

    Antara yg di tulis dalam artikel ni pun,adalah mitos pasal susu ibu.Memang betul.Ada yang masih percaya segala mak nenek mitos tu. :)

    So pada yang ingin/masih menyusukan anak,dapatkan info yang betul .

    Selamat Breastfeeding !

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    kempen penyusuan susu ibu

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  2. Rungutan,Keluhan,Keresahan

    January 19, 2012 by arin

    Antara mereka yang aku follow di FaceBook adalah Prof Dr Muhaya. Statusnya di Facebook selalu membuatkan aku terfikir ‘eh..betul la’ . ‘Eh,itu macam peel aku je’. Then bila baca status dia,automatik kita akan refleks pada diri sendiri.Satu rasa yang ‘aku kena berubah..untuk yang terbaik ‘ akan tiba-tiba menjelma dalam diri. Tak percaya? :)

    Malam ni,sebelum aku tido,dok belek Facebook kat BB..and status Prof Dr Muhaya yang ni menarik perhatian aku :

    “Jika kita benarkan situasi mempengaruhi kita maka kita jadi mangsa kehidupan. orang yang mentaliti mangsa kehidupan akan penuh rungutan, keluhan, penyesalan dan akan sentiasa tidak tenang atau bahagia. sesiapa yang mempengaruhi suasana dan mencipta suasana seperti dia mahu maka dia akan bahagia dan membahagiakan dan bermanaffat. refleksi diri dan lihat apa kita post dan blog apa kita baca. Soal niat kita atas setiap kita taip dan baca. minta maaf dan memaafkan sebelum tidur malam ini. ”

    Semoga semuanya dipermudahkan esok hari untuk anda semua.. :)

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  3. Terik Matahari

    January 16, 2012 by arin

    pix from : HERE

    Pagi ni, matahari di Melaka sungguh terik. Sidai baju , kejapan je dah kering. And sekarang ni baru jam 10.30am. Mak aihh.. Aku ingat kan dah kol 11am ++ .

    Jadual aku kalau weekdays memang start awal.Selesai urusan anak ke sekolah, urusan mengadap PC untuk buat itu ini. 1 hour before amik anak, kalau memang plan nak masak for lunch, dah siap2 kan keluar bahan nak masak. Macam tu la selalunya. Kalau dapat nap kejap pun, usually around 3pm-4pm . tu pun aku memang kalau boleh biarlah nap dalam 10 minit je. Hilangkan ngantuk kejap . Kalau tido lama-lama, al kisah nya sakit kepala bila bangun. Nanti mood langsung ke laut bila dah start kepala berdenyut and such .

    Macamana lak mak-mak lain yang kerja dari rumah?camne agaknya mengadjust waktu ya? Sebab kadang-kadang aku rasa at the end of the day, memang dah tahap bateri aku ni dah nyala merah-merah dah . Bukan saja physically penat tapi jugak mentally .

    Selamat Hari Isnin!


  4. Lama dah..

    January 14, 2012 by arin

    Apa yg lama?Lama aku tak gunakan wordpress kat tab ni.Iya la..beli tab ni pun memang motif bukan untuk own usage,  more to kegunaan anak-anak.Diorang nak main game,tgk cerita yang aku downloadkan dan yg paling penting nak kurang kan tahap bergado diorang.Tapi jadi budak-budak,ofcoz le gado tu dah rutin kan?

    Anyway,ni skrg kat selayang.hampir 3 weeks jugak la tak balik selayang.Semalam waktu sampai hujan agak lebat.Kat melaka lagi awan dah berat tapi tak turun hujan.Pagi ni anak-anak semua bangun lambat.Environment bilik gelap je kot.Kalu kat umah, hari dah siang,cerah seantero bilik dek tingkap yg banyak.

    Ok la..ni harith dah macam tepusing-pusing.Sat lagi bangun la dia..Mamat ni kalu bangun,dia nya mengeliat terpusing,satu katil dia pusing.Takut jatuh je selalu…

    Posted from WordPress for Android


  5. PrintSini.Com – Berubah Wajah

    January 10, 2012 by arin

    Masuk tahun 2012 ni, segala nya kalau boleh nak baru. Tak ketinggalan gak PrintSini.Com . :)

    Jemput la datang ke ‘rumah’ baru PrintSini.Com . Harap nya dengan website yang  minimalist ni, loading pun laju je untuk kesenangan para customer semua.

    http://www.printsini.com