Salam Terakhir

Kol 1:30pm ni tadi , dok layan cerekapilihan kat Tv3-Salam Terakhir. Kisah Rosyam Noor dengan gelagat adik beradik nya. Dah nama pun adik beradik, cubit kiri, kanan sakit, cubit kanan , kiri lak yang sakit. So bila Rosyam Noor ni meninggal, adik-adik dia yang buat hal dengan dia semua balik and baru nak sedar diri. Tak sempat pun nak tengok mayat abang dia.

Background lagu cerita ni of course la lagu Sudirman- Salam Terakhir. Dah tajuk cerita pun Salam Terakhir.

Aku selalu terfikir, kalau esok tetiba aku dah takda, macamana ye anak-anak aku?Sekarang ni kalau aku keluar kejap without diorang dok le tercari-cari “mama mana?mama jumpa kawan?” tapi kalau satu hari , sok lusa terus takda, cemana ye jawapan yang diberi?

Sakit Jiwa

Kesian betul dengan anak yang umur 3 tahun kat Kelantan tu. Kena sembelih dengan bapa yang ada penyakit jiwa.Mengikut berita, bapa budak ni dah lama tak makan ubat bagi merawat penyakit nya.Akibatnya, anak jadi mangsa.

Sakit jiwa ni bahaya.Sebab penyakit ni tak menyakitkan and kadang-kadang orang tak realized pun dia ada penyakit jiwa. Info mengenai penyakit yang boleh dikongsi bersama :

APA DIA PENYAKIT JIWA?

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.

Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.

Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-

  1. Sebab-sebab fizikal: Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
  2. Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

  1. Kegelisahan (Neurosis)
    Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.
  2. Penyakit kepiluan (Depression)
    Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).

    Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

  3. Psikosis
    Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI?

  1. Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.
  2. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.
  3. Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa atau kepada perkhidmatan kami di Hospital Bukit Padang. Anda boleh juga berhubung terus dengan kami di Hospital Bukit Padang.
  4. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

Info : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/penyakit_jiwa.htm

Jika Si Isteri Menangis Di Hadapanmu

Dapat ni dari Wanna. Sungguh menarik untuk di kongsi bersama especially untuk mereka yang bergelar Suami.

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah
dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.
dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.

Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.

InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria ;) :)


Memancing

Sabtu malam lepas, sang suami dan adik ipar nya yakni biras aku , gi memancing kat belakang Zoo Negara. Rupanya sang suami cerita, belakang area Zoo Negara tu, siap ada chalet  untuk para pemancing ni. Cantik and well-developed area tu.

-pix : http://www.cartoonstock.com/lowres/jfa1951l.jpg-

Kebetulan waktu diorang sampai ada tournament mancing. Kalau biasa, bayaran masuk untuk ke kolam mancing RM15.00 tapi ada tournament, bayaran jadi RM30.00 . Tournament end at v1am. Diorang sampai pon kol 10pm lebih.Hadiah tournament ni RM500 untuk ikan paling berat.

Sang suami citer, dah la first time dia mancing kolam, tetiba pancing dia , ikan makan umpan. Bila usaha nak naikkan, and mmg dapat rasa ikan tuh berat, tapi lagi berapa kaki ikan nak sampai tebing, sekali terlepas. Tali terbelit waktu cubaan nak naikkan ikan. Kalu dapat naik tu, dapat ikan tongsan. Berat dia kata around 3-4kg gak. Nampak besar .Tapi takdok rezeki. :(

Baru aku tau, kalau mancing ikan, if ada tournament, ikan bawah 1kg atau 2kg  je yang boleh bawa balik ( if dapat tangkap) . Atas dari tu, kena campak balik dalam kolam. Selama ni aku ingat, asal dapat hasil tangkapan kat kolam, semua boleh bawak balik. Hehhehe.

Anyway, end up diorang balik kol 2am++ . Tapi sampai kan waktu sahur diorang still bercerita pasal ikan tongsan terlepas. Dah semua tanya mana hasil tangkapan. :)

La ni, sang suami tgh usha2 menjadikan mancing hobi terbaru. Aduih.  :(

Jikalau Mudah Seperti 1,2 3 atau A,B,C

Setiap benda alangkah mudah kalauseperti menyebut 1,2 dan 3 atau A,B dan C . Sebut je , mudah diterima dan dilakukan.

Alangkah mudah dan aman nye hidup jika senang gitu.

Hmmmm..