RSS Feed

‘jalan-jalan’ Category

  1. NSK Selayang

    February 6, 2012 by arin

    Kepada sesiapa yang dok area berdekatan selayang ni,sure tahu kewujudan NSK Selayang yang terletak belakang Pasar Borong Selayang berhampiran dengan Petronas tepi jalan besar tu.

    NSK Selayang ni 24jam,and aku rasa tiap masa penuh sesaja tempat ni.Since pindah Melaka,jarang dah gi sini.Kalau dulu, waktu duduk kat Andari Townvilla,Selayang..sini la antara tempat aku dok beli barangan.

    Kalau untuk barang basah,memang kat sini agak murah,segar dan berbaloi la.Memang ramai yang berpusu-pusu pun area barangan basah.Kalau barangan runcit/kering tu,ada harga yang agak mahal sikit dari hypermarket biasa.Tapi ada jugak yang lagi murah.Overall memang sini one stop centre especially untuk pemborong semua.Sebab ada satu area khas untuk para pemborong.

    Tapi yang paling tak suka kalau kat sini, parking nya.Parking space memang ada,tapi memang manusia sentiasa penuh.So,paham-paham aja la nak park keta pun payah.Macam semalam,kami ke NSK ni drive kereta adik ipar ku.Senang sebab keta dia kecik.Nak cilok mencilok pun mudah.Kkekeke.Taaaapiiii,keta kecik pun,jalan nya kecik and kena lak ikut bontot kenderaan seperti bawah ni,haru le jugak! :p

    haru betui.kena ikut belakang bendalah ni. :p

    haru betui.kena ikut belakang bendalah ni. :p


  2. antara chatime dan each-a-cup

    January 31, 2012 by arin

    First of all,pada peminat bubble tea, Gongcha takde kat melaka.So ni pandangan aku pasal Chatime dan Each-a-Cup kat Melaka.

    Memang kalau baca timeline kat twitter,peminat tegar bubble tea kalau diorang kata,diorang addicted with bubble tea,aku memang percaya.Apa la secret recipe yang depa buh dalam bendalah air ni.Some might say, ‘ air je la.apa yang best sangat?’ . Tu ayat aku dulu before aku try minum.Now??Addicted oiii.Haru betui!

    Kalau kat Melaka, Chatime ada gak kat AEON Jusco Bandaraya. Kat ngan area Old Town White Coffe tu. Kiosk kecik.Tapi pekerja sampai 5 org.LoL!Aku dok terai Red Milk Tea with Pearl. Agak manis.Tapi pearl nya best.Kekenyalan lagi terasa.Untuk yang aku pilih ni,harganya RM5.90 untk regular size.

    Each-a-Cup lak,ada kat hampir semua shopping complex kat Melaka.Dan selalu nya aku order yang sama tiap kali Red Milk Tea with Pearl.Pearl nya agak besar sket compared to Chatime nya.Harga nya pulak RM3.60.Saiz bekas adalah kecil sikit je dari regular size Chatime.

    So,pada yang lom try,kot lalu kiosk jual bubble tea ni,try la.Kang addicted macam aku,aku tak jamin ek. :p

    beli each-a-cup semalam waktu habis buat groceries kat Tesco

    beli each-a-cup semalam waktu habis buat groceries kat Tesco

    beli chatime kat Jusco,tapi cik kak ni dok pulun minum.

    beli chatime kat Jusco,tapi cik kak ni dok pulun minum.

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  3. Jungle Gym di BSC

    January 25, 2012 by arin

    Hari isnin hari tu,first day of CNY, lepak-lepak umah SIL and pas lunch, SIL ajak bawak bebudak ni ke Jungle Gym di Bangsar Shopping Centre.Jungle Gym terletak di 4th Floor , sama level ngan Burp! Tapi Burp! kat wing baru while Jungle Gym kat wing lama.

    Kalau parents yang nak melepak while anak-anak main kat playland atau roller blade,aku rasa tempat ni sesuai.Ada disediakan kawasan sofa,cafe and kalau nak buat private party pun boleh.

    Entrance fee adalah:

    Weekdays:RM22
    Weekend / Public Holiday : RM28
    *keluar/masuk la banyak kali sampai tepat ni tutup sebab ianya di kira one time je as long as tag kat tangan tidak dibukak* .

    So,waktu masuk tu hanya Hanum and Zara je la yang kena bayar. Harith tak kena sebab umur bawah 2 tahun.Guardian pun tak kena bayar sebab menemankan.And yang penting,socks kena bawak sebab masuk dalam ni kena pakai socks.

    Kalau tengok,gambar-gambar bawah ni banyak gambar Harith je sebab sah-sah Harith lom boleh berlari seantero dunia.Zara and Hanum memang bekejaran dalam tu.Kejap main kat level atas,kejap kat level bawah.Aku pun sama gak bermain.Dok bawak harith turun slides.Kekkekeke…

    sufian harith tgh pikir macamana nak naik slides

    sufian harith tgh pikir macamana nak naik slides

    naik la slides ngan mama.

    naik la slides ngan mama.

    kena tinggalkan kat bilik bola-bola

    kena tinggalkan kat bilik bola-bola

    panjat sana sini

    panjat sana sini

    main bola kecik-kecik lak

    main bola kecik-kecik lak

    hanum nak posing kat sini..

    hanum nak posing kat sini..

    zara and harith

    zara and harith

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  4. Tiara Beach Resort Port Dickson

    January 8, 2012 by arin

    Semalam supposed balik ke Selayang . Then kat BBM , aku buh status *KL* . Sekali adik ipar aku bbm and bagitau yang Mil + adik ipar se family akan ke PD. So, diorang ajak ke Tiara PD sekali , boleh budak-budak ni ( serta mak and bapak budak )main-main kat waterpark . Kol 2pm ++ kitaorang pun sampai la ke Tiara Beach Resort. Bukan jauh pun dari Melaka . Dalam 45 minit , sampai la ke Port Dickson .

    Bila dah sampai , lepak dulu dalam bilik diorang . Sebab time tu cuaca memang tengah mencanak panas. Sungguh terik and yet ada gak yang berendam/bermain kat waterpark . Bilik diorang dok ngadap waterpark , sudah nya tiap 5 minit , kekanak ni dah tanya..” bila nak main?” ..Last-last, kol 4pm, kitaorg turun. Time tu tak ramai lagi orang .Tapi around 6pm waktu kitaorang naik , tu diaaa..penuh gak waterpark tu . Pulak tu semalam Herbalife ada buat gathering kat situ, penuh le umat .

    - view dari bilik adik ipar -

    - view ni la budak-budak dok asik tanya bila nak turun main-

    Untuk main kat waterpark  di Tiara Beach Resort di ,  kena pakai wristband . Untuk yang menginap , setiap bilik di berikan 4 wristband untuk digunakan ( free ) . And yang tak nginap , boleh juga beli wristband ni dengan harga :

    Adult : RM30

    Children : RM15

    Children ( below 3ft) : RM5

    Kalau tak pakai , life guard yang dok meronda akan suh pakai/beli . So , payah la nak escape . Kekekeke…Anyway , aku rasa waterpark ni best . Agak bersih and ada banyak sections. Untuk kanak-kanak mmg puas hati . Slides lak memang banyak . Sampai sengal-sengal la badan aku dok turun naik slides.Kikikiki..

    - zara dan cousin nya – jasmin-

    - kanak-kanak la paling seronot-

    Kol 6.30pm , settle bersihkan badan bagai .. kami pun gerak balik ke Melaka . Singgah makan dulu and dalam perjalanan nak sam,pai rumah, semua askar kecik tido . Kepenatan dalam kegembiraan memasing . :)

    p/s: Gambar pun tak banyak snap sebab both mama n ayah kekanak ni sibuk main air gak.Kekekeke…


  5. Pantai Puteri Melaka

    January 3, 2012 by arin

    Lama jugak bebudak ni tak main korek-korek pasir pantai.So semalam cuaca macam biasa-panas+windy.Perfect untuk ke pantai. Dari rumah nak ke Pantai Puteri Melaka, tak la jauh sangat . So bila sampai , port menarik ( bawah pokok besar-besar ) dah di ambil orang . Nasib ada gak port. Tu pun , kalau diamati dari dulu pasir kat Pantai Puteri ni memang banyak sangat sarang semut. Semut api lak tu. Kekecik halus je. Kenapa ya?

    Anyway, sejam lebih gak bebudak ni main pasir. Bagi diorang released energy terlebih macam biasa. Harith lak at one point melalak nak join kakak dia main air. Heh..kalau dah boleh jalan, ok je le.Ni merangkak..sudah nya tangan berpasir masuk mulut lalu makan pasir. Sedap gitu.Wakakakakakka…