RSS Feed

‘home’ Category

  1. Bila Orang Tidak Tahu Basic Rules

    June 30, 2011 by arin

    jangan parking depan gate rumah orang!

    jangan parking depan gate rumah orang!

    Maaf gambar di atas gelap.So,macam susah nak tengok.

    Btw,ni cerita malam semalam.Di twitter,aku dah bebel panjang.Ceritanya,ada satu kereta Myvi sesuka hatinya parking exactly depan gate rumah Mama.Mama and abah time tu keluar.Kitaorang yang kat dalam rumah ni pun perasaan bila hubby ku nak smoking kat luar.

    Bila dah kereta ni diletak depan gate,cemana kang keta Abah nak masuk?Hubby tried to bukak pintu kot2 alarm bunyi so empunya kereta akan segera datang tapi tak berjaya.

    Untuk pengetahuan,depan umah Mama ada pejabat BN , ada cyber cafe , ada kedai makan.So dari keadaan sticker keta ni nampak gaya empunya kereta orang BN.LOL !So,bila abah balik, abah terus ke pejabat BN and tanya siapa punya kereta ( dengan nada agak marah ) .

    So datang la makcik agak berumur ni-empunya kereta and dia cakap ‘saya ingat mesyuarat kejap..maaf maaf ‘ . Firstly,mana de mesyuarat kejap.Pastu kalau ya dia ingat mesyuarat kejap,takyah la parking keta depan gate rumah orang.If emergency orang nak keluar masuk,kan dah susah.

    Sambil makcik ni nak alihkan kereta dia dok cakap ‘saya baru balik umrah ‘ . Aik,lagi aku tak paham relevantnya mesyuarat kejap-umrah-park depan rumah org.Haish,pemikiran manusia kan.Basic rules pun tak tau.Ikut mana mudah je kat kepala tanpa fikir orang lain.

    So readers,lain kali cemana kita terlambat ke,parking tade ke jangan simply park ikut suka hati yang akhirnya menyusahkan orang lain.

    Selamat Hari Khamis!

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  2. Bila Anak-Anak Semakin Sihat

    June 21, 2011 by arin

    Bila the girls beransur sihat ,ceria balik hidup aku.If not,risau hati ni,Allah swt yang tahu.Takut denggi ke,fever yg pelik2 ke.

    First day kena demam ( seminggu yg lepas ) , gi bawa jumpa doc.Batuk,selsema and demam.Pakej complete untuk membuatkan anak-anak rasa tidak selesa.Tapi doktor Habsah tak prescribed antibiotik coz throat,ear semua ok.Tak merah and what’s not.

    Tapi dua hari tu demam tak kebah.Takleh jadi,gi semula ke klinik.Kali ni throat dah merah. Hanum’s ear dah merah.So both diprescribed with antibiotic.Bak kata Dr Habsah , kali ni kita perlu ‘additional help’ iaitu antibiotik.Nasib baik antibiotik for Hanum perasa lemon and for Zara rasa mild sedap gak.Bayangkan la,aku bagi ubat2 lain dah macam bersilat gayanya and kalu antibiotik rasa pahit payau,lagi la bersilat nak kena kasi.

    Alhamdulillah,after the 3rd dose for both the girls,demam dah kebah cuma skrg batuk still ada lg.First thing bila dah sihat semalam,Hanum nak makan ice cream mcd.So bawakla the girls ke mcd.Besides ice cream,byk gak diorang mkn nuggets.Selera dah ada balik.Tu yg laju je makan. :)

    And dengan cuaca yg serba tak menentu ni,bagi la anak2 air banyak2.Any drinks yang diorang nak.Kesian tengok anak-anak tak selera makan,minum dok melepek je.Bila dah sihat,baru terasa riuh balik rumah . :)

    permintaan lepas dah sihat 'mama,nak makan ice cream mcd'

    permintaan lepas dah sihat ‘mama,nak makan ice cream mcd’

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  3. Musim Panas di Klebang Besar Melaka

    May 17, 2011 by arin

    Wah..musim panas gitu.. :p

    Anyway, memang lately musim panas di Melaka. Last week few days jerebu. Memnag tak bawa bebudak keluar berjalan la.

    Sabtu petang, panas ya amat ..so kita bukak pool plastik and bagi diorang rendam dalam tu. Hubby buh sabun banyak-banyak sampai berbuih2 dalam pool tu. Memula Harith tak join, pastu kesian tengok dia macam tercari-cari kakak-kakak dia kat mana sebab dengar bunyi bising je dari luar.PAstu ..aku rendamkan Harith gak..suka mamat tu. Dia ni memang suka main air. Heaven la ..

    So , kalau sesiapa ada laman depan umah, beli la pool plastik ni. Sebulan dua tiga kali leh ar bagi bebudak berendam. Ye la, nak memenuhkan pool ni pon, penggunaan air nya bukan sikit-sikit gak kan? :)

    Selamat hari cuti pada mereka yang bercuti ..


  4. Setelah 4 Minggu

    May 14, 2011 by arin

    Hari ni baru terasa weekend di rumah, di Melaka. Terasa best nya sebab aku takyah pack and unpack barang-barnag. Penat woo nak pack and unpack.

    So, apa plan weekend ni?

    Cuaca yang tidak elok , jerebu sana sini membuatkan aku fikir dua tiga kali nak bawa bebudak ni aktiviti outdoor. Kita tengok hari ni cemana cuaca nya . Kalau macam last 2 days, jerebu amat la teruk. Semalam , kurang sikit but still panas bahang .

    Ingat nak bawa bebudak ni gi berendam kat pool . Tapi baik le aku tampung air kat pool plastik kat umah ni . Berendam lelama bawah porch . Hehehehhe..

    So, mana ya?

    Tengok la , kompem kang ada idea bernas memana ni. Paling tidak , berlingkar atas katil . Kekekkekeke…

    Selamat Hari Sabtu !


  5. Cuaca Panas Di Melaka

    May 13, 2011 by arin

    baju ekon

    baju ekon

    Baju ‘ekon’ ni la yang paling best di pakai.tapi kompem la tade baju ‘ekon’ untuk org besar kan? Hahahha..

    Selamat hari Jumaat!

    Posted with WordPress for BlackBerry