RSS Feed

‘home’ Category

  1. Ramalan Cuaca Di Negeri Melaka

    January 7, 2012 by arin

    Untuk minggu ni, berikut adalah ramalan cuaca bagi negeri Melaka :

    Dan dek kerana, semalam cuaca di Melaka agak panas..tapi berangin ( al maklum, rumah ku dengan pantai laut hanya la sekangkang kera sahaja ) ..so kita rendam la bebudak tiga orang ni . Adalah dalam Sejam kot diorang berendam. Tu pun, Hanum yang paling cepat naik sebab kesejukkan. Yang paling taknak naik adalah Zara Aliyah . :) Harith?Kecepuk kecepuk dia main air dalam pool plastik tu. Suka sangat dia dapat berendam . :)


  2. Capsicum

    January 5, 2012 by arin

    pix : http://en.wikipedia.org/wiki/File:Red_capsicum_and_cross_section.jpg

    Antara sayur yang aku jarang sungguh beli adalah capsicum.Sebab utama nya : aku tak makan . tak kira la apa warna- merah , hijau atau kuning . Aku tak reti makan .

    Anyway, semalam waktu beli barangan basah..aku beli gak le. Sebijik je pun . RM3.15 sen setelah ditimbang. Mak aih..sebab biasa beli sayur bayam, pak choy atau kailan..rasa puas hati kalau lebih dari RM3 pun sebab banyak and berapa round leh masak . Kenapa aku beli capsicum?Sebba kat umah dah ada kacang panjang..and usually kalau buat sayur campur, colour sayur-sayur pun memainkan peranan untuk menceriakan lagi sayur tu . Sebab kalau kacang panjang + capsicum + cendawan + fish ball..macam menarik je kaler nya kan?

    Anyway , aku dah pun selamat masak half capsicum tu . Tapi aku fikir-fikir, cara potongan aku tu cam kelakar. Kekekek. So, mencari la dalam internet cemana cara menarik nak potong capsicum . So patut la macam kelakar je aku potong..rupanya antara cara artistik untuk memotong capsicum adalah seperti web ini : http://www.heavenlyhearth.in/2011/11/21/how-to-slice-a-capsicum-bell-pepper/

    Lenkali leh cuba le..kekekke… :)

     


  3. Jadi Chef pun OK,jadi Barber pun OK..

    December 30, 2011 by arin

    Semua wanita especially yang dah ada anak,automatik boleh jadi multitasking nya orang.Automatik leh jadi terer buat semua benda.Setuju?

    Hanum memang nak rambut panjang.Dia suka ikat rambut tapi kejap je selalunya.Pastu dia rimas,dan akan buka ikatan rambut.So,sekarang .. Mama nya yang rimas nengok rambut cam gitu.Bila ajak gunting,di jawabnya takut.Mungkin gerun ngk nyonya gunting rambut zap zap zap rambut laju je kot.

    So hari ni sebelum mandikan dia,suh dia duduk senyap-senyap kat toilet,and aksi barber shop telah dilakukan.kekekke.Kira ok la kot hasilnya.Kalau tak elok,biar ayahnya alter.

    sufiah hanum yang dah dipendekkan rambutnya

    sufiah hanum yang dah dipendekkan rambutnya

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  4. Berperang Sebelum Tidur

    December 20, 2011 by arin

    Semalam memang menduga akal ku betul le..dah le the whole day aku dok melayan sakit kepala bengal dek selsema and badan demam..pulak tu, bila dah kol 11malam, macam biasa suh bebudak masuk tido.Hanum and Zara , kira ok la tak banyak masalah nak suruh tido. Budak dua tu, kalau api dah tutup..memang cepat je lena nya. Tetapi , anak bujang aku ..taknak tido.Punya le dia berpusing atas katil, panjat kakak-kakak dia.Aduyai.Last-last , aku tinggi suara sikit..dia nangis..terus nak ngempeng susu..tadaaaa…terus lena.Ngantuk sbeenarnya tu, tapi kepala asyik berpusing nak main je.

    Ni pixs dia semalam waktu bergolek di atas katil di kala bilik dah gelap gelita . Not bad camera BB9900 aku ni . Dalam gelap gelita, flash pun power. :)


  5. Kepah Dan Lala

    August 4, 2011 by arin

    Pejam celik, dah hari ke empat kita berpuasa. Semalam bday encik suami . Tapi kami celebrate makan berbuka the day before-2.08.2011 . Semalam pula kami berbuka di rumah . Kalau siapa ikuti twitter ku, tahu la macamana misi pencarian kepah di Melaka .

    Antara kepah , lala , kerang , kupang etc ..kepah la paling payah nak di cari . Mungkin ada musim-musimnya . Semalam dapat juga beli kepah. Sekilo RM7 . Pada aku , antara kepah and lala, aku lebih suka kepah. Isi dia agak montel . Compared ngan lala . Cemana nak bezakan kepah and lala buat yang tak tahu ? Kulit kepah tebal dan isi dia montel2 sikit manakala kulit lala nipis. Isi lala lak nipis2 gak .

    Stail masak kepah sama je kalau masak lala . Pada aku la . Sediakan je bahan-bahan asas..jgn lupa serai , bawang , bawang putih , halia , cili padi , sos tiram sikit.

    Memula tumis dulu segala bawang + halia . Pastu masukkan cili padi and sedikit sos tiram . Then letak la serai tu , last sekali masukkan kepah . Dah nampak mulut kepah asik terbukak , bubuh garam and dah boleh standby angkat .

    Masak seafood cam ni takyah lelama . Kejap je. Lagi best , kalau dah dekat time nak makan baru masak . Pergh, aroma bau fresh nya ..phewwwww…

    So, hari ni plan apa ya?Belum lagi menjejakkan kaki ke bazar ramadhan ni . Sebab nya malas sungguh nak jalan bawak 3 orang budak kenit . :)