Semalam petang kami beli sangkar tikus sebab malam sebelumnya detect ada tikus selamba masuk dapur dari pintu belakang. Sungguh selamba , padahal aku ada kat sinki tengah basuh pinggan. Aku yang memang penakut tikus tahap maximum, sudah tentu menjerit dan tinggalkan sinki tuh dengan air terbukak. Of course le selepas tu, aku panggil sang suami untuk tutup paip air sinki tuh. Nak masuk dapur semula memang phobia beb.
Then, smlm petang dah beli sangkar, umpan ngn ayam golek seketul . letak bawah sinki sebab rasanya tuh laluan dia. dalam kol 9mlm, tgk ada hasil. saiz yang macam semalam.tikus yang sama kot.
Tak bunuh tikus tuh. Ingat mau jerang air panas and jirus tapi , tak baik la. So gi longkang besar depan umah, sang suami buang situ dengan harapan jangan le mai lagi. Aku and hanum terpeleot takut. Kami berdua memang ada gaya penakut.Zara lak , meronta-ronta nak tengok apa ayah dia buat. Haishhhh.
Pastuh bersihkan sangkar kat luar umah dengan air, then letak lagi umpan, letak balik sangkar tuh kat bawah sinki. Mana la tau kot ada lagi ke apa la. Cubaan ke dua.Dalam masa 2 jam gitu, tengok ada hasil lagi. Size sama. Kaler sama. Must be tikus yang sama. So, sure dia masuk dari celah pintu depan/belakang yang agak ada ruang bawah pintu tuh. Terar dia menyelit.So, kasi buang tikus tu ( sekali lagi ) dengan cara yang sama. Then celah bawah pintu tu , sang suami tutupkan supaya takde ruang untuk si tikus menyelit masuk.
Pagi tadi bangun pagi, takde hasil.So memang betul la tikus datang dari luar dan tidak bermaharajalela dalam umah. Pheewwww.Ye la sekarang ni penyakit berkaitan tikus ni memacam. Baca la berapa orang yang mati di Lubuk Yu akibat dari tikus ini. Air dah contaminated. Bahaya wwwwooooo.
Bukan tak jaga kebersihan rumah, tapi depan rumah sawah.Al maklum kalau sawah. Pastuh ada longkang besar. Standard le ada longkang besar, ada le sang tikus bermaharajalela. Then jiran sebelahaku ni , tong sampah tak reti le nak tutup bebetul.Tuh mengundang tikus keluar masuk tong sampah le.Kena jaga le kebersihan baru tak datang puak-puak ni.
Dah le , panjang aku citer pasal si tikus. Harap2 nya terus la tak masuk lagi. Memang aku takut wooo.Phobia.