Archive | hanum RSS feed for this section

Proses Bersalin

12 Jan

Malam semalam dek bosan takde cerita yang menarik di TV , so aku dan Hanum melayan tengok youtube about birth process. At first sebenarnya aku google pasal white discharged bila entering early stage of labor. Then terbukak la video-video di youtube .

Hanum yang sebelum tu asyik melukis, datang tepi aku, amik kerusi kecik dia and sama-sama layan video ni . Banyak la soalan yang dia tanya. Antaranya :

” Kenapa baby duduk macam tu dalam perut ?”

“Kenapa baby keluar macam tu, ma?”

“Kenapa dia tak bukak mata ?”

So bila dah waktu nak tidurkan dia , siap la dia buat balik aksi baby tido merengkot dalam perut. And Hanum cakap ” Ma, tadi kita tengok macam ni , kan ?” .

Bila aku tengok segala video dari youtube tu, macam mudah je process bersalin ni . Indah sungguh kalau process nya smooth and easy . :)

Anak Daraku Yang Sulung

2 Oct

She is a BIG girl now. Only 4 years tapi selalu nak buat benda sendiri. Dan selalu aku underestimate her abilities.

Today, sebelah petang we went to RASA Foodcourt Mydin MITC. Dah penat dia main pusing2 permainan kat tepi area foodcourt and dia nak air. So , aku bagi la teh o ais aku. Gulp gulp dia minum till dah abis. So, sang suami cakap ” Hanum pergi la beli , nah duit ” . Di hulur nya RM2 pada Hanum. Aku ingatkan Hanum akan jawab ” Ayah pergi la” .Sebab selalu kalau dia taknak buat benda itu la jawapan nya.  Tapi again, telahan aku silap .

Kedek-kedek dia jalan ke kaunter minuman ( tak jauh dari tempat kami duduk ) , terus aku suruh sang suami gi follow Hanum. Sang suami diri la belakang Hanum . Hanum boleh cakap ” Ayah, pergi sana lah ” ( sambil buat sign tangan menghalau ) . Tapi ayah nya tidak la tinggalkan dia terkial-kial kat situ. Perati dari jauh. Dengar apa dia cakap. Bila time dia order ( memula cashier tak nampak dia sebab kaunter tuh sama paras tinggi ngan dia ) , ” teh o ais satu ” – pastuh hulur RM2. Alahai, aku yang tengok dari meja dok rasa “dah besar nya anak aku ni ” .

Memang selalu aku underestimate dia. Tapi she proves me wrong. Contoh memula dulu dia nak toilet trained. Aku rasa sehari je aku ajar dia. And after that memang dia boleh buat dengan sendiri- bukak seluar/skirt sendiri and masuk dalam toilet menyelesaikan urusan bisnes kecil nya. Memang sampai sekarang, kalau aku kat bawah, tetiba je aku dengar bunyi orang berusaha bukak lock pintu toilet. Aku dah agak sure Hanum sebab memang dari luar kami lock toilet tu.Takut anak-anak masuk tetiba ke hape. And bila dah dengar gitu, pastu dengar la bunyi air. Then sure dengar Hanum bersuara ” Mama, Hanum dah kencing ” . Alahai.

Bab bercakap jangan citer la. Hari tuh gi kedai spare part PC kat Bukit Beruang. Dari masuk kedai till keluar kedai ( dalam 30 minit lebih kami dalam kedai tu ) , Hanum bercakap/bertanya non-stop till technician kat situ dok cakap ” Banyak ye dia cakap ” . Hehehe. Jangan tak tau, kalau dalam kereta, kalau ke KL and dia tak tido, dari Melaka-KL dia akan bercakap/bertanya juga non-stop. Sampai aku letih nak jawab.:)

Lama-lama, kena terima jugak la anak dah besar. Tapi tu la, susah aku nak terima . Ni baru 4 tahun. Sok-sok dah makin besar cemana le gaya nya pulak. :)

Nice Pixs, Nice Entry.. Thank You

21 Sep

Dalam family ku, we’re so lucky that we have lots of creative peoples. Terar amik gambar, terar amik angle gambar yang creative. Ikut aku, semua aku amik semua jenis berdepan je. Tak reti nak cilok angle2 creative ni.Dah nama pun tangan keras. What to do!

And yesterday was Hanum’s 4th Bday. Ahchu Yan and Umicik Taro buat a nice entry for my darling Sufiah. Thank you guys..

Ni gambo di ambil dari entry mereka. Untuk baca entry mereka, sila klik SINI dan SINI.

She Is 4 Today!

20 Sep

Tap tup tap tup, Sufiah Hanum dah cecah 4 tahun. Sakit selama 9 jam nak melahirkan dia kalau diingat-ingatkan still lagi terasa. Punya la berapa kali push sampai tak terdaya nak mengeluarkan dia last-last kena vacuum.

This year, kami celebrate bday dia malam tadi. Alang-alang dah keluar waktu petang, beli sekali cake and party pack pret pret untuk dua beradik ni. Birthday girl taknak makan cake dok asik nak tiup belon, Zara lak dok le dia nak sentuh cream atas cake tu. :)

Happy Birthday Darling Sufiah Hanum…

Hanum dan Wax Hand

18 Sep

Macam yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni, aku selalu ingat Hanum ni macam budak kecik. Lagi 2 hari dia dah nak masuk 4 tahun. Tapi tu la, mama dia macam in denial. Hahahha.

Anyway, hari tu buat wax hand untuk hanum. Actually dia yang nak buat., mak dia cam biasa le ” alaaa..takyah la ” . Tak rock kan mama dia? :p Merengek2 Hanum nak celup tangan kat wax tu. Aku risau bukan pe, kang buat nya half way dia cam rengek taknak buat ke apa ke, naya je.

Tapi andaian aku meleset. Sungguh meleset. Dia punya dengar kata brother yang buat wax hand tu,perghhh..amazed aku. Bila brother tu suruh ” letak sini , lepas tu sini ” ( kena celup tangan kat area bekas sejuk then ke area bekas panas berulang kali ) . Memula hanum nak buat stail V. Bila brother tu tanya nak buat bentuk apa, hanum tunjuk nak buat stail V /peace style. Tapi sang suami suruh Hanum buat je tangan biasa. Ye le, half way kang tangan dia dah lenguh, naya je. :p

So, ni la tangan anak dara ku. Comel je. Another 2 years, kita buat lagi and tengok perbezaan dia . :)