RSS Feed

‘hanum’ Category

  1. My Princess : Sufiah Hanum Binti Azwar Ansory

    February 4, 2011 by arin

    hanum @ Dataran 1Malaysia,Klebang Besar Melaka

    hanum @ Dataran 1Malaysia,Klebang Besar Melaka

    Ada gayakan hanum main layang-layang?

    Petang semalam,mama long,ahchu bawak kekanak ni gi main layang-layang kat Dataran 1 Malaysia kat depan umah ni.

    Gaya stylo abis anak dara aku ni.Lengkap ngan shades. :)

    Posted with WordPress for BlackBerry.


  2. Proses Bersalin

    January 12, 2011 by arin

    Malam semalam dek bosan takde cerita yang menarik di TV , so aku dan Hanum melayan tengok youtube about birth process. At first sebenarnya aku google pasal white discharged bila entering early stage of labor. Then terbukak la video-video di youtube .

    Hanum yang sebelum tu asyik melukis, datang tepi aku, amik kerusi kecik dia and sama-sama layan video ni . Banyak la soalan yang dia tanya. Antaranya :

    ” Kenapa baby duduk macam tu dalam perut ?”

    “Kenapa baby keluar macam tu, ma?”

    “Kenapa dia tak bukak mata ?”

    So bila dah waktu nak tidurkan dia , siap la dia buat balik aksi baby tido merengkot dalam perut. And Hanum cakap ” Ma, tadi kita tengok macam ni , kan ?” .

    Bila aku tengok segala video dari youtube tu, macam mudah je process bersalin ni . Indah sungguh kalau process nya smooth and easy . :)


  3. Anak Daraku Yang Sulung

    October 2, 2010 by arin

    She is a BIG girl now. Only 4 years tapi selalu nak buat benda sendiri. Dan selalu aku underestimate her abilities.

    Today, sebelah petang we went to RASA Foodcourt Mydin MITC. Dah penat dia main pusing2 permainan kat tepi area foodcourt and dia nak air. So , aku bagi la teh o ais aku. Gulp gulp dia minum till dah abis. So, sang suami cakap ” Hanum pergi la beli , nah duit ” . Di hulur nya RM2 pada Hanum. Aku ingatkan Hanum akan jawab ” Ayah pergi la” .Sebab selalu kalau dia taknak buat benda itu la jawapan nya.  Tapi again, telahan aku silap .

    Kedek-kedek dia jalan ke kaunter minuman ( tak jauh dari tempat kami duduk ) , terus aku suruh sang suami gi follow Hanum. Sang suami diri la belakang Hanum . Hanum boleh cakap ” Ayah, pergi sana lah ” ( sambil buat sign tangan menghalau ) . Tapi ayah nya tidak la tinggalkan dia terkial-kial kat situ. Perati dari jauh. Dengar apa dia cakap. Bila time dia order ( memula cashier tak nampak dia sebab kaunter tuh sama paras tinggi ngan dia ) , ” teh o ais satu ” – pastuh hulur RM2. Alahai, aku yang tengok dari meja dok rasa “dah besar nya anak aku ni ” .

    Memang selalu aku underestimate dia. Tapi she proves me wrong. Contoh memula dulu dia nak toilet trained. Aku rasa sehari je aku ajar dia. And after that memang dia boleh buat dengan sendiri- bukak seluar/skirt sendiri and masuk dalam toilet menyelesaikan urusan bisnes kecil nya. Memang sampai sekarang, kalau aku kat bawah, tetiba je aku dengar bunyi orang berusaha bukak lock pintu toilet. Aku dah agak sure Hanum sebab memang dari luar kami lock toilet tu.Takut anak-anak masuk tetiba ke hape. And bila dah dengar gitu, pastu dengar la bunyi air. Then sure dengar Hanum bersuara ” Mama, Hanum dah kencing ” . Alahai.

    Bab bercakap jangan citer la. Hari tuh gi kedai spare part PC kat Bukit Beruang. Dari masuk kedai till keluar kedai ( dalam 30 minit lebih kami dalam kedai tu ) , Hanum bercakap/bertanya non-stop till technician kat situ dok cakap ” Banyak ye dia cakap ” . Hehehe. Jangan tak tau, kalau dalam kereta, kalau ke KL and dia tak tido, dari Melaka-KL dia akan bercakap/bertanya juga non-stop. Sampai aku letih nak jawab.:)

    Lama-lama, kena terima jugak la anak dah besar. Tapi tu la, susah aku nak terima . Ni baru 4 tahun. Sok-sok dah makin besar cemana le gaya nya pulak. :)


  4. Nice Pixs, Nice Entry.. Thank You

    September 21, 2010 by arin

    Dalam family ku, we’re so lucky that we have lots of creative peoples. Terar amik gambar, terar amik angle gambar yang creative. Ikut aku, semua aku amik semua jenis berdepan je. Tak reti nak cilok angle2 creative ni.Dah nama pun tangan keras. What to do!

    And yesterday was Hanum’s 4th Bday. Ahchu Yan and Umicik Taro buat a nice entry for my darling Sufiah. Thank you guys..

    Ni gambo di ambil dari entry mereka. Untuk baca entry mereka, sila klik SINI dan SINI.


  5. She Is 4 Today!

    September 20, 2010 by arin

    Tap tup tap tup, Sufiah Hanum dah cecah 4 tahun. Sakit selama 9 jam nak melahirkan dia kalau diingat-ingatkan still lagi terasa. Punya la berapa kali push sampai tak terdaya nak mengeluarkan dia last-last kena vacuum.

    This year, kami celebrate bday dia malam tadi. Alang-alang dah keluar waktu petang, beli sekali cake and party pack pret pret untuk dua beradik ni. Birthday girl taknak makan cake dok asik nak tiup belon, Zara lak dok le dia nak sentuh cream atas cake tu. :)

    Happy Birthday Darling Sufiah Hanum…