Lebih Kurang 21 Hari Lagi

Lebih kurang 21 hari lagi, Hanum will be 4 years old. A mum will always be a mum. Aku cam tak leh nak accept that dia dah makin besar. Makin banyak akal, makin tinggi daya imaginasi nya , makin banyak ragam, makin banyak bual cakap nya , makin banyak buat mak n yah nya blood go upstairs. :)

Hari ni , sang suami bersihkan bilik dia. Bilik tu before kemas, dah jadi cam Toys R Us aku nengok. Dari mainan yang boleh diguna pakai ke mainan yang tak boleh diguna pakai. Semua ada. Atas katil dia , lagi la. Soft toys yang sepatut nya duduk dalam khemah, semua jadi penghuni katil.Dalam bilik dia memang kami bukakkan khemah ikea igloo tu. Senang budak-budak ni main .

So bila bilik dia dah bersih , soft toys semua dah masuk washing machine untuk di basuh, yang mana toys dah kopak2 dah di buang  atas katil hanya ada bantal dan comforter dia je. Aku pujuk dia ” Hanum, nanti hanum tido la dalam bilik ni ye ” . Dia jawab ” Nanti tv kat mana ..” .Aduih..mementang sekarang sebelum tido confirm tengok tv atau laptop kat dalam master bedroom dah demand nak tv lak dalam bilik dia.

Tengok la , kalau ada rezeki beli lagi satu second hand pc, nak buh kat dalam bilik dia. Dia pon just nak tengok dvd je. Then upgrade pc tu so boleh di wifikan then ajar dia guna pc untuk belajar thru net. Kalau sekarang , bila aku ajar benda baru thru laptop , susah jugak . Susah in terms bila aku ada keje nak kena buat time tu gak, dia nak gak pakai laptop time tu . Boleh jadi perang dunia ke – 3 bergado dengan dia.

Kena jugak ajar dia tido sendiri coz aku ada about plus minus 5 months nak trained dia before adik dia lahir. Insya allah. Kalau dak , bayangkan cramped 5 orang dalam master bedroom ni. Waduh. Aku sendiri takleh imagine. Takkan nak buh satu lagi single bed dalam bilik. Dah jadi cam rumah kongsi lak. Bersempit-sempit. :)

Harap-harap dia nak tido sendiri…

Anak Kena Jaundis?

Hari ni , di Utusan Malaysia ada artikel pasal Jaundis : Jangan Ambil Ringan .

Jaundis dan anak yang baru lahir memang kadnag kala tidak dapat dipisahkan. Tapi ada anak yang jaundis nya tak berapa teruk dan ada yang sampai memerlukan proses pertukaran darah.

Pengalaman aku, Sufiah Hanum mengalami jaundis kurang dari 24 jam dia dilahirkan. Dia sambung admitted di ward 4 hari , 3 malam. To the extend doktor kata maybe proses pertukaran darah akan berlaku kerana bilirubin dia tinggi. At the same time, waktu tu aku keep on bagi breastmilk selagi daya. Alhamdulillah, bilirubin Hanum kurang dan menurun.Again, Hospital Putra Melaka di waktu itu bukan ‘ Hospital Rakan Bayi ‘ maka usaha untuk memberi baby susu ibu  tidak di tekankan. Lebih ditekankan kepada bottle milk. Dan waktu tu aku memang kurang ilmu mengenai breastfeeding ni.

Zara Aliyah pulak takde permasalahan jaundis. Alhamdulillah. Mungkin,  bila dia lahir je, setelah dibersihkan oleh nurses kat Hospital Selayang, terus aku diminta breastfeed Zara.Dan time tu , dah start reti kepentingan breastmilk ni.

Memang susu ibu atau breastmilk la ubat bagi penyakit jaundis. Mulakan secepat mungkin penyusuan sejurus selepas bersalin. Dengan breastmilk juga, makin banyak diminum oleh baby , makin kerap pembuangan najis . Ini salah satu dari cara untuk mengurangkan bilirubin baby. Kenapa susu ibu?Sebab susu ibu mudah diproses dan di hadam oleh baby. Bila mudah di hadam, mudah jugalah pembuangan najis oleh baby.

Untuk info lanjut mengenai jaundis boleh la click :

1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KekuninganBayi.pdf

Mereka Berdua Adalah Adik Beradik

Ok, entry ni ada gambar perbandingan waktu Sufiah Hanum approaching 2 years old and gambar Zara Aliyah di kala sekarang. Persamaan paling utama adalah MERAKA KURANG RAMBUT. Hehehhe.Tapi aku noticed, Hanum selepas 2 yrs old, rambut dia tumbuh panjang gak la tapi halus.Kalau sikat tu baru tau rambut dia panjang gile.  :)

- rambut kurang adalah trademark anak-anak aku..:) -

- Hanum sampai skrg adalah thumb sucker but Zara tidak, tapi pantang tanya mana hidung, dia akan sungguh2 korek hidung-

- Dua adik beradik ni bulu mata memang panjang and mata boleh tahan bulat besar-

So, ni la antara gambar-gambar adik beradik ni. Hanum nampak sangat muka copy paste ayah dia while Zara muka dia cam aku sikit2 kot. Tapi Hanum tak reti merajuk kalau kena marah. Zara?Perghhhhhh…boleh dia sembam lama muka dia celah bantal kalau merajuk. Lama lak tu!Memang puas la nak pujuk Zara . Tapi antara Hanum n Zara, Hanum lebih manja. Semua nak di minta buat. Anak sulung kot. Yang Zara, independent sungguh.

So, cemana character anak-anak anda?

Bila Anak-anak Tengok Cerita P Ramlee

image : http://www.filemkita.com/poster/ali_baba_bujang_lapok_01.jpg

Malam tadi ada cerita Ali Baba Bujang Lapok kat Tv2 untuk Slot Lagenda. Luckily, Hanum baik hati bagi mama dia tengok tv. Kalau tak dia yang conquer tv. Then tak di sangka dia pon beria tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok ni. Bila time kat pasar, si Sudin nak bail out= ‘beli’ Majina ( Sarimah ) , Hanum dok ulang2 nama Majina tuh sambil gelak. First time kot dia dengar nama tuh. Then bila si Majina menari bawak air bagai, ayat Hanum kat aku ” Ma, esok ma pakai tau ..” ( sambil refer timba air atas kepala Majina tuh ) . Apadaaaa..nak ke mana mama mu ni nak bawak timba air tuh. :p

Sampai ke habis cerita bebudak ni tengok , sampai tertido la. Maybe cerita ni banyak gak lagu pastuh geng2 penyamun tuh kan macam2 saiz tuh yang bebudak ni asyik je. Walaupun cerita black & white, tapi mampu membuatkan bebudak ni melekat depan tv.

Cerita P Ramlee ni, tengok la ribu kali takkan bosan. Mana tak nya, skrip semua selamba and kadang2 hantam labu nye skrip.Kalau lawak sekarang semua nya kaku je.Bosan.

Dugaan Di Pagi Hari

Anak-anak kalau tak meragam nak ke sekolah memang tak sah. Hanum pagi ni bangun penuh dengan 1001 peel. Tak pasti apa yang tak kena tapi memang lately dia reluctant nak ke tadika. Bila tanya ada tak teacher marah, babap atau cubit , dia geleng kepala. Mungkin dek teacher yang asik bertukar tuh yang dia dah tak serasi.

Kalau dulu dia selalu cerita asal Teacher Hajar atau Teacher Nabilah , la ni Hajar & Nabilah dah sambung belajar dan teacher dok bertukar2. Takpe la Hanum, taun depan mama masukkan ke sekolah lain. Kesian anak , pepagi dah kena tinggi suara ngan aku pastuh turun kereta dia seboleh2 taknak masuk. Kalau ikut psikologi anak, memang ada yang tak kena la di sekolah cuma dia tak tau nak cakap.

Ni gambar last week waktu tetiba kitaorang ter pergi ke pantai Tanjung Bidara lepas makan kopok lekor & goreng pisang kat Sungai Udang. Tuh pasal Hanum camni je gaya. Ala Rambo je kitaorang ni. Lama gak bebudak ni main air.Hanum la paling excited sekali siap gaya Baywatch. :)