Last sunday , aku dapat menghadirkan diri untuk SGM kelab susu ibu melaka kat Taman Seribu Bunga , Melaka . Last month tak dapat datang .Kali ni kami dapat port baik nya . Siap ada kipas, lampu and ada gak plug point . Next time boleh la sesapa bawa laptop if ada nak tunjuk any slides ke apa .
This month, perjumpaan kelab banyak berkisar tentang persoalan menyusukan anak sewaktu berpuasa . Experience aku , ni tahun ke 3 aku menyusukan anak . Last year memang challenging : mengandung dan menyusukan anak dan sekaligus berpuasa juga .
Antara tips yang dapat dikongsi beramai-ramai sewaktu perjumpaan Kelab Susu Ibu Melak ani adalah :
1. Jangan elak untuk bersahur .
2. Sewaktu bersahur, cuba makan makanan dengan diet yang seimbang ( untuk tenaga di siang hari ) , minum air yang banyak .
3. Makan banyak kurma , atau oats di waktu sahur . Pengalaman aku , kurma memang banyak membantu production susu dan juga memberikan tenaga .
4. Kalau muak makan kurma sebegitu sahaja , kopek kurma tersebut dan masukkan ke dalam oats atau air susu ( lagi sedap kalau susu yang sejuk2 ) .
5 . Jangan skip pumping ( kepada ibu yang pump ) .
6. Jika tiada daya untuk pump , jangan paksa diri untuk melakukannya , takut mendatangkan mudarat kepada badan .
7. JANGAN STRESS!
Tu antara tips2 yang dikongsi oleh ibu-ibu yang datang . Insya allah , bulan Ramadhan yang bakal tiba ni , akan menjadikan kita ibu yang penuh dengan kesabaran dan kekuatan .

