RSS Feed

‘family’ Category

  1. Planetarium Melaka

    January 2, 2012 by arin

    Dok lalu MITC nya area ni, tak pernah la nak menyinggah. So semalam, lepas lunch di McDonalds Batu Berendam, and cuaca cantik + panas..nak bawak bebudak jenjalan , so bawak le ke Planetarium Melaka . Sah-sah memang beraircond tempat tu . Kekekek.

    Bila masuk , first impression ..asal tempat ni gelap sangat . Ok, aku tau le planet galactica bagai, tapi kalau gelap and dim sangat, macamana pengunjung nak membaca penerangan nya. Tulisan gelap ..pemandangan agak kelam..so camne? And on top of that , banyak juga benda yang tak dapat tengok aka ROSAK . Aduyai.

    Bila bayar tiket tu, staff tu kata untuk show jam 2pm, gi kat Planetarium Theatre. So, dalam kol 2pm, ramai la ke tingkat 2. Teruja le gak sebab nanti tengok show ala-ala baring gitu . Siap le bagitau anak-anak nanti ada transformer. Kekekek..tapi dah tutup api bagai, show lom mula. Ok, pastu siap le cd ke hape yang rosak. Aduyai. Menunggu la dalam 15-20 minit lagi . Kalau dah tau ada show at 2pm, staff kol 1.50pm kena la masuk and set up everything . Ini tidak, kol 2pm kata start, kol 2pm jugak la staff nya masuk . Nampak sangat tak pro nya!

    Harga Tiket :

    Dewasa : RM8

    Kanak-kanak ( 6-12 Tahun ) : RM4

    Bawah 6 tahun : FREE

    Ni antara pix yg sempat di ambil :


  2. Perlu Lebih Ke Depan

    January 2, 2012 by arin

    Status aku di FB pada hari pertama tahun 2012 ni adalah :

    Permulaan 2012 adalah seperti hari-hari biasa,cuma dalam hati dan kepala kena tanamkan azam hendak maju ke depan,berusaha lebih dari semalam untuk ke depan,lebih bersabar dalam segala hal dan semoga allah swt permudahkan segala urusan kami sekeluarga.. :)

    Seperti hari-hari yang biasa, cuma perlu lebih kental dari hari sebelumnya la.Mana ada orang dalam hidup nya sentiasa berada di atas, sesekali atau mungkin banyak kali ..dok ada kat bawah . Tapi kita ni tak leh la sentiasa tunduk mengalah. Kena kuat. Kalau dulu-dulu tahun 2011 asik lembik dengan keadaan, sekarang ni tak boleh la.

    Ni peringatan untuk diri aku gak, untuk semua.  Semoga tahun 2012 memberikan segala keceriaan kepada anda dan semuanya dipermudahkan .

    - ini la sumber kekuatan aku -


  3. Pirate Park , Melaka

    January 1, 2012 by arin

    Kalau sesiapa yang memang pernah duduk melaka, orang melaka atau pernah naik melaka river cruise , anda akan lalu atau teringat tapak bus ekpress melaka dahulu yang terletak kat tepi Sungai Melaka. Sekarang dah dijadikan Pirate Park . Tapi kesian gak tempat ni , kalau hari biasa memang ‘mati’ tiada pengunjung . Kalau weekend atau hari cuti…meriah la jugak orang kat sini . Dulu ada jugak di buat night market kat sini , tapi ye la..kawasan ni lepas kol 8 pm kalau hari biasa memang mati terus.

    So , semalam lepas makan ..saja bawak bebudak ni ke sini ..Cuaca elok, angin sepoi..ok la.So bebudak ni nampak je motor yang bayar tu, nak naik . Tak pernah lagi aku bagi diorang naik and since tak ramai sangat orang ..ok la.RM5 untuk 10 minit . Tapi adik yang jaga tu, rasa nya bagi extra time. :)


  4. Beberapa hari lagi 2012

    December 30, 2011 by arin

    Bila tengok 2012..teringat iklan shampoo apa ntah tu yang ayat dia ” dunia akan berakhir 2012?” ..nape takde pihak yang nak ban iklan tu ek?ye le..sesuaka keluar statement cam gitu ..

    By the way, hari ni jugak Sufian Harith genap 11 bulan. wohooo..cepat sungguh masa berlalu . Lagi sebulan dia genap setahun . Teringat pada 30/01/2011..aku beria2 melayan tweets dalam labour room. Nak divert sakit nya pasal. Tangan dok pegang BB and dok le layan kemerepekan di twitter and FB ( sila klik SINI untuk entry pada hari kejadian ) . Tapi alhamdulillah, sakit yang amat sangat waktu nak bersalinkan harith adalah selama 5 minit je.

    Ok..lagi 2 hari nak bertukar tahun, yang pasti..tahun 2012 nak lebih cekal, lebih bersabar dalam semua perkara dan juga semoga semuanya dipermudahkan . Insya allah ..

    Kepada semua..selamat tahun baru..ber azam baru dan semua yang baru .. :)


  5. Eco Park @ Bukit Merah Laketown

    December 26, 2011 by arin

    Antara tempat yang sempat kami gi waktu kat Taiping hari tu adalah Bukit Merah Laketown. Tapi kami tak masuk ke waterpark nya tapi kami ke Eco Park nya.Dari bandar Taiping nak ke Bukit Merah laketown ni , if lalu jalan dalam ( jalan kampung ) ..dalam 15 minit je sampai , kalau lalu highway ( keluar Taiping Utara and exit Bukit merah ) , dalam 20-25 minit jugak.

    Waktu kami sampai tu dalam kol 10.30am, orang dah start ramai. Mana yang nak gi waterpark la, nak gi ecopark la, jenjalan je la..perghh…al maklum cuti sekolah kan?

    Best bawak the kids sini sebab besides leh bagi makan kat animals, keadaan nya nyaman je. Al maklum, tasik bukit merah tersergam besar depan mata.Ada yang siap bawa bekal, picnic tepi tasik . :)

    Kalau nak tau harga tiket untuk ke bukit merah laketown ni, kat bawah ni ada senarai harga . Enjoy!