RSS Feed

‘family’ Category

  1. Jungle Gym di BSC

    January 25, 2012 by arin

    Hari isnin hari tu,first day of CNY, lepak-lepak umah SIL and pas lunch, SIL ajak bawak bebudak ni ke Jungle Gym di Bangsar Shopping Centre.Jungle Gym terletak di 4th Floor , sama level ngan Burp! Tapi Burp! kat wing baru while Jungle Gym kat wing lama.

    Kalau parents yang nak melepak while anak-anak main kat playland atau roller blade,aku rasa tempat ni sesuai.Ada disediakan kawasan sofa,cafe and kalau nak buat private party pun boleh.

    Entrance fee adalah:

    Weekdays:RM22
    Weekend / Public Holiday : RM28
    *keluar/masuk la banyak kali sampai tepat ni tutup sebab ianya di kira one time je as long as tag kat tangan tidak dibukak* .

    So,waktu masuk tu hanya Hanum and Zara je la yang kena bayar. Harith tak kena sebab umur bawah 2 tahun.Guardian pun tak kena bayar sebab menemankan.And yang penting,socks kena bawak sebab masuk dalam ni kena pakai socks.

    Kalau tengok,gambar-gambar bawah ni banyak gambar Harith je sebab sah-sah Harith lom boleh berlari seantero dunia.Zara and Hanum memang bekejaran dalam tu.Kejap main kat level atas,kejap kat level bawah.Aku pun sama gak bermain.Dok bawak harith turun slides.Kekkekeke…

    sufian harith tgh pikir macamana nak naik slides

    sufian harith tgh pikir macamana nak naik slides

    naik la slides ngan mama.

    naik la slides ngan mama.

    kena tinggalkan kat bilik bola-bola

    kena tinggalkan kat bilik bola-bola

    panjat sana sini

    panjat sana sini

    main bola kecik-kecik lak

    main bola kecik-kecik lak

    hanum nak posing kat sini..

    hanum nak posing kat sini..

    zara and harith

    zara and harith

    Posted from WordPress for BlackBerry.


  2. Bubble Tea

    January 11, 2012 by arin

    Aku tau aku la antara manusia yang ketinggalanm bab minum bubble tea whatsoever ni..puanya le berlambak-lambak kat Melaka , tapi hati tak pernah terbukak nak minum. Bukan apa, kang kalau minum air pelik-pelik rasa nya , yang merana perut aku gak .

    But last weekend, adik aku yang memang selalu dok pekena bubble tea suh aku minum. Dibelikan yang dari kiosk Each A Cup kat Tesco Melaka and yang dia belikan tu yang basic nya . Red Milk Tea with Pearl. Bila aku nengok, first question aku tanya dia ” Ahchu, pas arin minum ni..sure ek tak sakit perut? ” ..Ok , fine. Adik aku tak menjawab soklan kakak dia ni and dia buat tatau . Kekekke..So bila slurp minum..aiyok..sedap.tak manis tak pahit just nice. And the pearl, nyums.

    So, nanti-nanti aku nak try minum perasa lain lak . Kalau perasa-perasa macam  kopi cepat suggest kat aku apa yang best. cap apa yang best. Kat Melaka ni ada few choices la. Tak la sebanyak kat Kl nun tu.. Yang berlambak aku nampak kat Melaka ni, merata-rata shopping ada adalah ‘each a cup’ . Lelain ada gak, cuma bila kita tak minum, tak la kita hapal nama ye dak? :)


  3. Tiara Beach Resort Port Dickson

    January 8, 2012 by arin

    Semalam supposed balik ke Selayang . Then kat BBM , aku buh status *KL* . Sekali adik ipar aku bbm and bagitau yang Mil + adik ipar se family akan ke PD. So, diorang ajak ke Tiara PD sekali , boleh budak-budak ni ( serta mak and bapak budak )main-main kat waterpark . Kol 2pm ++ kitaorang pun sampai la ke Tiara Beach Resort. Bukan jauh pun dari Melaka . Dalam 45 minit , sampai la ke Port Dickson .

    Bila dah sampai , lepak dulu dalam bilik diorang . Sebab time tu cuaca memang tengah mencanak panas. Sungguh terik and yet ada gak yang berendam/bermain kat waterpark . Bilik diorang dok ngadap waterpark , sudah nya tiap 5 minit , kekanak ni dah tanya..” bila nak main?” ..Last-last, kol 4pm, kitaorg turun. Time tu tak ramai lagi orang .Tapi around 6pm waktu kitaorang naik , tu diaaa..penuh gak waterpark tu . Pulak tu semalam Herbalife ada buat gathering kat situ, penuh le umat .

    - view dari bilik adik ipar -

    - view ni la budak-budak dok asik tanya bila nak turun main-

    Untuk main kat waterpark  di Tiara Beach Resort di ,  kena pakai wristband . Untuk yang menginap , setiap bilik di berikan 4 wristband untuk digunakan ( free ) . And yang tak nginap , boleh juga beli wristband ni dengan harga :

    Adult : RM30

    Children : RM15

    Children ( below 3ft) : RM5

    Kalau tak pakai , life guard yang dok meronda akan suh pakai/beli . So , payah la nak escape . Kekekeke…Anyway , aku rasa waterpark ni best . Agak bersih and ada banyak sections. Untuk kanak-kanak mmg puas hati . Slides lak memang banyak . Sampai sengal-sengal la badan aku dok turun naik slides.Kikikiki..

    - zara dan cousin nya – jasmin-

    - kanak-kanak la paling seronot-

    Kol 6.30pm , settle bersihkan badan bagai .. kami pun gerak balik ke Melaka . Singgah makan dulu and dalam perjalanan nak sam,pai rumah, semua askar kecik tido . Kepenatan dalam kegembiraan memasing . :)

    p/s: Gambar pun tak banyak snap sebab both mama n ayah kekanak ni sibuk main air gak.Kekekeke…


  4. Ramalan Cuaca Di Negeri Melaka

    January 7, 2012 by arin

    Untuk minggu ni, berikut adalah ramalan cuaca bagi negeri Melaka :

    Dan dek kerana, semalam cuaca di Melaka agak panas..tapi berangin ( al maklum, rumah ku dengan pantai laut hanya la sekangkang kera sahaja ) ..so kita rendam la bebudak tiga orang ni . Adalah dalam Sejam kot diorang berendam. Tu pun, Hanum yang paling cepat naik sebab kesejukkan. Yang paling taknak naik adalah Zara Aliyah . :) Harith?Kecepuk kecepuk dia main air dalam pool plastik tu. Suka sangat dia dapat berendam . :)


  5. Pantai Puteri Melaka

    January 3, 2012 by arin

    Lama jugak bebudak ni tak main korek-korek pasir pantai.So semalam cuaca macam biasa-panas+windy.Perfect untuk ke pantai. Dari rumah nak ke Pantai Puteri Melaka, tak la jauh sangat . So bila sampai , port menarik ( bawah pokok besar-besar ) dah di ambil orang . Nasib ada gak port. Tu pun , kalau diamati dari dulu pasir kat Pantai Puteri ni memang banyak sangat sarang semut. Semut api lak tu. Kekecik halus je. Kenapa ya?

    Anyway, sejam lebih gak bebudak ni main pasir. Bagi diorang released energy terlebih macam biasa. Harith lak at one point melalak nak join kakak dia main air. Heh..kalau dah boleh jalan, ok je le.Ni merangkak..sudah nya tangan berpasir masuk mulut lalu makan pasir. Sedap gitu.Wakakakakakka…