Packing Barang Balik Kampung

Semua orang especially mak-mak dalam fasa pack barang , baju, kuih nak bawa balik ke kampung kan?Tak kisah celah mana kampung the most important thing kita bersama dengan keluarga.

So, semua dalam kepala dok fikir, baju anak, seluar anak, dalaman anak, kasut anak but sometimes ada benda yang kita kena fikir and bawak juga.

Antara barangan dalam list aku kalau pack barang adalah :

1. Elomet Cream – cream ni amat membantu especially kalau anak kena ruam panas. Lelagi musim berjalan raya ni. Keluar masuk kereta/umah berpanas. Kompem nanti ada gatal sana le, gatal sini le sebab panas. So, jangan lupa cream untuk anada. Kang dah pakai cecantik, tapi anak buat peel sebab ruam atau tak sedap badan sebab badan gegatal. Cream ni boleh di beli di any farmasi.

2. Hand Sanitizer – Oh, ini memang ada dalam bag diapers bebudak ni. Anak-anak aku kalau nampak playground tak kira la depan umah orang ke apa, kalau tak kukuh alasan aku bagi kompem diorang akan terjah. For kids and kita yang adult ni, dalam bag diapers memang ada Mickey Eskulin Hand Sanitizer. Botol kecik . Muat handbag pon. Dalam RM2.50 sebotol. Bukan apa, kang dah main sana sini, masuk umah orang di cekup makan kuih, naya je.Elakkan apa-apa sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita mahu.

3. Baby Wipes- Ni rasa nya mak-mak yang ada anak kecik memang sentiasa ada baby wipes dalam bag . Bukan pe, Sama kes macam hand sanitizer, kot dah habis makan cokelat, kek ke, kot tade tisu around, sambar je baby wipes ni. Senang.  :)

So tu yang antara barangan memang akan ada dalam diapers bag anak aku. Selain dari extra pampers, extra baju. Kain  kecik kot dia selsema, muntah nak lap. And so on.

So, selamat mempacking. Aku sendiri tak start satu apa. Padahal nanti balik ke KL then terus balik ke Taiping.Sah-sah baju menimbun nak bawak sebab takkan ada sesi basuh baju . Tapi aku suka keje last minute.Pastu baru terhegeh-hegeh. Hahhahahah.

Dirham Kelantan

We’ve got our Dirham Kelantan semalam. Beri dari tokey emas – Wawa . Dirham Kelantan ni khas untuk anak-anak buah coz nilainya boleh tahan jugak le. Diselaputi oleh perak and nilai nya?Gi le google. Hahahaha.

So pada mak-mak kepada anak-anak buah yang baca blog ni, kalu anak-anak dah dapat angpau raya dari kami, sila simpan. Kang tercicir, sayang ooo.Jika di sesetengah tempat memang boleh digunapakaikan dirham kelantan ni.

Apa lagi preparation raya lom settle ha?

KEMAS RUMAH!!!!!!!!!!!!!!

Perjalanan Tidak Sampai 24 Jam

Semalam, selesai mengepos barang kami terus shoot ke KL. Sis in law ku dok sms sebelum tu, abg andy ( biras ku aka abg ipar sang suami ) nak belanja kami semua berbuka puasa di Corus Ampang. So, dalam kol 5:15pm baru amk tiket tol Simpang Ampat, zas terus ke KL. Luckily jalan tak jem. Kami masuk car park Corus dalam kol 6:40pm. Laju kan bawak?Bukan apa, semalam rasa nya ramai yang cuti so jalan memang clear gila. Lelagi lalu smart tunnel, laju la sikit. Tapi sayang waktu lalu smart tunnel , Hanum n Zara tido nyenyak. Diorang dua beradik cukup suka kalau lalu terowong. :)

Anyway, sesampai je yang lain pon dah sampai gak. So , nasib baik meja yang di booked ada area luas di sebelah nya. Bukan apa, bayang kan bebudak umur 2-4 tahun ada 4 orang. Cemana le ke hulu ke hilir le bebudak ni. Kejap je attention dorang duduk ngadap foods.

So, food spreads kat Corus ni ala-kampung. Memacam ada. Lidah goreng pon ado. Chef Ismail dia nye duta Corus. So, waktu nak makan tu nampak la Chef Ismail ni checking the foods. Tu hari aku rasa aku nampak cam dia kurus dalam TV. Semalam nampak cam berisi cam dulu. Tapi kat Corus, desserts spread tak meluas sangat. Pulak tu, kol 8:30pm++ gitu dah habis few desserts. Bubur-bubur banyak la, but jenis cam kuih muih tu , kurang. Ada yang berasa ada yang takde rasa.

Anyway kita orang habis makan cum borak-borak dalam kol 9:30pm. Itu pun bebudak dah buat lobby hotel tu macam umah diorang. Hahahahha. Nama pun bebudak. Semua celah bedah nak di masuk nya.

Hari ni, kol 4pm, kami dah sampai balik Melaka. Hari ni sungguh panas kat highway.Menduga akal to.lIu la perjalanan tak sampai 24jam Melaka-KL.

p/s: Terima Kasih pada abg andy sebab belanja kami semua. ..

Kisah Weekend

Planning mengejut dari in laws untuk berkumpul since the last time we  all berkumpul ( luar dari rumah mum in law ) , adalah TIGA tahun yang lepas di Pangkor. Lama kan tak bersama2?Mana tak nya, ada je hiccups yang membuatkan tak dapat berkumpul ramai-ramai dan kali ni pun, adik ipar aku yang bongsu yang study di UITM Johor pon tak join gak. But still plan diteruskan since  sis in law yang duduk di Abu Dhabi nun sana akan balik sana seminggu lepas Aidilfitri nanti.

So, tempat pertemuan kali ni dekat je. Di Port Dickson. Mudah bagi all the parties untuk mai. Kami dari Melaka, sejam je dah sampai. Menurut itenary yang dah di email, kol 2pm kena ada di depan Corus PD. so, ngam2 semua dah ada depan tuh. Tapi memandangkan memang hotel full house dan bilik lom siap2 lagi, so kena la tunggu. Ramai manusia. Family day la, company day la, teambuilding la.Memang penuh.Parking pun hazab nak dapat.Bebudak, sementara tunggu bilik , sakan main .Pusing2 kat lobby tu aku yang naik penin. Dah la gigi sakit lom baik2. Aduih!

Dah dapat bilik, ada empat buah bilik semua untuk 16 peoples. Yong booked Junior Suites for all since bebudak senang berlari bermain dalam bilik. Located at first floor, bukak sliding door dah leh main kat pantai. Memang kekanak especially Hanum, Idris, Zara and Jasmin sakan berlari sana sini. Kekanak yang dah besar Ash, Sulaiman and Maryam semua sibuk ngan hal teenage memasing. Tapi aku memang passkan je Hanum suh Ash babysit. :)

Dah settle apa semua dalam bilik, semua terkam pool. Luckily pool tak jauh dari bilik. Hanum and Zara memang berendam je la. Puas bebudak lain ni ajak ikut diorang swim. Aku?Ada hati nak naik slide..tapi nasib baik sedar diri ni mengandung. Tahan je rasa . :)

Dalam kol 6 semua dah settle mandi, siap2 nak gi early dinner. Knowing PD ni, kalau lambat sure kedai makan sesak. Kami makan di Mesra Seafood located near to Pantai Teluk Kemang. Macam biasa makan yang bakar-bakar, yang mana tiga rasa , yang goreng2.Semua perut dah lapar dek berendam. Alhamdulillah licin lauk pauk. Bebudak yang tak makan sangat adalah Hanum and Idris. Dok le main. Dah pulak tepi kedai ni ada pasaraya besar gak. Mummy Yong depa dah pancing dulu bebudak ni ngan toys.Lagi la sakan diorang main. Zara?Asyik makan . Makan sotong goreng tapi makan kerak tepung je. Hehhehe.Sotong yang dah bogel-bogel tu, dia passkan kat aku. :)

Bila malam ada acara exchange gift. Gamat ngan bebudak ni especially Zara and Jasmin yang kena amik nombor and terima hadiah. Terkial-kial aksi bebudak ni. Dah settle exchange gift, masuk bilik aku tido kan Zara and Hanum. Mata budak berdua ni dah kuyu sekuyu nya tapi di tahan gak. Aku katup semua lampu, paksa diorang tido. At last tido gak depa. Sang suami gi meneman kejap adik ipar dia memancing tepi pantai. Aku lak?Layan Cerekarama kat tv yang agak menakutkan. Cerekarama yang menunjukkan nak berjaya dalam bisnes memasing sanggup guna bomoh, setan untuk sukses. Nauzubillah..

Ahad nya, breakfast buffet. Pelik aku Corus PD ni, punya le ramai guest tapi kawasan yang disediakan limited. Plus buat la dua tiga tempat amik makanan. Ini satu area je. Aku ni dah le selsema lagi. Amik makan, dok makan je takde rasa.Sedih sungguh. Hanum makan makanan standard dia-Kokokrunch, Zara?Honeystar and nasi lemak. Layan je dia makan sensorang.Hehehhe.

Lepas breakfast, lagi sekali bebudak swim. Tapi tak lama aku biarkan diorang rendam sebab sejuk nak hujan. So , balik bilik aku suh sang suami penuhkan air dalam bath tub ngan air suam2, masukkan dua kenit Hanum n Zara dalam tu. Sakan la diorang berendam. Kat luar bilik, dah hujan kejap time tuh. Lepas rendam berendam, Idris datang. Sakan le bebudak ni main. Main dalam wardrobe la, main ntah apa2 lagi imaginasi bebudak umur 4 tahun ni.

Bila dah checkout, destinasi terakhir sebelum semua balik ke rumah memasing adalah gi lunch. Tempat yang di pilih untuk lunch adalah di Mama Chop Papa Grill yang sederet ngan Satay Samuri, Bangi Kopitiam di tengah2 pekan pantai PD ni. Naisb baik parking mudah . Lama gak tunggu dishes since ye la, hampir 16 orang nye dishes. Dah dapat makan, dah kenyang ..semua pun gerak balik.

Thanks to the eldest-Yong coz fully sponsored family gathering kali ni. Thanks to all kerana menjayakan family gathering ni. Lama sungguh tidak berkumpul sebegini . Thank you. :)

I Can Live Without FaceBook

Still deactivate kan my FB.  I dunno why . Dah lost vibes kot.

Masih high fever. Aduih. Malas nak telan ubat panadol due to pregnant and la ni dok togok air. Air kosong , air 100 plus.

Oh ye, rezeki dapat sling bag baru. Aku ni kan takde nya nak beli handbag. Semua nya dari pemberian Along, Ahchu dan sisters in law  aku. Sebab aku ni bukan jenis peminat bag. Hehehe.

So , kebetulan sis in law aku ni baru balik dari US untuk summer holiday diorang , so dia belikan la untuk adik beradik dan ipar duai Coach. Aku dapat le sling bag. Memang aku skrg jenis tak pakai handbag. Ngan dua kenit nak di kejar, rasa nya hilang vogue pakai handbag . So bila dpt sling bag , memang pucuk di cita ulam mendatang la.

So thank you Aneng for the sling bag. Dah bergaya dengan bag baru ?Sudah tentu . :) Gambar? Takyah le..semua orang tau rupa coach tuh cemana gaya. Kihkihkihkih…