Archive | daughters RSS feed for this section

Still in High Fever Mode

10 Dec

My zara still demam.Temperature around 38-40. Dah dua kali bawak jumpa Dr Liaw.And today, Dr Liaw prescribed ubat lain.Zara tak de lak selsema, batuk, muntah atau cirit birit.Cuma demam panas.Bila doc check, tekak mmg merah sket.Ear clear.Lung clear.

Hmmm..mentally and physically i’m tired.Sebab nya risau ngan si anak yang demam tak turun-turun.Pagi tadi, sepanjang pagi till 3pm, dia aktif lasak cam biasa sampai kan ingat dia dah tak demam but dalam kol 3pm tadi dah start balik high fever . Malam sebelum tuh, alarm ku tiap 4 jam berbunyi.Sebab taknak miss bagi zara makan ubat.kang aku tertido nyenyak, naya je.

Bila si adik demam, si kakak pulak, start buat peel to attract attention.Kesian kakak.Tadi berebut nak bagi adik makan ubat.Boleh jadi gado.Luckily tokma ada nak melayan.

Hopefully by esok, dah ok demam zara.Rindu nak tengok dia bebel ntah pepe sambil tawaf keliling umah.

Pejam Celik Pejam Celik

9 Dec

Hari nih dah hari Rabu.

Cepatkan?

Minggu depan dah 17hb Disember 2009. Bermaksud dah hampir setahun umur zara aliyah.Perghh, bila baca blog Marsha pasal aksi meneran nak keluarkan baby dia, aku teringat lagi aksi meneran aku nak keluarkan zara.nasib baik dengan 2 kali push, zara keluar.tuh pon, nurse siap dah marah dah.mana tak nya, degil taknak bukak kaki leluas.perghh, rasa nya macam semalam je bebenda tuh berlaku.cepat nyaaa…

Anyway, dah dekat umur setahun nih, zara nya development:

  • Gigi dah 6 batang ( siap dah ada taring kat atas lagi )
  • Dah berjalan dengan laju nya.At one point macam nak lumba lari ngan kakak dia kalau nampak kakak dia berlari.
  • Dah menunjukkan ciri-ciri tantrum yang sama hebat dengan kakak dia.
  • Still mumbling her own words.
  • Rambut still macam setahun lepas.hahahhaha.lambatnya anak aku tumbuh rambutbila nak pakai kan klip rambut lip lap ni.

And 20 December 2009 akan datang, Sufiah Hanum dah 3 tahun 3 bulan.Cepat nya masa berlalu.

Dia dah bleh melukis muka orang siap ada kening kat atas mata lagi.tuh hari dia lukis mickey pastuh mickey ada kening .kehkehkeh.Insya allah, next year dah bleh hantar dia ke taska.tapi aku kena potty training dia dulu.nih le aku.malas sungguh nak potty training kan hanum.apo le mak si hanum nih!!!

hanum & zara

Pejam celik pejam celik gak, lagi beberapa minggu nak masuk 2010.Wadduuhhhh..cepatnya masa berlalu.

First Time

5 Dec

Since dah mula berjalan, today is the first time zara berjalan di atas rumput. Selalu nya takat jalan kat luar rumah, atas simen, dalam umah.Tak le kekok.Tapi first time dia jalan atas rumput, cam kedek2 gak le..pastuh ok.

Kakak lak sebok main ngan belon free yang dapat . Dok le pusing sana sini macam gasing hanum nih.

hanum

hanum

zara2

zara3

Jom Heboh @ Bukit Jalil 2009

5 Dec

Dari semalam plan nak ke Jom Heboh kat Bukit Jalil.Aku tak penah pegi pon to any Jom Heboh.Since cuaca pagi ok, mendung tak ujan, kol 8.30 aku dah sms along tanya jadik ke nak gie.After siap2 kan bebudak nih, kami ke wangsa maju.Dari sana gerak 1 kereta je ke Bukit Jalil.Knowing that parking will be a bit hassle, so baik le car pool.

Sampai kat Bukit Jalil, kira nya rezeki bebudak, dapat parking port cantik.Apa lagi, perjalanan mencuci mata dan mengeluarkan duit bermula.Apa ang aku beli?

  • RM10 = bag Mamee, ada jajan banyak.
  • RM10=bag Munchy, ada pelbagai jenis biskut.Berbaloi beli.
  • RM10= Burger Lembu Azmy + Nugget Ayam Azmy
  • RM10=Mamy Poko Value Pack ( L Size, 20 pieces )

Amcam?baloi tak?Ke Jom Heboh, of course le terjah ke Kiosk AZMY . Cousin aku yang ada cuma Helmi and Nora. Pembuli kanak-kanak – Eddy lom sampai. Uteh ( mama ku nya adik ) pon ada. Thank you uteh sebab jamu kami ngan Meatball yang sedap.

So, apa lagi korang, sok masih ada.Gi la serbu Jom Heboh.Baik gie awal pagi supaya parking tak le sesak and tak jauh nak berjalan ke venue.Ooo..rata-rata harga belian adalah RM10 . Check dulu apa yang ditawarkan dalam bag tuh.Jangan pakai beli je.Hehhehehe…

Enjoy!

jom heboh, bukit jalil 2009

jom heboh, bukit jalil 2009

jom heboh, bukit jalil 2009

Penyokong Man U Bertempur dengan Penyokong Liverpool

5 Dec

Danial Ammar peminat Liverpool.

Sufiah Hanum & Zara Aliyah die-hard fan Manchester United ( ayah depa sebenar nya yang die hard fan )

So, bila alum ke Bandung hari tu, dia memborong tesert Man U untuk anak-anak dara while untuk abam danial of course la Liverpool.

man u vs liverpool