Archive | daughters RSS feed for this section

Keluar Makan

16 Feb

Lately memang jarang sangat keluar makan.Maksudnya makan di luar.Selalunya aku masak for lunch / dinner.Kenapa?Kalau dulu serata Melaka ni dok pusing cari tempat makan best.Ahaaa..tetiba teringat DIMA.Dem!Lama sungguh tak makan kat situ.

Kenapa lama tak makan kat luar?

Sebabnya, Harith dah fasa melasak ya amat.Memang dia takkan duduk kat baby chair. If letak,dia akan diri and nak keluar. Kalau makan , letak dia dalam stroller. Suap dia atau bagi dia pegang makanan dia.

Memang tak dapat menikmati makanan.Unless tapau la.Makan kat rumah.Tu memang cukup selesa+dapat menikmati foods.Ni kang if dia dah buat peel,kalau ada yg tak kena,susah jugak.

Ni aksi budak 3 ketul tengahari tadi.Dek kerana aku tak sempat masak lunch sbb buat benda,so..kita makan luar.Makan kat food court Aeon Bandaraya Melaka.At least di luar cuaca panas ya amat,masuk dlm mall,sejuk and bdk2 behaved la.Yup,menjadi kali ni.Semua makan di suap ok je.Takde adegan haru biru . :p And sebelum suap makan memang aku pesan duduk elok2.Sampai abis mkn.Then dah abis mkn,nak pusing2 meja pun boleh ( Zara suka main pusing2 keliling meja ni ) .

So macamana anda yang ada anak lebih dari sorang managed ur time bila makan luar?Ni kalau takde maid ya.Kalau ada maid,mudah sikit la kot.Kan?

my kids . :)

my kids . :)

Teringat Kisah Di Hospital Selayang

5 Feb

hospital selayang.view dari 19th floor Selayang Point.

hospital selayang.view dari 19th floor Selayang Point.

Ni view dari tingkat 19- dari Selayang Point Condo rumah adik ipar ku.Pagi tadi bawak bebudak mai sini swimming.Tapi angin super sejuk dan kuat,so bebudak swim pun tak lama.

Hospital Selayang,tempat aku bersalinkan anak no 2-Zara Aliyah.Hospital yang best.Baik dari segi doktor,nurses,labour room nya equipments,ward,makan and sebagainya.Masih teringat yang sejurus aku bersalin,waktu nurses bersihkan Zara,ada sorang lagi nurse pegangkan mug air milo and straw bagi aku minum.Dia tak bagi aku pegang sendiri.Terharu time tu.I know that tu maybe dalam SOP diorang but still, small gestures gitu buat kita teringat sampai mati. :)

Ok la.Anak-anak + cousin diorang tengah main berangan-berangan kat rumah aciko diorang ni.Meh kita melepak layan movie.

Selamat bercuti!

zara and jasmin dok lepak dlm pool

zara and jasmin dok lepak dlm pool

Promise ?

26 Jan

Di ambil dari FB..memang betul kan? :)

 

Makan Buah

18 Jan

sufian harith kena paksa makan pisang

sufian harith kena paksa makan pisang

Kat rumah,usually buah yang akan ada adalah buah pisang.Hanum cukup suka pisang.Kalau pisang emas,kejap je sesikat tu akan abis.Kalau pisang yang besar-besar tu dia tak laju sgt ngap.Zara lak,suka buah yang masam.Macam anggur , jambu and hari tu dia dok laju je makan langsat.Harith? Aku dok bagi pisang.Tapi dia tak menampakkan suka sgt pisang.Maybe lembik kot.Sebab kalau perasan , harith suka benda keras-keras.

Buah yang aku paling kurang suka-Betik.Mungkin bau betik macam kureng sket pada deria bau aku. Tapi yang paling bila makan tak leh benti adalah mata kucing.Pergh,kalau makan ni,memang susah nak stop.Pastu manis je.Phew!

So,apa buah favourite anda?

Posted from WordPress for BlackBerry.

Mata Bulat

13 Jan

Dalam tiga orang anak aku , sufian harith yang nampak sangat kebulatan mata nya. Ingat lagi ada sorang member hubby cakap “ aku ingat dalam gambar mata dia bulat sebab flash ke apa, rupa nya memang bulat ” . Wakakakakka..

Aku rasa mata bulat ni ada gak sket2 amik dari mata achu Yan nya. Adik aku tu boleh tahan besar and bulat matanya . Lelagik kalau dia marah jegilkan mata, tapi anak-anak buah selalu bolayan je kalau dia jegilkan mata. Al maklum anak-anak buah semua tak makan saman nya orang. :p

Lebih kurang 2 minggu lagi , Sufian Harith nak cecah umur setahun. Alangkah kejap nya masa berlalu . Sekarang dia dah fasa berdiri tanpa pegang apa2 dalam seminit dua gitu. Hari tu berjaya menapak dalam dua langkah.Pastu dia relax je merangkak . Dalam tiga orang ni , Sufiah Hanum start berjalan waktu umur dia genap setahun, Zara Aliyah lak waktu umur dia genap 9 bulan and Harith..baru nampak tanda-tanda ..tapi lom berani agak nya nak melangkah . :) Tapi bab manjat, bab naik tangga, dia memang dah champion. Laju je dia menghilang . kekekekekke…