Packing Barang Balik Kampung

Semua orang especially mak-mak dalam fasa pack barang , baju, kuih nak bawa balik ke kampung kan?Tak kisah celah mana kampung the most important thing kita bersama dengan keluarga.

So, semua dalam kepala dok fikir, baju anak, seluar anak, dalaman anak, kasut anak but sometimes ada benda yang kita kena fikir and bawak juga.

Antara barangan dalam list aku kalau pack barang adalah :

1. Elomet Cream – cream ni amat membantu especially kalau anak kena ruam panas. Lelagi musim berjalan raya ni. Keluar masuk kereta/umah berpanas. Kompem nanti ada gatal sana le, gatal sini le sebab panas. So, jangan lupa cream untuk anada. Kang dah pakai cecantik, tapi anak buat peel sebab ruam atau tak sedap badan sebab badan gegatal. Cream ni boleh di beli di any farmasi.

2. Hand Sanitizer – Oh, ini memang ada dalam bag diapers bebudak ni. Anak-anak aku kalau nampak playground tak kira la depan umah orang ke apa, kalau tak kukuh alasan aku bagi kompem diorang akan terjah. For kids and kita yang adult ni, dalam bag diapers memang ada Mickey Eskulin Hand Sanitizer. Botol kecik . Muat handbag pon. Dalam RM2.50 sebotol. Bukan apa, kang dah main sana sini, masuk umah orang di cekup makan kuih, naya je.Elakkan apa-apa sebelum terjadi sesuatu yang tidak kita mahu.

3. Baby Wipes- Ni rasa nya mak-mak yang ada anak kecik memang sentiasa ada baby wipes dalam bag . Bukan pe, Sama kes macam hand sanitizer, kot dah habis makan cokelat, kek ke, kot tade tisu around, sambar je baby wipes ni. Senang.  :)

So tu yang antara barangan memang akan ada dalam diapers bag anak aku. Selain dari extra pampers, extra baju. Kain  kecik kot dia selsema, muntah nak lap. And so on.

So, selamat mempacking. Aku sendiri tak start satu apa. Padahal nanti balik ke KL then terus balik ke Taiping.Sah-sah baju menimbun nak bawak sebab takkan ada sesi basuh baju . Tapi aku suka keje last minute.Pastu baru terhegeh-hegeh. Hahhahahah.

Kanak-Kanak Bermain

Semalam waktu tokey emas mai umah , hero-hero and heroin dia pun ado. Seronot tengok budak2 ni main especially bila Zara nak mencelah cakap waktu Umar bercakap ngan Hamzah. Tapi sah-sah le hero-hero tu tak paham apa Zara nak bualkan.Muka Zara nak menyentil memang tak leh blah.

Hanum lak, apa la dia berangan ngan Sawda.Ye ye dia main berangan . Oh, btw..Umar is 6 years old. Bravo Umar sebab tahun ni hampir dapat puasa penuh walaupun ada hari yang mak dia kata terpaksa buka awal. Hamzah lak bulan 12 ni 4 years old. Sama tahun ngan Hanum but Hamzah muka babyface gilos. Tak macam umur budak nak masuk 4 years. Sawda lak tua 5 bulan dari Zara. Sama tahun ngan Zara. So, untuk next year, ko taknak ada sorang lagi same age ngan anak-anak kita ke, Wawa oi?Hahhahahah…

p/s: aku rasa orang yang lahir bulan 12 adalah muka tak makan usia kot coz Zara pon orang dok cakap belum setahun. Hahhaha..Padahal anak aku tu dah nak masuk 2 tahun dah!

Malam Sabtu / Sabtu Malam Ahad?

Which one ayat yang betul, yang menunjukkan hari Sabtu tapi di waktu malam?

Malam Sabtu?Sabtu malam ahad?

Anyway, nak citer pasal malam semalam. Kami ke Mydin MITC dalam jam 9pm nak beli barang dapur sikit. Ingat nak ke Mydin Melaka Sentral je tapi bila imagine sure parking sesak pasal kat area situ ada gak bazar malam, so ke area MITC la. Bila sampai je, tu diaaaaa..parking penuh, kereta cam semut. 3 kali buat pusingan nak cari parking. Last-last dapat gak parking , nasib kereta Kelisa, sentil je celah bedah. :p

Bila masuk dalam, manusia aduhai..nasib baik urusan kat counter bayar tak lama. Kat sini, kaunter mmg tip top. Laju dan banyak. Kiranya, tak lama sgt tunggu. Then bila keluar, Hanum nak bahulu tapi nak ‘bahulu fish‘ .

pix : http://hmsatumalaysia.blogspot.com/2009/12/bahulu-ikan-biasa.html

Yang ada baulu bulat biasa tu.Kitaorg jalan le pulak kat bazaar ramadhan along Kota Fesyen tu. Nasib ada gak org jual bahulu fresh. Buat dan baked situ. But bentuk bulat. Aku beli gak for Hanum. Knowing her, benda panas-panas,  bau enak di masak time tu, sure dia nak makan. Nasib baik dia nak gak. Bukan taknak beli yang ready made dalam bekas tu tapi tengok rupa bauhlu tu cam dah lama , dah kering.Kang kalau tersakit perut ke apa ke, naya je.

On the way ke parking, nampak orang jual pop pop. Hanum macam biasa akan paw la pop pop. Balik umah , dua beradik tuh ber pop pop jam 11.30 malam. Hehehhehhhe…

pix : http://drhanie.blogspot.com/2009/11/cucu-nenek.html

Tomyam PokTek

Selalu nampak menu ni di kedai tomyam especially kalau orang-orang Kelantan nya atau Siam nya. Tapi tak pernah tertanya apakah maksud tomyam poktek tu.

pix : http://mektie.blogspot.com/

Semalam kami berbuka di kedai tomyam Sahabat berdepan dengan Shah Beach Resort Melaka. Kalau bukan bulan puasa, ada gak makan di kedai ni. Ada rasa, servis pantas yang penting , harga tak mencekik darah!

So, kami sampai awal.Orang pertama. Time tu dah kol 6:40pm. So, dah order, layan la tv kat kedai tu. Sekali kol 7pm, menderu-deru orang datang. bukan setakat satu meja dua orang ke, tiga orang ke tapi satu meja 7 orang, 8 orang. Sekali tuh dalam 7:10pm gitu, kebanyakan orang duduk area open air, angin dah menderu tiup kuat dan langit dah gelap, kelam kabut la yang dok luar berlari cari meja kosong di dalam. Dah waiter kat sini kelam kabut sebab numbering dah mix up.

Kitaorang dapat air kira nya dalam kol 7:15pm, lauk-lauk selang seminit tapi lama nya nak menunggu nasi putih. Dah kat dapur kelam kabut, order pon jadi kelam kabut. Dua kali kitaorg terpaksa tanyakan nasi putih. Last-last dapat le tapi telur dadar dah habis di makan oleh cik Zara kita. Heheheh.

So, berbalik pada tomyam poktek ni, isi nya adalah ketam ( memula kitaorg buat andaian ntah-ntah dia pakai ketam yang frozen fillet tu ) dan ada  udang n sotong. Pilih untuk set makan sorang which is the price is RM4.50 . Tapi memang besar la portion nya. Tomyam kat sini memang pedas meletup. Tapi tak masam sangat. Memang just nice for tomyam la.

Lelain lauk pauk adalah lauk pauk biasa untuk di makan dengan tomyam. Yang best nya, Zara dah taknak duduk kat baby chair so cam biasa dia dok kat kerusi seorang. Sambil dia makan, dia dok ratah bawang kat kailan ikan masin tu. Ada couple meja sebelah dok pandang-pandang cara Zara makan sambil cakap ” tengok tu..dia makan sempoi je” . Ye la, lepas dua tiga kunyah, Zara sumbat lagi makan dalam mulut dia. Ratah bawang lak tu. Hanum memang semalam dia lapar sangat kot. Habis separuh nasi full plate dia makan. Ye la waktu nasi lom sampai tu dok la dia tanya nasi mana, nasi mana sebab lauk semua dah ada.

So lain kali, kalau gi kedai tomyam ala-ala siam, leh la try lagi tomyam poktek ni.  :)

Selamat Sampai Parcelnya..

Thanks to Neeza . Parcel baju kurung anak-anak dan baju kurung aku sebanyak dua pasang telah selamat sampai tadi. Cantik hasil buatan nya. Halus je.

Anyway, ni gaya model dua orang menggayakan baju kurung hasil jahitan Neeza. :)