Tomyam PokTek
4 Sep
Selalu nampak menu ni di kedai tomyam especially kalau orang-orang Kelantan nya atau Siam nya. Tapi tak pernah tertanya apakah maksud tomyam poktek tu.
pix : http://mektie.blogspot.com/
Semalam kami berbuka di kedai tomyam Sahabat berdepan dengan Shah Beach Resort Melaka. Kalau bukan bulan puasa, ada gak makan di kedai ni. Ada rasa, servis pantas yang penting , harga tak mencekik darah!
So, kami sampai awal.Orang pertama. Time tu dah kol 6:40pm. So, dah order, layan la tv kat kedai tu. Sekali kol 7pm, menderu-deru orang datang. bukan setakat satu meja dua orang ke, tiga orang ke tapi satu meja 7 orang, 8 orang. Sekali tuh dalam 7:10pm gitu, kebanyakan orang duduk area open air, angin dah menderu tiup kuat dan langit dah gelap, kelam kabut la yang dok luar berlari cari meja kosong di dalam. Dah waiter kat sini kelam kabut sebab numbering dah mix up.
Kitaorang dapat air kira nya dalam kol 7:15pm, lauk-lauk selang seminit tapi lama nya nak menunggu nasi putih. Dah kat dapur kelam kabut, order pon jadi kelam kabut. Dua kali kitaorg terpaksa tanyakan nasi putih. Last-last dapat le tapi telur dadar dah habis di makan oleh cik Zara kita. Heheheh.
So, berbalik pada tomyam poktek ni, isi nya adalah ketam ( memula kitaorg buat andaian ntah-ntah dia pakai ketam yang frozen fillet tu ) dan ada udang n sotong. Pilih untuk set makan sorang which is the price is RM4.50 . Tapi memang besar la portion nya. Tomyam kat sini memang pedas meletup. Tapi tak masam sangat. Memang just nice for tomyam la.
Lelain lauk pauk adalah lauk pauk biasa untuk di makan dengan tomyam. Yang best nya, Zara dah taknak duduk kat baby chair so cam biasa dia dok kat kerusi seorang. Sambil dia makan, dia dok ratah bawang kat kailan ikan masin tu. Ada couple meja sebelah dok pandang-pandang cara Zara makan sambil cakap ” tengok tu..dia makan sempoi je” . Ye la, lepas dua tiga kunyah, Zara sumbat lagi makan dalam mulut dia. Ratah bawang lak tu. Hanum memang semalam dia lapar sangat kot. Habis separuh nasi full plate dia makan. Ye la waktu nasi lom sampai tu dok la dia tanya nasi mana, nasi mana sebab lauk semua dah ada.
So lain kali, kalau gi kedai tomyam ala-ala siam, leh la try lagi tomyam poktek ni.








