Sure ramai yang mengalami situasi di mana bila nak berbuka puasa di luar dok fikir cemana la nak handle anak-anak.Dengan parents nak berbuka, ngan anak nak melasak. Kan?
So far, few times juga aku berbuka puasa di luar . Anak-anak?perghh..menduga akal ku kadang kala . Tapi kalau pandai tackle, no hal nya .
Antara tips yang aku boleh share :
1. Kalau boleh buat reservation awal and request tempat yang terperuk sikit pun takpe. Kalau dah biasa dengan susun atur kedai tu, u all tau mana selesa nak duduk . Aku dah berbuka puasa few times kat Dima Restaurant di Bukit Beruang . Each time call untuk buat reservation , nanti brother tu bila tanya nama aku sebut ‘Arin ‘ dia pun kata , ‘nak duduk kat tempat biasa, kak?” . Coz each time ke Dima aku nya spot adalah near to the big aircond and meja tu adalah hujung sekali . Selesa nak letak stroller and selesa untuk the girls gak .
2. Bila dah decide nak makan mana, belikan dulu makanan anak-anak. Or request hantar dulu makanan for anak-anak . Kata la anak-anak ni suka chocs macam the girls, beli dulu . So at least, itu akan distract diorang buat sementara waktu .
3. Kata la dah sampai awal sikit tempat nak berbuka puasa tu , so bawak anak-anak berjalan kawasan sekitar . Kena ingat , bebudak ni if duduk satu2 tempat lama sangat tu yang datang 1001 peel nya .Agak-agak 5 minit nak berbuka, baru la ke meja makan untuk berbuka .
4. Sekarang ni ramai yang ada smartphone. Mak pak semua ada smartphone la, ipad la, tabs la. Bawa bebenda tu untuk bantu distractkan anak2 waktu makan.Download la any educational games, games apa-apa yg boleh melekakan diorang .
So, tu antara tips yg aku leh share kan . Kot u all ada tips lain, sila la share ek.













